Ramai mengetahui, selepas berkahwin bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, 39, dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, memilih Palestin, sebagai lokasi pertama persinggahan mereka untuk bercuti bersama pada bulan Ramadan ini. Kembara selama hampir satu minggu di bumi para anbia ini, Azrinaz ada membuat travelogue, meluangkan masa mengambil pelbagai gambar-gambar menarik serta memuatnaik kenangan video bersejarah di setiap tempat yang dilawati.
Namun perkara yang mencuri tumpuan para pengikut instagramnya adalah, gaya penyampaian Azrinaz ketika melakukan ‘stand upper’ pada video yang dimuat naik.Pernah menjadi wartawan penyiaran dan pembaca berita, gaya penyampaian yang bersahaja namun perincian fakta-fakta yang dijelaskan Azrinaz ternyata mengundang rindu pada pengikutnya. Sehinggakan ada yang menyatakan bagi sedang menyaksikan ‘Kembara Jejak Rasul’ dan ‘Buletin Tv3’. Ternyata skil kewartawanan Azrinaz masih hebat dan tetap tersemat dalam dirinya.
Berikut antara perkongsian video yang dikongsikan Azrinaz:
jamrus_jamal Rindu tengok akak jadi wartawan dulu… skill ada lagi
Terdahulu, Azrinaz memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran di TV3 pada tahun 1997 dan pernah menjadi penyampai berita bagi Buletin Pagi, Berita Terkini dan Buletin 1.30. Azrinaz mengahwini Fairos Khan yang dikenalinya sejak 20 tahun lalu, dengan sekali lafaz 1 Mei lalu.Mereka yang sama-sama bertugas di TV3 sebelum ini, mula menjalin hubungan rapat sejak setahun lalu.
Diam tak diam dah 9 tahun usia puteri tunggal Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek. Engku Aleesya Engku Emran ini bukan saja mewarisi kecantikan ibunya, malah cukup aktif dalam sukan dan bijak dalam pelajaran. Bila mana, Aleesya menyediakan video ucapan untuk ‘mom’ sempena hari ibu, ramai yang jatuh hati.. sebab sweetnya alahai!
Aleesya sediakan 3 video klip pendek beserta ucapannya yang ikhlas dari hati. Memang boleh jatuh hati siapa yang tengok ni. Lagi-lagi bila tengok muka Aleesya yang saling tak tumpah macam ibunya, Erra Fazira.
“New style of wishing HAPPY MOTHER’s DAY katanya. Alahai.. Gigih shayang mom buat presentation and cipta lirik. Thank you so much my little bunny!! You know how much mom love you right sayang.. No one else will ever know the strength of my love for you.. after all, you’re the only one who knows what my heart sounds like from the inside.” Kata Erra tentang video ucapan anaknya itu.
“Happy mother’s day to all mothers out there.. it’s definitely not always the easiest job but it is the most rewarding.”
Ketika Aleesya menginjak usia 9 tahun, Erra menyediakan sebuah ucapan yang cukup indah untuk satu-satunya puteri tercinta. Katanya, “Syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan cahayamata seperti mu sayang. Tidak dapat mom ungkapkan kebahagiaan dan kesyahduan bila pertama kali menatap wajah mu 9 tahun yang lalu.
“Kini Aleesya semakin besar. Jadilah hamba Allah yang taat dengan suruhanNya. Anak yang solehah dan insan yang baik budi pekerti. Sebagai ibu, mom tidak pernah lupa untuk titipkan doa buat mu saban waktu.”
“Mom sentiasa doakan agar Aleesya berjaya dan bahagia zahir batin, dunia dan akhirat sayang. Semoga kita bersama di syurga kelak. Amin.”
“Sayang mom, Aleesya.. when u entered my life. Everything became simply wonderful. We have made many beautiful memories together and cannot wait to create even more in the years to come. Love you forever!” Moga apa yang Erra doakan ini Allah makbulkan. Amin.
Nampaknya dalam drama bersiri Mak Cun 4, Erra Fazira kena bercakap dalam loghat Negeri Sembilan. Bergandingan pula dengan Datuk Awie, Ziana Zain dan Datin Seri Umie Aida. Memang gamatlah jadinya. Mak-mak yang rindu dengan lakonan kelakar Erra ini kenalah tonton ya.
Dalam instagramnya, Erra juga berkongsi satu video temuramah wartawan dengan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang rahsia beliau nampak muda. Jawapannya, Tun Mahathir ikut pesan ibu, “Jangan makan berlebihan dan berhenti bila rasa makanan tu sedap.”
“Haa.. ni dia! Petua orang lama. Pesan bunda sampai sekarang Che Det amalkan. So amacam semua? Boleh tak kita try? Moh ler kita cuba diet ni. STOP bila tengah makan sedap. laling-laling semua, apa lagi? Lets..” Apa lagi, Erra dah ajak tu mak-mak. Tak nak sahut cabaran ke?
Aduhai, lesunya mak buyung. Puasa kali ni lain macam rasanya, badan cepat letih, tendangan anak dalam kandungan pun lemah. Mahu berbuka, rasa bersalah pula.
Percaya tidak, inilah antara kemusykilan ibu-ibu hamil sepanjang bulan Ramadan. Dilema tak puasa dan rasa keberatan untuk mengganti puasa selalu memeningkan kepala.
Ya, meskipun ibu hamil mampu untuk menahan makan dan minum selama lebih kurang sembilan jam namun keadaan kandungan yang memerlukan nutrisi penuh untuk tumbesaran harus diambil kira.
Tambahan pula apabila usia kandungan sudah mencecah trimester ketiga. Justeru, sebelum memutuskan untuk berpuasa ibu hamil wajar mengetahui inti pati penting di sebalik kewajipan berpuasa.
MANFAAT PUASA UNTUK IBU HAMIL
Pun begitu, usah rasa terbeban jika tak mampu berpuasa di bulan Ramadan kerana Islam membenarkan ibu hamil yang tidak berupaya menunaikan puasa dengan menggantikannya dalam bentuk fidyah. Perkara utama yang harus dipertimbangkan terlebih dahulu adalah kondisi dan kemampuan diri sendiri.
(a) Ada baiknya ibu hamil mendapatkan kaunseling daripada doktor pakar untuk mengetahui kesihatan bayi yang dikandung sebelum berpuasa.
(b) Jika tiada sebarang masalah, ibu hamil perlu menghindari pengambilan minuman kafein seperti kopi, teh dan coklat serta minuman berkarbonat yang dikhuatiri menjejaskan kesihatan ibu serta bayi.
(c) Awas, ibu hamil dilarang berpuasa jika mengalami simptom berikut yang memerlukan rawatan segera daripada doktor!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anda yang sempat menyaksikan YB Nurul Izzah Anwar ‘Datang Konti Rumah’ FBI Live semalam tentu dapat lihat betapa santainya YB menjawab setiap persoalan yang diajukan dua DJ terkenal, Faizal Ismail FBI & Fara Fauzana serta pertanyaan pendengar.
Memang santai habis sesi tersebut. Sweet betul lihat sisi humor YB Nurul Izzah dengan rakan sekolahnya, Fara Fauzana. Kedua-dua ‘Assuntarians’ yang pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Assunta, Petaling Jaya ini turut berkongsi cerita-cerita santai tentang YB Nurul Izzah.
Satu hal yang menarik perhatian dalam sesi live selama 2 jam, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkongsi kenapa tudung bawal setia menjadi pilihannya. Puas jugalah Fara Fauzana memujuknya untuk mencuba walau sekali tutorial pakai shawl. Pujukannya ternyata gagal.
Dan YB yang manis ini tetap takkan berganjak dengan pilihan tudungnya sejak 20 tahun itu. Haa. nak tahu apa yang istimewa sangat tudung bawal dimata YB. Ini antara yang MW temui jawapannya.
1. Tudung bawal ini senang menyerap peluh. Jadi ia lebih memudahkan tugasan YB yang sentiasa bergerak aktif. Kalau mengenakan shawl, akan ada peluh yang akan meninggalkan kesan.
2, Kebanyakan koleksi tudung bawal, termasuk yang terkini YB Nurul Izzah adalah dari Bawal Exclusive. “Tapi saya beli yang paling simple dan harga paling rendah.”
3. Ada juga tudung bawal yang disimpan sejak dari tahun 1998. Yang menjadikan koleksinya itu bawal klasik.
4. Ada sebab kenapa memakai tudung bawal menutupi dagu. Tujuan itu untuk memudahkannya bersolat.
5. Bukan tak pernah memakai shawl. YB Nurul Izzah pernah mencubanya sekali. Tapi dalam masa 20 minit, shawlnya jadi lagi teruk senget. Sebab itu, dia balik kepada bawal semula.
6. Ketika diminta Farah Fauzana berbahas dengannya tentang pemakaian tudung bawal, ini kata YB Nurul Izzah, “Kalau kita tak teruskan akan pupuslah nanti. Kita kena hargai setiap wanita yang ada citarasa dan pilihan sendiri. Mereka yang memakai bawal ini akan merasa sangat selesa, tenang dengan gaya mereka yang lama.”
7. YB Nurul Izzah juga tak kisah sekiranya ada produk tudung yang akan menggunakan jenama Tudung Bawal YB Nurul Izzah, dengan syarat setiap jualan itu boleh diperuntukkan untuk tujuan amal. Itu juga sebahagian dari sedekah.
8. Mudah sangat nak pakai tudung gaya YB Nurul Izzah ni rupanya. Tutorialnya ada dikongsi dalam FBI Live tu. Stepnya : Lipat tudung bawal 1/3. Biarkan yang berlabuci dibelah luar. Pinkan tudung pada tepi dagu (ikut keselesaan). Tarik bahagian bawah tudung dari sisi sebelah dan naikkan ke atas. Memandangkan YB sentiasa mengejar masa, tutorial tudung bawal dengannya pun ekspress sungguh.
Cerita Fara Fauzana, semasa di sekolah menengah, YB Nurul Izzah ada cerita bukan saja nakal malah lucu. Waktu itu, akan berlangsung konsert Micheal Jackson namun kumpulan anak-anak sekolah yang ada di antaranya Nurul Izzah ini tiada tiket untuk menyaksikannya.
“Masa itu dalam form 4 ke form 5, tak ada tiket jadi nak ke konsert itu kenalah panjat tembok. Ada juga kawan-kawan minta YB gunakan saja nama ayahnya. Tapi sememangnya dah jadi pendirian YB dari kecil dia takkan guna nama ayahnya. Katanya kalau nak enjoy, sendiri punya pasal. Maka mereka pun panjatlah tembok nak ke konsert itu.”
“Samalah jika di sekolah, jika ada guru-guru memanggil namanya ‘Nurul Izzah Anwar’ dia akan tegak tak berganjak.” Sambung Farah Fauzana lagi.
Ketika ditanya pemanggil tentang siapakah di antara adik beradiknya yang rapat dengan , Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Adik beradik saya, Nurul Izzah, Nurul Nuha, Mohd Ehsan, Nurul Ilham, Nurul Iman, Nurul Nuha dan Nurul Hana. Hana bekerja di luar negara dan baru-baru ini pulang untuk buat surprise pada papa. Ketika itu, Nurul Hana baru 6 tahun waktu papa ditangkap.”
Semasa kempen pilihanraya baru ini, Nurul Izzah bukan saja mendapat sokongan penuh daripada para penyokong malah dua orang adiknya, Nurul Iman dan Mohd Ehsan berkampung untuk membantunya berkempen.
Kempen pilihan raya kali ini lebih lagi merapatkan hubungan mereka. Ia benar-benar meninggalkan kesan yang amat dalam. “Mereka (dua adiknya itu) membuat yang terbaik untuk pastikan kita menang. Sebab pada mereka bila menang, maka akan bebas.”
Rumah keluarga YB Nurul Izzah di segambut. Bagaimanapun, dia juga berulang alik ke Seberang Jaya, memandangkan dirinya juga wakil rakyat untuk Permatang Pauh.
“Di Segambut Dalam itu rumah arwah ayah papa. Sejarahnya, masa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di rumah dekat Bukit Damansara dan bila papa keluar dari penjara, niat papa mahu memastikan kami sekeluarga bersama-sama.”
“Jadi dia pilihlah tapak rumah lama yang sudah terbina sejak tahun 70-an. Yang dilihat sekarang itulah struktur rumah asal sejak 35 tahun yang lalu.
“Saya sentiasa hargai warga Segambut.” Beliau berpandangan walau semoden mana pun satu-satu tempat itu, nama asalnya perlulah dikekalkan.
“Kita kena sentiasa hargai nama asal sesuatu tempat kerana di situlah sejarah dan kebanggan kita.” Misalnya, Bangsar South itu biarlah ia kekal dikenali Kampung Kerinchi. Di Singapura pun ada sesetengah tempat yang tak menukar nama asal tempat itu walaupun telah melalui pemodenan.