Tak dapat bayang bila raya tanpa mak ayah. Setiap tahun dah tentu tak sabar untuk balik beraya dengan mak ayah, adik beradik dan sanak saudara di kampung. Jem pun redah saja asalkan dapat bertemu dengan orang yang kita sayangi.
Apakan daya, semua ini atas aturan Allah. Inilah yang liku kehidupan yang dilalui oleh 3 adik beradik masih muda yang kehilangan mak ayah. Kini mereka raya tanpa mak ayah dan hanya menumpang kasih bapa saudara.
Peristiwa kemalangan yang berlaku 4 tahun lalu yang meragut mak ayah. Sekaligus menjadikan mereka yatim piatu bila mak ayah meninggal di tempat kejadian.
Nora sedih, Roslan Aziz diuji kanser. Perkhabaran duka Roslan Aziz yang kini menginjak usia 60 tahun, kini diuji dengan kanser limfoma atau kanser darah.
Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, figura yang merupakan penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu tidak pernah terlintas kini menghidap barah melepasi tahap empat.
Asalnya, pada 1 November 2021, penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu mengadu sakit perut yang agak berat sehingga memaksanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
Dalam masa sama, Roslan sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia harus menerima apa sahaja kemungkinan dengan tabah dan reda.
Malah doktor juga memberitahu Roslan hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup.
Sebagai rakan artis yang pernah bekerjasama dengan Roslan, Datuk Nora Ariffin tumpang berasa sedih dengan perkhabaran tersebut.
Malah sempena bulan Ramadan penuh keberkatan ini Nora juga mengajak orang ramai berdoa agar Roslan mampu pulih seperti biasa.
“Please stay strong abg Lan.🙏
“ROSLAN AZIZ adalah figura yg telah menggabungkan saya & Dato Sheila Majid dlm lagu JENTAYU.
“Saya tumpang sedih & terpanggil bila mendapat tahu, abang Lan sedang diuji dengan kanser.
“Allahukbar.
“Abg Lan banyak berjasa pada industri & artis-artis hebat yg mungkin ramai tak tahu.
“JENTAYU sebuah lagu yg pernah memenangi beberapa anugerah besar di AIM 1996.
“Ramai yg tahu kejayaan & kehebatan lagu JENTAYU, nyanyian duet saya bersama Dato Sheila Majid & arwah Johan Nawawi, ciptaan arwah Johan Nawawi & Lirik oleh ayahnda Dato Dr Usman Awang. Hebat lagu ni.
“Tapi mungkin ramai yg tak tahu, ini adalah hasil idea creative dari saudara Roslan Aziz & Johan Nawawi. ROSLAN AZIZ adalah producer utk lagu ini.
“Kalau tak kerana idea Roslan Aziz, tak mungkin saya dapat berduet dgn Dato Sheila majid.
“Dia juga merupakan figura yg sangat hebat, disegani & dihormati oleh arwah Johan & semua rakan rakan industri.
“JENTAYU adalah sebuah lagu yg merupakan masterpiece utk sepanjang karya Johan Nawawi.
“Sempena ramadhan ayuh kita sama2 berdoa agar Roslan Aziz mampu pulih seperti biasa.
“In Shaa Allah, STAY STRONG abg Lan,” luah Nora.
Ramai warganet yang mendoakan kesembuhan buat Roslan Aziz.
Memang ada benarnya banyak masa terbuang jika mengambil upah menjahit baju, namun pelanggan tidak membuat pembayaran pada waktu sepatutnya. Bukan apa, sewaktu musim raya ini Tukang Jahit adalah orang yang paling sibuk dalam menyiapkan tempahan baju raya. Memang tak menang tangan dibuatnya, sehingga berjaga malam demi memastikan baju pelanggan dapat disiapkan sebelum raya.
Namun yang agak dikesalkan apabila baju siap, pelanggan pula sambil lewa dan menangguhkan pembayaran dan lewat mengambil baju dari tarikh sepatutnya.
Mesti ramai yang tertanya-tanyakan bagaimana cara nak berhadapan dengan customer. Ini cara saya;
1.Cara uruskan giliran baju siapa perlu jahit dahulu?
Jawapan:Saya akan tanya customer bila nak saya pos. Jadi saya ikut dated line customer bukan ikut turn siapa hantar cepat dahulu.
2.Cara mengelakkan customer tangguh bayaran baju.
Jawapan:Sebelum proceed baju mereka, saya akan whatsApp tanya bila boleh payment? Contoh customer bagitau 1hb baru boleh bayar. So saya akan bagitau siap-siap, 3 hari sebelum 1hb perlu settle payment ya.
3.Cara layan customer di WhatsApp
Jawapan:Saya jenis tak banyak masa untuk melayan dari A to z. Mula-mula saya akan minta contoh design baju yang customer request dan bagi harga terus. Jika setuju dengan harga baru kita next step. Saya jenis tak suka sorak-sorak harga. Baju siap baru nak bagi harga itu bukan cara saya.
