
Isi Kandungan
ToggleIzara Aishah selamat bersalin. Tahniah diucapkan buat pelakon Izara Aishah dan suami, Adib Khalid yang telah menimang cahaya mata kedua mereka.
Seperti mana yang dicoret menerusi akaun Instagram, Aishah berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi perempuan yang juga cahaya mata kedua dirinya dan suami.
Izara Aishah Selamat Bersalin
Malah menerusi ruangan komen, Adib turut menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri keduanya.
“Alhamdulillah, menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami.
“Terima kasih semua untuk doa-doa kalian,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Izara juga turut memuat naik video Adib sedang memangku bayi yang baru dilahirkan sambil diperhatikan anak pertamanya, Irisa Alaia.
&;
Selamat Berpantang
Menerusi perkongsian di Instagram Stories pula, Izara menunjukkan set berpantang. Apapun selamat berpantang buat Izara.
Untuk makluman sebelum ini Izara memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua pada awal Oktober.
Izara juga sebelum itu hanya mengetahui berbadan dua ketika usia kandungan sudah mencecah empat bulan.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 3.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Izara Aishah Lembut Hati Tunaikan Permintaan, Ajar Tutorial Pakai ‘Shawl’ Raya

“Irisa Alaia” Nama Puteri Comel Izara Aishah & Adib Khalid
Erti Bahagia, Izara Aishah, Diana Danielle & Hana Aqeela
Mingguan Wanita : Selamat berpantang buat Izara.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Guna 4 Bahan, Buat Sendiri ‘Wet Food’ Untuk Kucing Kesayangan, Lebih Jimat Tak Payah Beli

Isi Kandungan
ToggleBerita baik buat pemilik kucing. Sebenarnya senang sahaja jika hendak buat makanan kucing sendiri, tidak perlukan bahan yang rumit mahupun perlukan masa yang banyak, malah lebih menjimatkan.Iyalah, kalau nak beli pun wet food selalu boleh tahan juga harganya.Baik buat sendiri, lebih terjamin selamat dan bebas pengawet.Lebih menarik resipi ini mempunyai campuran sayur-sayuran yang pastinya berkhasiat dan bebas daripada bahan pengawet untuk si comel kesayangan.
Ikut cara berikut untuk membuat makanan basah (wetfood) sendiri di rumah.
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan selar
1 batang lobak merah
Sedikit sayur bayam
1 peket kecil agar-agar
Cara Membuat:
1.Rebus ikan selar dan ambil isinya. Asingkan tulang dan air rebusan ikan.
2.Kisar isi ikan tersebut bersama lobak merah dan sayur bayam dan masukkan kedalam periuk.
3.Kemudian masukkan air rebusan ikan dan kisar bersama tulang ikan tadi.
4.Tapis kisaran tulang ikan tadi dan masukkan kedalam periuk.
5.Masukkan pula agar-agar kedalam periuk. Kacau dan masak sehingga agar-agar hancur.

Siap! Selamat Mencuba
Info Ekstra!
- Selepas siap disediakan masukkan dalam bekas, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.
- Agar-agar berfungsi bagi memekatkan bancuhan serta memudahkan kucing untuk makan.
- Selain sayur bayam, boleh juga gunakan buah labu.
- Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam (hati, pedal, jantung dan hempedu ).
- Gunakan sudu plastik bila menceduk, bagi memastikan wetfood ini tidak mudah basi.
Sumber: Liyana Kamaruzaman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yang Tak Redha Putus Tunang, Berhak Tuntut Ganti Rugi Di Mahkamah Syariah

Isi Kandungan
TogglePertunangan bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Bukan bila suka boleh ikat, bila tak suka kau lepas. Sedangkan dalam Islam ada sebut, jika seseorang itu tunang orang haram untuk orang lain masuk ‘line’.
Nampakkan? Betapa seriusnya soal pertunangan itu. Maka, itulah individu yang dalam pertunangan itu juga dilindungi haknya. Sekiranya terjadi satu-satu perkara, sehingga mengakibatkan putus tunang. Dan pihak yang satu lagi, tidak redha dengan pemutusan itu, maka dia berhak untuk menuntut ganti rugi di Mahkamah Syariah.
Ganti rugi yang macam mana? Ini penjelasan Peguam Syarie, Fahmi Ramli.
Tuntut Hak Ganti Rugi Pertunangan di Mahkamah Syariah
Viral seorang artis terkenal yang putus pertunangannya juga dengan seorang artis. Siapa-siapa pun kalau bertunang tak mahu hal ini terjadi. Lebih perit pulak pertunangan yang diputuskan ini ada isu yang besar sehingga melibatkan pihak polis.
Saya tak mahu ulas tentang isu yang timbul antara artis tersebut. Biarkan pihak polis lakukan tugas mereka. Cuma, ada soalan daripada netizen, artis wanita yang putus tunang tu tak boleh tuntut apa-apa ke di Mahkamah Syariah? Insya allah saya akan ulaskan sedikit supaya menjadi panduan semua.
Boleh Ke Tuntut Ganti Rugi di Mahkamah Syariah?
– Pertunangan adalah suatu perjanjian sama ada secara bertulis atau perjanjian mulut untuk berkahwin. Pada ketika bertunang, haram untuk orang lain mengikat pertunangan dengan perempuan itu.
Dalam undang-undang Keluarga Islam setiap negeri ada diperuntukkan tentang bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan tuntutan Ganti Rugi Perkahwinan.
– Mana-mana pihak yang mungkir janji untuk berkahwin itu, adalah bertanggungjawab untuk pulangkan :
1) Pemberian pertunangan (jika ada)
2) Memulangkan nilainya
3) Membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh satu pihak dengan suci hati untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu.
– Jadi, dalam kes ni, pihak yang diputuskan pertunangan boleh membuat tuntutan ganti rugi yang dia telah tanggung untuk membuat sebarang persediaan kearah perkahwinan tersebut. Ini termasuk dengan persiapan yang dilakukan bagi Majlis Pertunangan.
Boleh ke Tuntut Saman Malu?
– Tidak boleh. Di dalam Mahkamah Syariah, hanya gantirugi perkahwinan yang berbentuk perbelanjaan ke arah persediaan untuk Majlis Perkahwinan sahaja boleh dituntut.
– Jika tuntutan itu bersifat ganti rugi am kerana keaiban/malu, tohmahan masyarakat, penderitaan, tekanan jiwa dan perasaan, ia boleh dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil (Tuntutan Sivil).
– Ini berdasarkan kepada kes Salbiah Bt Othman vs Haji Ahmad B Abdul Ghani (JHXXI/I 1427H) yang mana Mahkamah Tinggi Syariah Seremban telah menolak tuntutan Ganti rugi Keaiban berjumlah RM200,000.00 yang dituntut oleh pihak Plaintif.
Apa Yang Wanita Putus Tunang Itu Boleh Tuntut di Mahkamah Syariah?
– Di dalam kes ini, dia boleh membuat tuntutan :

i) Belanja kenduri kecil-kecilan semasa hari pertunangan seperti jamuan makan dan khemah-khemah luar rumah
ii) Baju pengantin yang telah dibayar penuh olehnya termasuk dengan make up kepada butik
iii) Bayaran duit catering
iv) Kad-kad jemputan
v) Pengubahsuaian rumah (bilik tidur, bilik air, cat rumah dll)
vi) Pembelian katil pengantin
vii) Tempahan langsir dan cadar
viii) Deposit photographer
Ok, faham kan apa yang boleh dituntut untuk ganti rugi putus tunang. Pertunangan bukan hal yang boleh dibuat main-main. Ia dah melibatkan dengan perundangan serta hukum syarak.
Jadi, pihak yang memutuskan pertunangan perlu bertanggungjawab atas pemutusan pertunangan tersebut melainkan pihak satu lagi tu redha.
Moga kita semua dilindungi dengan rahmat Allah. Tapi kalau dah tiada jodoh, mungkin ada hikmah di sebalik insiden ni.
Ada hikmah juga bila tahu sesuatu sebelum berkahwin, kan? Follow dan Like Fahmi Ramli untuk terus mendapat info perundangan syariah.
Berani Putus Berani Tanggung
Sumber/Foto : Fahmi Ramli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syukur Suami Baik Budi, Tak Berkira Pun Bab-Bab Macam Ni..”, Abby Abadi

