“Buat Wanita Yang Ada Suami Tunjukkan Cemburu, Jangan Simpan!” Heykal Hanifah
foto kredit instagram @faezahelai

Faezah Elai tidak pernah ada sifat cemburu terhadap suaminya. Walau isterinya tidak pernah tunjukkan sikap cemburunya, tidak bermakna Heykal Hanifah suka dengan perasaan tersebut. Kadang-kadang dia mahu isterinya itu cemburu.

Cara Heykal mudah sahaja. Dia akan keluar rumah tanpa beritahu isterinya.

Dia tetap cemburu bila saya keluar tidak beritahu dia. Kadang-kadang saya sahaja hilang tanpa beritahu. Saya start motor dan terus pergi keluar. Saya tidak bawa telefon. Saya pergi jumpa kawan-kawan di Kawasan perumahan contohnya. Selepas balik ke rumah, saya pasti dia akan tanya ke mana saya pergi.

Bagi Heykal, apabila pasangan tidak ada perasaan cemburu, diri kita sendiri kena cipta cemburu itu.

Buat wanita di luar sana yang ada suami itu, tunjukkan cemburu. Jangan simpan. Kalau simpan dan kemudiannya terkubur, tidak ada gunanya.”

Pesan Heykal, semua orang perlu mengawal sikap cemburu masing-masing.

Kalau tidak tahu mengawalnya, ia akan lepas dan membuatkan diri berada dalam keadaan negatif. Cemburu itu perlu tetapi kena pandai control.”

Mengawal Suhu Cemburu?

Cara yang Heykal lakukan adalah memujuk isterinya jika dia merasakan sudah lama tidak memujuknya.

IKLAN

Merajuk itu kadang-kadang satu benda yang fun dalam rumah tangga sebenarnya. Sebenarnya banyak cerita dalam TV itu sebenarnya based pada cerita saya. Sebab itu saya suka berimaginasi lebih. Oleh itu jangan banyak simpan cemburu.

Kurus Sebab Shah Rukh Khan?

Shah Rukh membawa pengaruh besar dalam hidup suami Faezah Elai. Mana tidaknya, berat Heykal Hanifah yang sebelum ini 121 kg telah turun sehingga 87 kg.

Mengapa Shah Rukh Khan? Isu Shah Rukh Khan muncul apabila pasangan suami-isteri ini berkongsi pendapat mereka berkaitan topik Cemburu Buta Bunuh Perkahwinan yang dikupas di Mingguan Wanita Talkshow di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD.

Heykal mengakui Shah Rukh Khan menjadi inspirasi dan motivasi buat dirinya untuk mengurangkan berat badan.

IKLAN

“Ada juga inspirasi hendak jadi kurus seperti Shah Rukh Khan. Sekurang-kurangnya apabila kita duduk depan cermin, kita boleh bayangkan diri seperti Shah Rukh Khan. Tetapi tidak pernah dapat nak buat.

Sebenarnya bukan sebab Shah Rukh Khan sahaja dia mahu mengurangkan berat badan. Jelas Heykal, setiap kali dia mahu menurunkan berat badan. Ada sahaja yang menghalang. Hanya setelah dirinya dihina oleh seseorang, barulah niatnya untuk mengurangkan berat badan itu menjadi.

Ada orang pernah cakap kepada saya yang saya ini seperti badak Sumatra. Saya anggap serius apabila orang berkata begitu. Sebab itu saya buat betul-betul.

IKLAN

Walau dirinya telah berubah fizikal ke arah yang lebih menyihatkan, Heykal mengakui isterinya itu tidak pernah menunjukkan sikap cemburunya dengan perubahan bentuk badannya.

Kena Belajar Redha

Suami sudah kurus dan pasti ada wanita yang ingin mendekati. Bagaimana Faezah menghadapinya? Jelas pelakon wanita yang kini lebih suka menggayakan tudung labuh ini, dia tidak pernah cemburu apabila suaminya semakin kurus.

Sebaliknya dia bersyukur apabila suaminya dapat mengurangkan berat badan. Kurus bermakna suaminya dapat menjauhkan diri daripada mendapat penyakit.

Doktor telah menasihatkan dia agar mengurangkan berat badan. Kami ini anak ramai. Kalau dia sakit, siapa pula yang mahu menjaga anak-anak ini.”

Jika ada sikap cemburu dalam dirinya, konsep Faezah mudah sahaja.

“Kita sudah kahwin dengan pasangan kita itu. Kalau dia mahu buat hal di belakang, itu saya boleh kata kita kena redha. Ada sebab ada kenapa benda itu terjadi. Kena belajar redha.”

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI