Terima Kasih: Jaydee

Seksi itu merupakan sesuatu yang cukup subjektif. Namun bagi artis dan usahawan terkenal, Kilafairy mempunyai pandangan tersendiri terhadap istilah seksi. Hakikatnya anak kepada penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil itu bagaikan tak boleh dipisahkan dengan sisi seksi berkenaan.

Malah Kilafairy juga dikatakan mempunyai bentuk badan dan bibir seksi. Pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan ini juga sendiri pernah diberi jolokan Angelina Jolie Malaysia suatu ketika dahulu.

Namun jika ada yang menyedari atau perasan terutama di laman Instagram miliknya, Kilafairy sebenarnya sudah berubah. Lebih tepat perkongsian gambarnya juga tidak seperti kebiasaan. Malah ada yang beranggapan Kilafairy berubah kerana hatinya yang sedang berbunga mengenali jejaka bernama Sa’aid Umar Aiman dan kononnya sedang menuju ke fasa perkahwinan.

Penampilan terbaru.

Berubah Seiring Kematangan Diri

Ditanya akan perkara itu, empunya diri mempunyai penjelasannya.
“Pastinya perubahan itu seiring dengan kematangan diri. Ia seperti isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri.

IKLAN

Step by step insyaAllah. Berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih. Saya cuba elak atau tak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti, oh badan dia cantik mahupun seksi,” ungkapnya.

Terpalit Dengar Kisah Orang Sakit

Tambahnya lagi, soal menjaga penampilan, bentuk badan mahupun kecantikan bukan semata mata dilihat daripada luaran.

“Kita menjaga kesihatan atau mahu menurunkan berat badan sekalipun bukan kerana aspek luaran semata mata. Bab dalaman juga harus dititikberatkan. Saya sendiri apabila mendengar banyak cerita di sekeliling terutama mengenai hal sakit tenat dan berita kematian di usia muda atau meninggalkan anak yang masih kecil, hati ini terpalit rasa sedih yang amat.

IKLAN

Bahkan, Kilafairy sendiri takut melihat mereka yang berdepan kesukaran dan kesusahan ketika bergelut dengan masalah kesihatan.

“Kesannya hingga perlu kerap ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan. Bil perubatan sekarang pun melambung tinggi hingga ada yang tak mampu membayarnya.

Mahu Jadi Insan Yang Lebih Baik

IKLAN

Penyanyi lagu Put The Word In ini lebih selesa kini mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat dimiliki selain usaha untuk terus menjadi usahanita berjaya.

“Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT. InsyaAllah. Saya mahu jadi insan yang lebih baik. Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba menjaga penampilan dan sebagainya. Lagipun saya bukan makin muda

“Saya bukan saja sayang dan kasihan dengan haiwan. Namun turut bersimpati dengan orang dan persekitaran yang melanda dunia. Termasuk isu umat Islam Uighur di China yang ditindas dan krisis kebakaran hutan di Australia baru baru ini. Serta terbaru isu Coronavirus yang menggemparkan dunia.

“Jadi berbalik kepada situasi sendiri terutama apabila Mama (Rohana Jalil) berdepan kesan sampingan yang teruk daripada produk yang digunakan, saya yakin hal sama juga terjadi kepada orang lain hingga menjadi mangsa.

“Maka sebab itu juga saya bangkit memulakan perniagaan KILAFIT sejak setahun lebih yang lalu. Alhamdulillah misi itu berjaya,” katanya akhiri perbualan.