Maya Karin tak habis diploma, satu sebab berhenti belajar pensyarah tak masuk kelas.  Membuka lembaran baru dalam dunia pendidikan apabila tiga bekas pelajar berjaya menyaman guru Bahasa Inggeris mereka, Mohd Jainal Jamran yang ponteng mengajar selama tujuh bulan pada 2017.

Mahkamah Tinggi, di sini, mengarahkan tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, dibayar pampasan masing-masing RM50,000 atas kegagalan guru Bahasa Inggeris hadir ke kelas selama tujuh bulan pada 2017.

Hakim Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung yang semua berusia 22 tahun.

Dalam penghakimannya, mahkamah memerintahkan pampasan dibayar kepada tiga bekas pelajar itu akibat trauma yang dialami mereka.

Maya Karin Tidak Habis Diploma

Ternyata kes pelajar ini mendapat reaksi dari pelakon terkenal, Maya Karin yang berkongsi di twitternya @maya_karin, yang pernah mengalami situasi yang sama di mana kelas batal kerana pensyarah ada tugasan lain hingga dirinya membuat keputusan tidak menghabiskan diplomanya.

Jelasnya, dari membazirkan duit keluarga, dia berjinak dalam dunia teater dan memperoleh duit darinya. Kemudian mengembara ke serata dunia sebelum aktif dalam dunia lakonan sehingga ke hari ini.

Satu Sebab Berhenti Belajar Pensyarah Tak Masuk Kelas

Dalam pada itu memetik laporan Berita Harian, ketiga-tiga pelajar dalam saman yang difailkan pada 7 Disember 2020, menamakan bekas guru mereka, Mohd Jainal Jamran sebagai defendan pertama.

Pengetua SMK Taun Gusi ketika itu, Suid Hanapi; Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia; Menteri Pendidikan; dan Kerajaan Malaysia pula masing-masing sebagai defendan kedua, ketiga, keempat serta kelima.

IKLAN

Dalam penghakiman setebal 74 muka surat, mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan kes berdasarkan imbangan kebarangkalian, selepas mempertimbang keterangan kedua-dua pihak dan kesemua bukti yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati kes itu membabitkan persoalan berhubung hak perlembagaan kepada pendidikan, selain isu yang mempunyai kepentingan awam.

“Defendan melanggar hak perlembagaan plaintif bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.

“Defendan juga melanggar hak perlembagaan kepada pendidikan dan hak untuk disediakan guru yang menghadiri kelas bagi mengajar serta mempersiapkan plaintif untuk peperiksaan Bahasa Inggeris,” katanya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Yb Young Syefura Jadi Mangsa Komen Lucah, Tampil Berbaju Kurung Tapi Dianggap Menggiurkan

Matematik Jadi Subjek Paling Dibenci Kerana Terlalu Susah, Cikgu Fadli Dedah 25% Pelajar Gagal Dalam SPM

IKLAN

Cikgu Bertemu Jodoh Dengan Anak Murid, Pernah Ajar Suami Bahasa Melayu Ketika Tingkatan 3

Aidilfitri Bermakna, Selepas 36 Tahun Jumpa Semula Cikgu Kimia Yang Bayarkan Yuran Universiti

Malah, mahkamah mendapati bukti juga menunjukkan tarikh defendan pertama tidak hadir itu adalah sama dengan rekod Jabatan Pendidikan Sabah (JPNS).

Mahkamah turut mendapati tiada bukti menunjukkan defendan pertama sedang bercuti atau terbabit aktiviti sekolah yang lain sepanjang tempoh ketidakhadiran itu.

Dalam perbicaraan yang bermula pada 5 September 2022, seramai 10 saksi dipanggil memberi keterangan bagi pihak plaintif.

IKLAN

Perbicaraan yang tamat pada Januari 2023 itu turut menampilkan tiga saksi hadir memberi keterangan bagi pihak defendan.

Ketiga-tiga plaintif diwakili oleh peguam, Sherzali Herza Asli.

Peguam Kanan Persekutuan, Mohd Hafizi Abd Halim, bersama Peguam Persekutuan, Fazrul Fardiansyah Abdul Kadir pula bertindak bagi pihak defendan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI