Wanita Sanggup Berhabis RM93,000 Setahun, Demi Minat Bela Arnab Gergasi! Demi sayang pada binatang peliharaan, sanggup berkorban dan menghabiskan jumlah besar untuk menampung perbelanjaan malah mengenetepikan keinginan sendiri.
Bela 4 Ekor Arnab
Seorang wanita menghabiskan 17,000 pound (RM93,000) setahun semata-mata kerana minatnya untuk membela empat ekor arnab gergasi. Malah hanya memakai baju terpakai dan tidak keluar berhibur di kelab malam semata-mata untuk menampung kos arnab-arnab kesayangannya.
Gemma Mead, 39, berkata, tugasan memelihara arnabnya cukup sukar apabila haiwan peliharaannya itu boleh melompat mudah melepasi pagar setinggi 1.8 meter.
Arnab pertamanya bernama Chelsea berusia sembilan tahun dan berat 4 kilogram (kg), arnab kedua iaitu Garfield berusia empat tahun seberat 6 kg.
Ads
Arnab ketiga dan keempat bernama Emma dan Captain Hook berusia dua tahun dan masing-masing seberat 4kg.
Katanya, selain makan banyak dan kerap serta menelan kos perbelanjaan tinggi, arnab peliharaannya memerlukan banyak ruang untuk bermain.
Ads
Ads
Mesti Baca:Sanggup Berhabis RM101k Tempah Kostum, Demi Impian Jadi SERIGALA JADIAN
Baca Lagi Di Sini:Tak Perlu Berhabis Belanja, Sengkek Lepas Raya Tu Lebih Menyakitkan
Artikel Menarik:Rela Ikat Perut MAKAN Sekali Seminggu, Asalkan 6 KUCING Jagaan Tak Berlapar!
Mingguan Wanita: Kalau dah minat dan sayang tu, memang sanggup berkorban apa sahaja. Malah rela menghadkan keinginan diri demi menampung kos perbelanjaan haiwan kesayangan.
Kadang-kadang kita berkira untuk sedekah. Bimbang diri sendiri tak cukup, apatah lagi kalau itu adaplah barang kesayangan. Sedangkan kita tak tahu, Allah nak beri lebih daripada itu.
Jangan berkira-kira untuk sedekah. Walaupun itu mungkin barangan kesayangan sekalipun, kita tak tahu Allah nak uji dan berikan yang lebih baik.
Perkongsian daripada Myra Fida ketika menunaikan umrah di tanah suci. Kejadian itu pula berlaku dalam bulan Ramadan.
Satu perkongsian cerita semalam di Madinah. Ketika saya selesai solat subuh, ada seorang makcik ni ambil sejadah saya dan bercakap dia nak pinjam untuk solat (dalam bahasa dia).
Sedangkan kita atas karpet. Saya pun tunggu la makcik tu solat. Lepas solat, makcik tu solat lagi. Terlintas di hati, “eh, bagi je la makcik ni sejadah ni, nampak dia suka sangat. Tapi sejadah tu saya suka.. Sayang. X pe la.. Korban”.
.
.
Lepas makcik tu solat, saya cakap bahasa ayam itik. Minta pinjam sekejap. Saya solat sunat, then bagi makcik tu balik sebagai HADIAH. Makcik tu punya suka, cium tangan saya.
.
Lepas tu saja la jalan-jalan dan carikan baju untuk anak. Sedangkan saya hanya bawa duit 90 rial dan rm50 duit Malaysia (malas nak tukar sebab hari terakhir di Madinah) Klu convert dan campur lebih kurang 130 riyal.
Sy beli la satu baju Abaya dan baju untuk anak satu. Orang kedai minta sya pilih lagi mana yang cantik. Semua yang saya ambil dia bagi PERCUMA. Padahal harga satu jubah Abaya dalam RM140 ke atas.
Alasan dia bagi percuma keranas saya orang Arab yang comel. Dia lipatkan dan beri plastik baju.
Sy pun berfikir sambil menuju ke Hotel. Masa nak kemas baju teringat sejadah tadi..
Ok, faham. Nampak tak, satu sejadah yang kita sayang bagi pada orang supaya dia gembira tadi, maka Allah gantikan dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Begitulah.
Keberkatan & Pahala
Barang-barang yang saya bawa untuk mengerjakan umrah kebanyakan permberian sahabat, adik ipar dan mama bagi. Saya tak guna barang sendiri supaya sahabat dapat keberkatan dan pahala selama saya guna. Semoga sahabat dapat juga doa yang saya kirim.
Kadang-kadang ada orang yang diuji dengan perjalanan duit yang bemasalah. Hadkan sedekah kerana masalah, salah itu. Bila masala itulah kita kena lebihkan sedekah. Yakinlah Allah Maha Pemberi, Maha Pemurah.
Perkongsian ni bukan nak menceritakan sedekah sejadah tadi, tapi nak berkongsi balasan di sebalik sedekah yang tidak seberapa itu. Tapi ikhlasnya.
7 item (3 Abaya, 1 jubah, 2 kurta, 1 jubah ranieya) Alhamdulillah.
Kadang2 Allah utus untuk menguji kita sahaja. Rajin-rajinlah bersedekah.
Mingguan Wanita : Sekecil mana pun kita bersedekah, niatkan dengan ikhlas. Jangan mengharap balasan sebab Allah dah atur yang terbaik untuk kita.
Jasmin terkejut dakwaan dirinya sedang bertarung nyawa. Allahu Akhbar ada saja berita tidak sahih yang bertaburan di laman sosial tentang selebriti. Salah seorang yang menjadi mangsa ialah pelakon senior Jasmin Hamid.
Terbaru dirinya menyatakan rasa terkejut kerana ada yang mendakwa dia sedang bertarung nyawa.
Jasmin Hamid, 49 meluahkan perkara tersebut menerusi perkongsian di akauan Instagramnya.
Malah dia juga tidak tahu mengapa ada yang sanggup membuat fitnah bahawa dia sedang bertarung nyawa akibat saluran tersumbat.
“Sedang bertarung nyawa, 6 saluran tersumbat – Jasmin Hamid,” tulis kenyataan palsu tersebut.
Dek kerana hal tersebut, Jasmin menerangkan dia kini sihat dan meminta pihak tersebut berhenti membuat penyebaran berita palsu tersebut.
“Allahu Akbar. Tolong henti sebarkan khabar yang tak betul ini.
“Alhamdulillah saya masih sihat walafiat. Jangan buat orang-orang yang sayangkan saya risau dengan berita palsu ini,” kongsi Jasmin.
Jasmin juga berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Apapun terima kasih semua yang sentiasa mendoakan kebaikan buat saya dan keluarga,” katanya.
Untuk rekod, penghujung Mei tahun lalu, Jasmin dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital kerana mengalami serangan jantung.
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Jasmin sentiasa dalam rahmat Allah dan sihat sentiasa.
Aidilfitri Bermakna, Selepas 36 Tahun Jumpa Semula Cikgu Kimia Yang Bayarkan Yuran Universiti. Sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya akan menjadi detik paling bermakna dan akan terus terpahat dalam ingatan bekas jurutera, Norasiah Jamil.
Ini kerana selepas 36 tahun, Norasiah, 53, bertemu semula dengan guru kimia sekolah menengah, Pak Lin Haw, 66 yang kali terakhir bertemu pada 1987.
Detik pertemuan itu berlaku apabila Cikgu Lin Haw berkunjung ke rumah Norasiah di Indera Mahkota, di sini, Ahad lalu.
Norasiah berkata, sebenarnya usaha Cikgu Lin Haw selama lebih 30 tahun sebelum berjaya menjejakinya Mac lalu selepas memuat naik hantaran di Facebook dan misinya itu tular di media sosial.
Katanya, beliau mendapat nombor telefon bekas gurunya itu daripada beberapa rakan rapat Lian Haw bulan lalu.
“Saya terus menghubungi cikgu sebelum cikgu berkunjung ke rumah saya pada hari kedua Aidilfitri (Ahad lalu).
“Saya gembira kerana impian saya bertemu Cikgu Lian Haw menjadi kenyataan.
“Banyak topik bermula dari kenangan semasa zaman persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Akar di sini, hingga kehidupan berkeluarga.
“Saya juga tunjukkan gambar Cikgu Lian Haw yang diambil semasa zaman persekolahan saya bersama rakan saya,” kata ibu dua anak itu.
Norasiah berkata, dia mula berkenalan dengan Pak selepas berpindah dari Taiping, Perak ke Felda Lepar Hilir 3 dekat Gambang di sini pada 1987 dan bersekolah di SMK Alor Akar.
Katanya, ketika itu, Cikgu Lin Haw adalah guru kelas tingkatan lima dan mengajar mata pelajaran kimia.
“Keluarga saya tinggal di Felda Lepar dan ketika itu saya memilih untuk tinggal di asrama yang disediakan pihak sekolah.
“Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bekerja sebagai pembantu gerai makan di Gambang dan merancang menyertai tentera tetapi memandangkan saya berjaya dalam peperiksaan itu, saya ditawarkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Skudai, Johor.
“Memandangkan keluarga saya tidak mampu membayar yuran masuk universiti, saya bercadang untuk menolak tawaran itu tetapi apabila saya memberitahu Cikgu Lin Haw.
“Cikgu menasihati dan memberi jaminan bahawa akan mencari jalan untuk membayar yuran itu,” katanya.
Anak sulung daripada 10 beradik, Norasiah berkata, dia masih ingat sebelum menaiki bas ekspres untuk mendaftar ke universiti pada 1988, Pak bertanggungjawab membantu mengumpul wang untuk membayar yuran.
“Ia termasuk sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Alor Alor dan Cikgu Lin Haw,” katanya.
Pada 30 Mac lalu, Harian Metro melaporkan selepas 36 tahun terpisah, Norasiah dapat menjejaki semula guru kelasnya, Lin Haw yang pernah membantunya menjejakkan kaki ke menara gading.
Norasiah, dapat berhubung semula dengan Lin Haw iaitu bekas guru SMK Alor Akar.
Kenangan dan jasa yang tidak dapat dilupakan Norasiah apabila gurunya itu menyerahkan sampul sampul berisi wang RM400 hasil sumbangan peribadinya dan bantuan daripada PIBG untuk memastikan dia menyambung pengajian di universiti.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah selepas 36 tahun, dapat bertemu kembali. Sungguh besar jasa dan pengorbanan guru ini, sanggup berkorban wang ringgit agar anak murid dapat sambung belajar tanpa mengira agama dan bangsa.