Isi Kandungan
ToggleTanggungjawab seorang anak cukup besar apatah lagi dalam menjaga mak ayah yang semakin uzur dan meningkat usia.Kasih sayang, kesabaran dan sifat memahami daripada seorang suami amatlah dihargai dan menunaikan tanggunjawab ini.
Bertuah memiliki suami yang tidak berkira dalam serba serbi. Baik menolong urusan rumahtangga, menjaga anak-anak mahupun berbakti pada mak ayah mertua seperti mak ayah sendiri.
Bekas pelakon dan penyanyi Arbaiyah Abdul Manan,41 atau lebih dikenali Abby Abadi ada berkongsi rasa syukur kerana memiliki suami yang cukup memahami dalam membantunya menguruskan mak ayah abby yang sudah uzur.Salah satu rutin setiap hari yang suaminya, Muhammad Faizal Zakaria,44 sering lakukan adalah memandikan ayah Abby sendiri.
Berikut perkongsian di Instagram Abby Abadi;
“Jumaat yang berkah, Syukur ALLAH pilih dapat bantu suami @jaiezzany hari ni mandi ayah saya. Ayah saya tapi suami yang tiap-tiap hari mandikan, saya sheshekali jew”.
“Sebab apa macam tu, sebab suami pagi-pagi kalau nak cepat, dia naik motor hantar Baby besar pergi sekolah, lepas pada hantar Baby besar gi sekolah terus gi umah Mak Ayah kita hantar sarapan + mandikan Ayah. Bila naik kereta, baru semua ikut. Selalu kalau ada kerja, Suami kata takyah ikutlah sebab dia nak kejar masa (gi pasang cctv dsb)”.
“Bila sesekali je dapat mandikan ayah, rasa saya ni huhu… Syukur suami baik budi. Tak berkira pun bab-bab macam ni. Harap suami-suami sahabat saya disini pun rajin juga bantu isteri-isterinya jaga Mak Ayah kalau dah tak berdaya ye”.
Ps: Semoga tempat tertinggi milikmu di syurga nanti suamiku ye. Pastu dapat masuk syurga sebutlah namaku sama hihi..Esok shopping ye suami haha
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Jaga Mak Ayah Satu Tanggungjawab
Sementara, pada posting lain Abby juga ada berkongsi mengenai tanggungjawab seorang anak menjaga mak ayah yang telah uzur.
“Macam ni ye cara-cara mandikan orang tua kita yang dah tak terdaya nak urus diri sendiri.Tak susah manapun. Sabun-sabun, gosok-gosok, garu-garukan sikit..jirus sampai bersih. Kalau berry, bayangkan basuh berry baby je. Hilang rasa geli loya dan sebagainya tu. Nak dengan tak nak je”.
“Suka nak share kat sini sebab ramai sangat takde hati nak ambil tanggungjawab ni. Kalau Mak Ayah orang tu satu hal juga. Ini Mak Ayah sendiri kot! Apalah yang susah sangat… kann? Masa kecik dorang dah susah payah untuk kita. Pagi petang siang malam kerja, nak cukupkan makan pakai kita. Bila mereka dah berusia & tak berdaya, giliran kita pula menguruskan mereka. Kan kata nak masuk Syurga, tapi Mak Ayah kenapa dibiarkan je?”
Hidup jangan banyak alasan. Tak tahu nak mandikan, belajar. Tak suka pada Mak Ayah sendiri? Balik awal… .Hidup ini penuh “TanggungJawab”. Bukan pada diri sendiri je.. Pada Mak Ayah, pada suami isteri, pada anak-anak, pada adik beradik, pada keluarga & semua umat manusia
Kalau kita beragama ISLAM, segalanya berkisar tentang dosa pahala.. jangan ambil agama itu ikut suka kita je… Solat tak tinggal, ALQURAN baca sampai hafal.. tapi tanggungjawab lain? Takpe Terabai? Itu yang silap tu. ISLAM itu wajib diambil seluruhnya. Bila kita faham ISLAM itu secara keseluruhannya, pasti kita akan rasa makna ”tanggungjawab” untuk menjaga Mak Ayah kita sangat bernilai disisiNYA..Usahakanlah.. sebelum terlambat.

Terima Kasih Suami ku sayang @jaiezzany yang berterusan bantu Saya uruskan Mak Ayah. Terima Kasih Abang.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Tahniah buat Abby Abadi dan suami kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan sebaiknya, dengan menjaga pada mak ayah yang telah uzur. Semoga ramai yang dapat mencontohi sikap ini, serta menjadikan kita anak yang sentiasa merebut peluang berbakti kepada kedua mak ayah yang telah tua.
Sumber: Abby Abadi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI