Siapa kita untuk menyangkal ketentuan takdir dan jodoh yang telah tertulis. Meskipun berbeza latar belakang dan budaya namun keserasian menyatukan hati pasangan ini.
Perkenalan di tempat kerja membuka pintu hati Nur Nadhirah Roslee untuk mengenali pemuda warga Bangladesh, Mohammad Samim Hossain dengan lebih dekat.
Ditakdirkan, mereka jatuh cinta sebelum Nur Nadhirah 26, bernikah dengan Mohammad Samim, 25.
Mereka diijabkabulkan pada 29 Mei lalu di kampung halaman Mohammad Samim dekat Joypurhat, Bangladesh.
Bekerja Tempat Sama
Menurut Nur Nadhirah, dia berkenalan dengan suaminya itu kira-kira empat tahun lalu kerana kebetulan bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah kilang di Meru, Klang, Selangor.
Nur Nadhirah dari Kampung Nesam di sini, berkata, keserasian yang ada membuatkan hubungan mereka semakin rapat hingga timbul perasaan cinta.
“Ketika di satu tempat kerja, saya adalah penyelia dan bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja.
“Suami bekerja sebagai operator pengeluaran dan mulanya takut juga tengok dia mungkin kerana tak kenal.
“Entah macam mana, kami boleh berkawan dan bila sudah kenal, baru saya tahu suami rupanya baik dan juga penyayang orangnya.
“Bertitik-tolak daripada situ, kami jadi semakin rapat hingga menjalin hubungan cinta,” katanya.
Ads
Awal Perkenalan Rahsiakan Perhubungan
Di awal perkenalan, Nur Nadhirah terpaksa merahsiakan hubungannya dengan suami kerana belum bersedia untuk berterus terang.
Setahun kemudian, barulah Nur Nadhirah memberitahu hal sebenar kepada keluarga bagi mendapatkan restu ibu bapanya.
“Saya sembunyikan hubungan dengan suami daripada pengetahuan keluarga ketika tahun pertama perkenalan kerana bimbang penerimaan mereka jika dapat tahu mengenainya.
“Akhirnya ‘kantoi’ juga kerana kakak bekerja di tempat sama dan dapat tahu saya bercinta dengan suami.
“Jadi, lebih baik saya berterus terang dengan keluarga dan ayah okay cuma emak susah nak terima pada awalnya tetapi akur juga dengan pilihan saya menjelang pernikahan,” katanya.
Bernikah Di Bangladesh
Mengikut perancangan, Nur Nadhirah berhasrat melangsungkan akad nikah di tanah air namun terbang ke Bangladesh untuk majlis itu kerana masalah permit kerja suaminya.
“Disebabkan perancangan sudah dibuat jadi kami teruskan pernikahan di kampung halaman suami.
Ads
“Saya ke sana dengan ditemani ibu (Shahrom Mohd Jasin), ayah (Roslee Muda) dan adik (Nur Nabilah Roslee).
“Seminggu juga di sana (Bangladesh) dan bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar, malah keluarga mentua juga sambut kami dengan baik.
“Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, tiada masalah komunikasi antara kami kerana bapa mentua dan abang ipar saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu memandangkan pernah bekerja di Malaysia.
“Perbualan dengan suami dan ahli keluarganya yang lain pula dalam bahasa Inggeris,” katanya.
Ramai Mendoakan Hubungan
Berhubung perkongsian di TikTok, Nur Nadhirah bersyukur kerana ramai mendoakan dan memberi reaksi positif terhadap hubungannya dengan suami.
“Ada juga segelintir yang persoalkan kenapa saya tak kahwin dengan lelaki Melayu dan menyangka suami saya orang Melayu dari utara tanah air kerana wajahnya.
“Sebenarnya, bukan saya tak pernah bercinta dengan lelaki Melayu sebelum berkahwin cuma mungkin sudah tertulis jodoh saya dengan suami jadi nak buat macam mana melainkan terima ketentuan itu.
“Jujurnya saya sendiri tak menyangka akan berkahwin dengan warga asing kerana tidak dari keluarga saya begitu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap jodoh kami panjang.
Ads
“Buat masa ini, kami tinggal berjauhan selama enam bulan kerana suami masih berada di Bangladesh,” katanya.
Kes penderaan dan penganiayaan remaja Sindrom Down, Bella akhirnya terbela apabila Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan
pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes Prima Facie
Hakim Izralizam Sanusi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun, 30 di akhir kes pendakwaan.
Pada 28 Oktober lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac lepas.
Selain Bella, saksi lain termasuk bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala peguambela, Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.
Siti Bainun, mengaku tidak bersalah mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di ibu negara antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Jika mak-mak ingin merasai kemeriahan suasana berbuka puasa seperti berada di dataran Masjid Masjid Nabawi, Madinah bolehlah datang ke Karnival Karangkaraf 2018 yang berlangsung pada minggu depan. Program ‘Berbuka Puasa Ala Madinah’ adalah antara kelainan di Karnival Karangkraf 2018 yang diadakan sempena Ramadan pada 1 hingga 3 Jun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, program itu mengambil inspirasi suasana berbuka puasa beramai-ramai di dataran Masjid Nabawi, Madinah. Paling istimewa, menurut beliau, juadah berbuka puasa disediakan secara percuma dengan konsep infak dan terbuka kepada semua untuk hadir.
“Selain dapat berbuka puasa beramai-ramai, kita juga nak menggalakkan budaya infak dalam kalangan orang Islam. Di Madinah dan Masjidil Haram, makanan untuk berbuka puasa disedekahkan oleh orang ramai.
“Selepas berbuka, mereka gotong-royong bersihkan tempat dan kemudian solat. Kita nak ciptakan suasana yang sama di Dataran Karangkraf sepanjang tiga hari itu,” katanya.
Sediakan 20,000 Pek Makanan & Beri Peluang Berinfaq
Menurutnya, Karangkraf akan menyediakan 20,000 pek makanan untuk tiga hari tersebut dan turut mengalu-alukan mana-mana pihak lain yang ingin menyumbang.
“Kita akan sediakan makanan asas seperti nasi, kurma dan air minuman. Namun, kita beri peluang kepada pihak lain khususnya pengusaha kedai makan dan tauke restoran untuk sama menyumbang.
“Inilah masanya untuk merebut pahala di bulan Ramadan kerana lagi ramai yang infak, lagi ramai boleh datang berbuka puasa. Mereka boleh sumbangkan dalam bentuk makanan atau wang dan pihak kami akan hidangkan pada semua yang hadir,” katanya di sini, semalam.
Jangka 10,000 Kehadiran
Hussamuddin berkata, Karangkraf menjangkakan kehadiran sehingga 10,000 orang pada hari kedua dan ketiga program.
“Kita akan duduk bersila beramai-ramai dan berbuka puasa. Selain berbuka puasa percuma, mereka juga boleh beli makanan lain di gerai-gerai disediakan.
“Kita turut sediakan kemudahan seperti masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah dan ruang parkir yang mencukupi. Selepas itu, pengunjung boleh sertai pelbagai program ilmu sepanjang Karnival Karangkraf 2018,” katanya.
Hussamuddin turut menjemput semua pemimpin tanpa mengira parti politik dan pangkat untuk menghadiri program berbuka puasa ini. Bagi pihak yang berminat untuk menginfak, boleh menghubungi urusetia Karnival Karangkraf, Charl Fitry di talian 019-388 9581.
Kalau nak rasa #BetulBetulRaya, datanglah ke Karnival Karangkraf pada 1-3 Jun 2018 ini di Kompleks Karangkraf, Shah Alam bermula jam 2.00pm – 2.00am. Ada pelbagai aktiviti #BetulBetulBest dan jualan barangan raya yang #BetulBetulViral daripada 50++ jenama online terkenal tau!
Mendakwa Nabi Muhammad itu Allah, pengasas ajaran sesat Si Hulk sudah lari ke New Zealand.
Surah Al-Ikhlas sering menjadi pilihan surah pilihan dibaca dalam solat. Mengandungi empat ayat, firman Allah SWT bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia (Allah) tiada beranak dan Ia (Allah) pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya.
Mendakwa Nabi Muhammad Itu Allah
Surah al-Ikhlas menyentuh aspek akidah yang juga tonggak penting dalam Islam. Aspek akidah membezakan pegangan agama dalam kalangan manusia. Rasulullah SAW menjelaskan kedudukan surah al-Ikhlas menerusi hadis bermaksud: “Demi (Allah) yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya surah al-Ikhlas sebanding (dengan) sepertiga al-Quran.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Sudah dinyatakan bahawa Allah itu tidak beranak dan tidak pula diperanakkan tetapi ajaran sesat Si Hulk ternyata mengajar pengikutnya bahawa Nabi Muhammad itu adalah Allah dan tidak mempunyai kemaluan.
Ajaran sesat ini oleh ketuanya, Suhaini Mohammad dikatakan telah lari ke New Zealand dan masih ada pengikutnya di sini. Malah menjadikan air si hulk yang didakwa sebagai air hayat iaitu air yang diperoleh Nabi Khidir menjadikan baginda mampu hidup hingga hari kiamat. Malah mendakwa botol Si Hulk digunakan untuk melaksanakan ritual menangkap jin ke dalam botol,”.
Pengasas Ajaran Sesat Si Hulk Sudah Lari Ke New Zealand
Ajaran ini dikesan aktif di Melaka. Menurut laporan Utusan Malaysia, Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil mendedahkan golongan muda terutamanya remaja dikesan antara yang terpengaruh dengan ajaran sesat Suhaini Mohammad atau Si Hulk yang didapati masih aktif di Melaka terutama di Merlimau, Jasin dekat sini.
Perkara itu dikesan hasil laporan dibuat oleh ahli keluarga individu terlibat selain pemantauan kerap dilaksanakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terutama dalam platform media sosial.
“Kita sedang siasat dia punya rantaian itu, benda ini berantai dan masih aktif, benda ini bersifat underground dan memang mereka tidak akan menzahirkan kegiatan tersebut. Kita harus melihat dan menyelidik,” katanya kepada pemberita selepas Program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad sempena sambutan Maal Hijrah di Dataran Sejarah Ayer Keroh baru ini.
Pada Mei 2021, Jawatankuasa Fatwa Johor memutuskan fahaman dan ajaran diasaskan Suhaini atau Suhai Ibni Mohammad atau Si Hulk atau apa juga nama atau gelaran yang dikaitkan dengannya adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.
Moga pihak berkuasa dapat bertindak cepat akan isu ini kerana dikhuatiri isu akidah begini akan membawa mudarat kepada ramai orang.
Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Circle yang betul bukan sekadar rakan biasa. Mereka akan sentiasa ada untuk menyokong dan berperanan besar dalam kejayaan kita.
Circle yang betul juga percaya dengan...