4.Jika customer langgar date line payment baju yang telah ditetapkan tarikh oleh customer sendiri.
Jawapan: Saya akan whatsApp dah payment pada dia. Sebab date payment dah lepas. Sebelum dateline saya dah hantar gambar baju mereka yang dah siap dan customer kata sorry nanti saya bayar. Saya akan whatsApp lagi. Boleh bagi date bila boleh bayar sebab saya kena noted dalam sistem order. Dan pasti mereka akan ‘alert payment’ selepas itu.
5.Jika customer langgar dated line payment ke 2.
Jawapan:Saya akan whatsApp boleh buat payment tak sebab barang dah nak keluar ‘runner’ akan datang collect serentak. Dan saya akan set nama whatsApp mereka “customer delay payment”.
6.Jika customer minta buatkan baju perlu siap sebelum raya tetapi tak ambil bila sampai masa?
Jawapan:Saya akan whatsApp dan customer bagi alasan takpe la lepas raya baru pos la sebab dah nak balik kampung. Takut tak sempat sampai dan saya akan jawab boleh lepas raya pos tapi perlu payment dulu boleh tak. Sebab saya ada target pendapatan income minggu yang perlu saya capai sebab saya banyak komitmen yang perlu dibayar. Dan biasanya customer akan bayar.
Buang masa saya jahit baju mereka jika mereka tidak buat payment di waktu yang sepatutnya sebab mereka takkan pernah tau kita tidak tidur malam semata-mata siapkan baju mereka.
Itu sahaja perkongsian saya. Next posting saya akan share cara saya uruskan masa saya supaya tidak pernah lari jadual waktu kerja sambil jaga anak kecik.
Mingguan Wanita:Jadi buat mak-mak tukang jahit, semoga tip ini boleh dijadikan panduan dalam berhadapan dengan pelanggan.Paling penting berterus terang dengan pelanggan dan jangan hanya memendam hati.
Ayu Raudhah jual baju raya, sedar pelajaran tak tinggi. Setiap kerajinan dan kesungguhan apabila seseorang berusaha pasti akan membuahkan kejayaan.
Pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan yang sebelum ini pernah rancak di pentas lakonan dan kini memperlahankan aktiviti seninya selepas mendirikan rumahtangga dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha punya misi dan visi dalam bidang perniagaan pula.
Selepas 11 tahun usia perkahwinan mereka dan dikuarniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel (10 bulan), Ayu kini mahu lebih serius dalam bidang perniagaan dan bergelar usahawan.
Sejak lebih sebulan lalu, Ayu dan suami telah membuka kafe makanan di Seremban. Bukan itu saja malah Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaian wanita mampu milik, byLR.
Ayu yang gemar memberi tumpuan pada keluarga terutama anak-anak, bukan saja bertindak sebagai duta pakaian wanita malah dirinya juga merupakan individu memasarkan jenama byLR.
Adik kepada Rozita Che Wan ini juga sentiasa merendah diri dan berharap dirinya mampu menjadi usahwan walaupun hanya lulusan SPM.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri.
“Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.
“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” ungkap Ayu seperti mana yang ditemubual baru-baru ini.
Tidak mahu bebankan golongan wanita yang mahu bergaya di Aidilfitri nanti, Ayu turut menyatakan wanita boleh cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal.
“Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal.
“10000 helai pakaian itu disasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. InsyaAllah.
Ayu juga ditebak, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu tidak kisah dengan pandangan orang.
“Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi.
“Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai.
“Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramai nak,” kongai Ayu yang mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.
Menyentuh tentang Zaquan adakah dia bersetuju kelak jika dirinya sibuk uruskan perniagaan, segala keputusan yang dibuat dipersetujui suami.
“Selain perniagaan pakaian, Ayu dan suami juga sebenarnya sejak lebih sebulan lalu, telah membuka kafe makanan di Seremban. Masa Ramadan ni memang kami juga akan sibuk di kafe.
“Macam idea buka kafe pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.
“Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak.
“Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” ungkap Ayu jujur.
Mingguan Wanita : Seronoknya tengok pasangan bahagia ini. Ayu begitu gigih menjaga anak-anak. Masing-masing gigih tambah pendapatan untuk masa depan anak-anak.
Sumber Foto : Ihsan byLR
Ramadan ni mesti ramai tengah sibuk beli belah untuk hari raya. Jom tinjau tip beli baju raya sesuai dengan bentuk badan anda.
Amalkan diet yang betul sepanjang Ramadan.
Aina Abdul memang hebat, masuk bulan puasa ni dia teruja nak ke pasar Ramadan dan tak sabar nak tunaikan solat terawih di Masjid.
Bermula sekadar gurauan meminta ‘budak pink’, Kae Rahman tidak menyangka suaminya benar-benar menghadiahkan e.MAS 5 selepas netizen memberikan lebih 98,000 tanda suka.