5 beradik bergelar anak yatim menjelang aidilfitri, peluk erat & cium jenazah bapa. Berat ujian kita hadapi, berat lagi ujian ditanggung oleh lima beradik yang sekelip mata bergelar anak yatim.

Bahkan hasrat menyambut hari raya hanya tinggal angan sahaja selepas bapa yang mereka sayangi meninggal dunia selepas meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau di Jalan Tanjung Bidara – Solok Duku di Masjid Tanah pada 17 April lalu.

5 Beradik Bergelar Anak Yatim Menjelang Aidilfitri

 

5 Beradik Bergelar Anak Yatim Menjelang Aidilfitri, Peluk Erat & Cium Jenazah Bapa
Arwah meninggal dunia selepas melanggar seekor kerbau

Apa yang membuat ramai meruntun hati,  saat menyaksikan lima beradik ini memeluk erat jenazah bapa seolah berat untuk melepaskan jenazah pada saat dikebumikan. Jelas esak tangisan kedengaran kesemua lima beradik ini yang kini bergelar anak yatim.@julasapiyah5005

♬ original sound – julasapiyah5005

 Dalam satu perkongsian oleh seorang yang mengenali arwah, dipetik dari fbnya @julasapiyah Kassim, memaklumkan arwah Sazali Mohammad, seorang insan yang sangat baik dan selalu membantu orang sepanjang hidupnya.

Tulisnya :-

4.30am. 20/04/2023 (Khamis)

Puas cuba lelapkan mata tapi tak mampu. Sedangkan siang tadi saya tiada rest.

Ini kerana masih lagi memikirkan keadaan 5 beradik yang kehilangan AYAH tempat bergantung kasih sayang.

AYAH mereka pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya pada tanggal malam 27 Ramadhan 1444H. 2 atau 3 hari lagi akan menjelangnya Syawal.

IKLAN

Peluk Erat & Cium Jenazah Bapa

5 Beradik Bergelar Anak Yatim Menjelang Aidilfitri, Peluk Erat & Cium Jenazah Bapa

5 Beradik Bergelar Anak Yatim Menjelang Aidilfitri, Peluk Erat & Cium Jenazah Bapa

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah suasananya nanti dalam ketiadaan AYAH yang sangat disayangi.

AYAH mereka merupakan seorang Insan yang sungguh baik akhlaknya. Ringan tulang demi membantu mereka yang di dalam kesusahan. Pada hal dalam masa yang sama, kami amat mengetahui dia juga amat memerlukan.Namun demi tanggungjawab sosialnya, dia sanggup kurbankan kepentingannya sendiri.

Perginya Sdr. Sazali Mohamad dalam bulan yang sungguh mulia dan di malam hari yang penuh bermakna. Pergi buat selama-lamanya menemui Yang Maha Pencipta, dengan meninggalkan 5 cahaya mata yang masih dahagakan kasih sayang dari seorang AYAH.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Ibu Dah Tak Ada Kan?” Kemalangan Di Setiawan 2 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

IKLAN

4 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Suami Isteri Terlibat Kemalangan Maut Ketika Konvoi Motosikal

Raya Tanpa Mak Ayah, 3 Beradik Yatim Piatu Tumpang Kasih Bapa Saudara

Mulanya Ayah, Enam Hari Kemudian Ibu Menyusul, Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata

Tiada kata yang mampu diungkapkan selain hanya mampu meminta kepada kalian semua agar dapat MENDOAKAN kelima-lima anak Al Marhum membesar dalam keadaan sempurna sehingga kelak menjadi anak-anak yang Soleh dan Solehah yang senantiasa MENDOAKAN kedua IBUBAPA mereka serta menjadi mata rantai menyambung segala Amal Kebajikan yang dilakukan oleh AYAH mereka semasa hayatnya.

Sempena kehadiran Syawal yang bakal menjelma ini, SUDILAH kiranya Tuan/Puan menghulurkan bantuan SEIKHLASnya demi kelangsungan kehidupan seharian mereka.

IKLAN

Kepada ALLAH jua diharapkan akan membalas segala budi dan jasa baik Tuan/Puan.

Jenazah Al Marhum Sdr. Sazali Mohamad telah selamat disempurnakan pada jam 4.00 petang (19/04/2023- Rabu) di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Hujan Panas, Masjid Tanah, Melaka.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penjara 1 tahun atau denda RM50000 jika bersalah dalam menyebarkan berita palsu dan tengok benda tidak senonoh. Jangan terlampau bebas di internet ya!

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI