Aidilfitri Bermakna, Selepas 36 Tahun Jumpa Semula Cikgu Kimia Yang Bayarkan Yuran Universiti. Sambutan Aidilfitri tahun ini pastinya akan menjadi detik paling bermakna dan akan terus terpahat dalam ingatan bekas jurutera, Norasiah Jamil.

Bertemu Selepas 36 Tahun

Ini kerana selepas 36 tahun, Norasiah, 53, bertemu semula dengan guru kimia sekolah menengah, Pak Lin Haw, 66 yang kali terakhir bertemu pada 1987.

Detik pertemuan itu berlaku apabila Cikgu Lin Haw berkunjung ke rumah Norasiah di Indera Mahkota, di sini, Ahad lalu.

Aidilfitri Bermakna, Selepas 36 Tahun Jumpa Semula Cikgu Kimia Yang Bayarkan Yuran Universiti

Norasiah berkata, sebenarnya usaha Cikgu Lin Haw selama lebih 30 tahun sebelum berjaya menjejakinya Mac lalu selepas memuat naik hantaran di Facebook dan misinya itu tular di media sosial.

Katanya, beliau mendapat nombor telefon bekas gurunya itu daripada beberapa rakan rapat Lian Haw bulan lalu.

“Saya terus menghubungi cikgu sebelum cikgu berkunjung ke rumah saya pada hari kedua Aidilfitri (Ahad lalu).

“Saya gembira kerana impian saya bertemu Cikgu Lian Haw menjadi kenyataan.

“Banyak topik bermula dari kenangan semasa zaman persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Akar di sini, hingga kehidupan berkeluarga.

“Saya juga tunjukkan gambar Cikgu Lian Haw yang diambil semasa zaman persekolahan saya bersama rakan saya,” kata ibu dua anak itu.

IKLAN

Aidilfitri Bermakna, Selepas 36 Tahun Jumpa Semula Cikgu Kimia Yang Bayarkan Yuran Universiti

 

Aidilfitri Bermakna, Selepas 36 Tahun Jumpa Semula Cikgu Kimia Yang Bayarkan Yuran Universiti

Tak Mampu Bayar Yuran Universiti

Norasiah berkata, dia mula berkenalan dengan Pak selepas berpindah dari Taiping, Perak ke Felda Lepar Hilir 3 dekat Gambang di sini pada 1987 dan bersekolah di SMK Alor Akar.

Katanya, ketika itu, Cikgu Lin Haw adalah guru kelas tingkatan lima dan mengajar mata pelajaran kimia.

“Keluarga saya tinggal di Felda Lepar dan ketika itu saya memilih untuk tinggal di asrama yang disediakan pihak sekolah.

IKLAN

“Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya bekerja sebagai pembantu gerai makan di Gambang dan merancang menyertai tentera tetapi memandangkan saya berjaya dalam peperiksaan itu, saya ditawarkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Skudai, Johor.

“Memandangkan keluarga saya tidak mampu membayar yuran masuk universiti, saya bercadang untuk menolak tawaran itu tetapi apabila saya memberitahu Cikgu Lin Haw.

“Cikgu menasihati dan memberi jaminan bahawa akan mencari jalan untuk membayar yuran itu,” katanya.

Aidilfitri Bermakna, Selepas 36 Tahun Jumpa Semula Cikgu Kimia Yang Bayarkan Yuran Universiti

Cikgu Bantu Kumpul Wang RM400

Anak sulung daripada 10 beradik, Norasiah berkata, dia masih ingat sebelum menaiki bas ekspres untuk mendaftar ke universiti pada 1988, Pak bertanggungjawab membantu mengumpul wang untuk membayar yuran.

“Ia termasuk sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Alor Alor dan Cikgu Lin Haw,” katanya.

IKLAN

Pada 30 Mac lalu, Harian Metro melaporkan selepas 36 tahun terpisah, Norasiah dapat menjejaki semula guru kelasnya, Lin Haw yang pernah membantunya menjejakkan kaki ke menara gading.

Norasiah, dapat berhubung semula dengan Lin Haw iaitu bekas guru SMK Alor Akar.

Kenangan dan jasa yang tidak dapat dilupakan Norasiah apabila gurunya itu menyerahkan sampul sampul berisi wang RM400 hasil sumbangan peribadinya dan bantuan daripada PIBG untuk memastikan dia menyambung pengajian di universiti.

Mesti Baca:Guru Tinggal Dalam Kereta, Dapat Cek RM111,200 Dari Anak Murid
Baca Lagi Di Sini:Hargailah Jasa & Jauhkan Prasangka , Guru Tak Minta Disanjung Cukuplah Dihormati
Artikel Menarik:Jadi Guru Demi Tunaikan Impian Ibu, Kini Cikgu Ini Jadi Idola Pelajar

Mingguan Wanita: Alhamdulillah selepas 36 tahun, dapat bertemu kembali. Sungguh besar jasa dan pengorbanan guru ini, sanggup berkorban wang ringgit agar anak murid dapat sambung belajar tanpa mengira agama dan bangsa.

Sumber: Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI