Ads

Padah Muat Naik Video Masak & Makan Haiwan Liar Untuk Jana Pendapatan Tanpa Rasa Bersalah

jana pendapatan

Seorang wanita di Kemboja ditahan selepas dia merakamkan aksinya memasak dan memakan beberapa haiwan liar dilindungi. Ah Lin Tuch dan suaminya, Phoun Raty menghasilkan video yang kemudiannya dimuat naik ke Youtube untuk jana pendapatan AS$500 (RM1,978) menerusi iklan tajaan Google yang ditunjukkan pada klip video berkenaan.

Ibu kepada seorang anak itu tanpa rasa bersalah memakan ular tedung selar, jerung dan beberapa spesies burung dilindungi yang dimasak di hutan berhampiran kediaman mereka di Phnom Penh.

Perbuatannya mencetuskan kemarahan banyak pihak hingga menyebabkan Kementerian Alam Sekitar memburu pasangan suami isteri terbabit pada minggu lalu.

Ads

Padah Muat Naik Video Masak & Makan Haiwan Liar Untuk Jana Pendapatan Tanpa Rasa Bersalah

Mereka tampil dan mengaku melakukan perbuatan tersebut dan turut memohon maaf.

Ads

“Kami dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Kebanyakan haiwan yang dimasak itu bukan spesies terancam, namun ia dilindungi. Hanya satu spesies fishing cat yang diancam kepupusan,” kata Ketua Direktorat Umum untuk Pentadbiran Perlindungan dan Pemuliharaan Alam Sekitar, Chea Sam Arng.

Difahamkan, pasangan terbabit telah mengeluarkan sebahagian klip kontroversi itu.

Ads

Macam-macam cara kreatif yang boleh dibuat untuk mendapatkan pendapatan tambahan, tapi awas iya jangan sampai lakukan perkara yang boleh menyalahi undang-undang. Silap-silap, didakwa dan masuk mahkamah pula nanti.

Sumber:Sinar Harian & Daily Mail

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Suami Mahu Sebar Video Intim

Suami Mahu Sebar Video Intim, Peguam Syarie Dedah Isteri PJJ Diperas...

Peguam syarie dedah kisah isteri PJJ yang diperas RM3,000 oleh suami dengan ancaman menyebarkan video intim, malah turut diugut untuk membunuh anak-anak.