RM170 Mungkin Harga Sehelai Tudung, Tapi Inilah Jumlah Kehidupan Seorang Anak Palestin

Jangan cuma mengutuk penjenayah zionis di media sosial, mak ayah boleh usahakan juga bantu anak-anak Palestin, Syria meneruskan kehidupan mereka dengan cara menderma.

Macam-macam cara boleh dibuat. Bantuan sumbangan wakaf, derma malah antara usaha yang dilakukan wanita ini, Emylia Mohd Nor ialah mengambil, membiaya anak angkat di Gaza dan Syria.

Kami ada 2 anak angkat Gaza dan seorang anak angkat Syria.”

Kongsinya dengan Mingguan Wanita. Sejak tahun 2016, beliau dan suami mula ambil inisiatif bantu anak Palestin.

Kami sendiri tiada anak setelah 19 tahun berkahwin. Ada kawan pernah kata saya rugi sebab bila mati tiada anak yang akan doakan saya.”

Atas dorongan inilah, beliau mula ambil anak angkat Palestin, Syria. “Rumah Kebajikan di Malaysia banyak. Di sana tiada.” Sambungnya lagi.

 

RM170 Mungkin Harga Sehelai Tudung, Tapi Inilah Jumlah Kehidupan Seorang Anak Palestin

Tak Mampu Ke Medan Perang, Bantulah Kehidupan Anak Palestin Cara Ini

Ini anak angkat saya dari Gaza. Setiap bulan saya perlu masukkan RM170 dalam akaun MyCare, badan yang bertanggungjawab membantu penderma dari Malaysia biayai belanja bulanan anak-anak Palestin, Syria dan negara lain. Anak angkat ‘si dia (suami) perlukan RM190 setiap bulan.”

IKLAN

Setiap tahun, laporan mengenai anak angkat akan diberi kepada penderma.

Tidak mampu berada bersama mereka di medan perang. Jika hanya kutuk penjenayah di media sosial, tidak banyak dapat bantu anak Palestin bina kehidupan mereka. RM170 mungkin harga sehelai tudung atau kasut kita tapi jumlah ini mampu bantu kehidupan seorang anak Palestin untuk sebulan insya-Allah.

Ini surat dari ibu anak angkat saya yang telah diterjemahkan.

 

RM170 Mungkin Harga Sehelai Tudung, Tapi Inilah Jumlah Kehidupan Seorang Anak Palestin

IKLAN

Surat Dari Ibu Anak Angkat Di Palestin

Dear sponsor

Peace be upon our prophet Mohammed, the most honorable prophet, and his kind friends.

I would like to express my thankfulness and gratitude for you because your sponsorship helps me a lot in providing all the necessities of life, such as food, drink, clothes, and school requirements like pens and books.

You are the candle that lights our way for our future.
Mohammed suffers from trouble in his sight. he needs a health care from doctors and a special glass for him.

Finally, I would like to repeat expressing the feelings of love and respect for your kindness. May Allah increase your wealth
and money. May Allah place your good deeds in your balance of blessings.” Amin.

IKLAN

Jika Mahu Ambil, Biaya Anak Angkat Palestin, Syria

Mak ayah yang berkemampuan dan mahu ikut jejak langkah suami isteri ini, boleh nyatakan hasrat sedemikian dengan menghubungi pihak MyCARE.

 

RM170 Mungkin Harga Sehelai Tudung, Tapi Inilah Jumlah Kehidupan Seorang Anak Palestin

 

Semoga urusan mak ayah dipermudahkan.

Sumber/Foto : Emylia Mohd Nor , top image – astroawani.com (gambar sekadar hiasan)

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI