Ini Cara Ummi Nazeera Minum Air Gula, ‘Perasa Asli Kacau Dengan Air Suam Habiskan Dalam 4 Kali Teguk

Bukan satu pengalaman manis untuk melalui seksaan minum air gula. Kalau boleh lari, memang dah lama ibu hamil lari. Demi kesihatan diri dan bayi dalam kandungan, kenalah ibu hamil tempuhi. Kasihan sebenarnya lihat pelakon Ummi Nazeera perlu minum air gula ketika kandungannya 5 bulan.

Semalam Ummi ada berkongsi di instagramnya minta pandangan follower tip nak minum air gula. “Pagi semalam saya siap buat buat tak boleh bangun tidur sebab takut nak pergi klinik minum air gula.”

Namun, akhirnya Ummi terpaksa juga akur yang dia perlu juga melalui saat-saat penuh debaran minum air gula. “Kena buat ujian minum air gula hari ini. Siapa pernah buat. Cuba share sikit pengalaman dan tip.” Yang lagi sweet tu, bila suami Ummi yang juga seorang doktor, Dr Mohd Izzar Anwari maklumkan padanya yang air gula itu sedap.

Ini Antara Petua Minum Air Gula Dari Follower Ummi Nazeera

 

 

 

IKLAN

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Akhirnya Inilah Cara Ummi Nazeera Minum Air Gula

Betulkan walau cuma nak minum air gula, dia punya perasaan macam nak pergi berperang. Macam-macam bermain-main dekat fikiran itu. Tak sedaplah.. nanti muntahlah..Apa pun mind set ibu hamil itu sendiri kena siap sedia.

Macam Ummi Nazeera ni, seharian dia cuba prepared mental dan fizikal nak hadapi momen getir minum air gula. Bila dia cuba tukar mindset cakap senang saja, akhirnya cabaran ibu hamil minum air gula dapat dilalui dengan tenang.

Thanks to my dearest friends and fans for sharing your experience yesterday about drinking glucose water.

IKLAN

Feedback ummi tentang minum air gula ? Not bad. Original flavor dikacau dengan air suam. Ummi berjaya habis kan dengan 4 kali teguk. Alhamdulillah. Kalau ummi boleh! Mesti u guys boleh! Sebab Ummi memang anti apa apa berkenaan dengan ubat dari kecil lagi. Menangis setiap kali kena makan ubat. Yang peliknya. Suami pula doctor.”

 

Kehamilan Buat Ummi Lebih Hargai Pengorbanan Ibu

Kehamilan dirinya buatkan dia semakin memahami susah senang ibu sewaktu mengandungkan dirinya dan abang selama 9 bulan kehamilan.

IKLAN

I’ve only been pregnant for 5 months but now I understand. A little yet a lot for me. What mama went through to carry me and abang for 9 months. Ada yang kata “Syurga di bawah telapak kaki ibu”. It’s true.. Memang ibu ibu kita banyak pengorbanannya.”

Patutlah sikit terguris hati mereka, Besar sangat dosanya. Being pregnant, Everyday is a new challenge. Belum lagi time bersalin ni!

Takutlah juga. Anyway! Happy mama’s day everyday, Maziah Musa. I always pray for Allah to grant u the highest jannah mama. Semoga Allah terima semua Ibadah mama. Love you, thank you.” Luah Ummi Nazeera lagi.

Kata Ummi sepanjang Ramadhan ini dia kuat untuk meneruskan ibadah berpuasa. “Semoga dapat penuh sebulan. In Shaa Allah sehari dua lagi akan terbiasalah tu. Ummi dengan baby setakat ini okat lagi. Alhamdulillah.”

Sumber/.Foto : Instagram Ummi Nazeera

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI