Masjid Muhammad Al-Amin dibina hasil infak rakyat Malaysia musnah, 413 korban syahid Palestin. Saat ini perang meletus antara Palestin dan Zionis. Dari laporan terkini mengenai Gaza, seramai 413 mati syahid termasuk  78 kanak-kanak dan 41 wanita selain 2300 cedera.

Manakala di pihak zionis seramai 700 nyawa tewas selain 2200 cedera dalam peperangan ini. LEBIH 250 mayat telah ditemui di tapak festival muzik Supernova dalam serangan pejuang Hamas ke atas Israel.

Masjid Muhammad Al-Amin Dibina Hasil Infak Rakyat Malaysia Musnah

Dalam pada itu, Malaysia yang dilihat memberikan sokongan sejak lama dahulu terhadap Palestin termasuk bantuan kewangan pastinya amat terkesan bila mana Masjid Muhammad Al Amin yang dibina hasil infak rakyat Malaysia musnah keseluruhannya dalam serangan bom zionis.

Memetik perkongsian dari fb Muslim Care Malaysia Society, mereka memaklumkan masjid ini musnah keseluruhannya dan tidak boleh digunakan lagi selepas menjadi sasaran zionis.

“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zion!ST lsrae.

Penghujung tahun 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik untuk rakyat Palestin.

Malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, dua hari lalu,  7hb Oktober 2023, Masjid Muhammad Al Amin ini musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan.

Biarpun begitu, semangat jihad orang Islam tidak akan pernah pudar. Sebagaimana kuatnya jiwa pejuang saudara kita di Palestin, begitu jugalah teguhnya hati-hati kita semua akan terus bersatu.

IKLAN

413 Korban Syahid Dalam Peperangan

Lebih banyak bantuan dan dana akan kita salurkan sebagai tanda sokongan kita kepada saudara kita di Palestin.

Sumbangan, Wakaf , Zakat dan Sedekah Jariah untuk membina semula Masjid Malaysia di GAZA boleh disalurkan melalui pautan ini

https://muslimcaremalaysiasociety.com/…/dana-masjid…

Firman Allah SWT:

﴿انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ٤١﴾

IKLAN

“Berangkat pergilah kalian secara beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan merasa ringan (dan mudah bergerak) mahupun dalam keadaan merasa berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kalian pada jalan Allah (untuk membela Islam). Demikian itu, amatlah baik bagi kalian, jika kalian mengetahui.”

(Surah al-Taubah: 41)

Tembakan doa dan munajat antara yang juga sedang sangat diperlukan. Teruskan berdoa dan bermunajat.  Semoga kemenangan besar untuk Islam.  Insya-Allah. Allahuakbar.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Israel Jadikan Masjid Palestin Kelab Malam, Semua Acara Dibenarkan Kecuali Solat!

RM170 Mungkin Harga Sehelai Tudung, Tapi Inilah Jumlah Kehidupan Seorang Anak Palestin

IKLAN

“Macam Tengah Tengok Kembara Jejak Rasul” Perkongsian Travelog Azrinaz Di Palestin Dapat Pujian Ramai

Zionis Kata Tak Sengaja Tembak Mati Sukarelawan Perubatan Palestin, Razan Al Najjar!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dalam kehidupan seharian seorang Muslimah, perlu disulami rasa cinta yang mendalam terhadap Al Quran.
Kiasan Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah ketika menyampaikan Tahsin & Selawat di Festival Ummah Mega Haflah: Bidadari Berselawat, Wanita Peneman Syurga, Semarak Cahaya Al Quran” sememangnya mempunyai mesej yang amat mendalam.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI