Bila anak demam atau tidak sihat, mak-maklah orang yang paling risau. Nak-nak kalau lambat sembuh, ubat dah habis sebotol tapi tetap belum ‘kebah’.
Biasanya kalau anak tak sihat, klinik atau hospital jadi rujukan untuk berjumpa dengan doktor dan mengetahui tentang masalah kesihatan anak.
Ada juga mak-mak ni, bila dah nampak anak aktif balik, terus tak bagi ubat. Kononnya dah sihat. Tapi, hairannya, dalam tiga empat hari selepas itu anak mula tidak sihat balik. Rujuk doktor, rupanya mak-mak bagi ubat tak ikut dos.
Inilah yang perlu mak-mak ambil tahu, jangan fikir anak dah sembuh dengan hanya makan ubat sekali dua terus berhentikan. Tidak ikut apa yang doktor sarankan. Kena faham betul-betul apa yang diterangkan oleh doktor ini.
“Itulah, saya dah cakap pada dia, doktor. Kena beri ubat tu sampai habis!”
Ads
Ada seorang kanak-kanak dibawa ke klinik saya minggu lepas, kemudian dibawa sekali lagi minggu ini. Kata si ibu, dah diberi ubat, tapi tak sembuh-sembuh.
Saya pun bertanya pada si ibu, berapa banyak, berapa kali, berapa hari ubat diberi. Saya nak tahu sama ada dos ubat yang diberi cukup atau tidak.
Bila si ibu beritahu bagaimana dia beri ubat, ternyata ada dos ubat yang diberi pada anaknya itu, kurang dari saranan. Antibiotik pun tak cukup hari.
“Ha! Dah cakap dah kena habiskan antibiotik tu, tapi dia tak ikut” ujar si suami.
“Dia dah tak demam, saya berhentilah ubat. Takut bagi lama sangat, ada side effect pula.” kata si ibu pula.
Nampak macam si ibu tak berapa faham tentang kepentingan beri ubat ikut dos. Maka, saya terangkan dengan cermat tentang perkara itu.
Ads
Kena Ikut Saranan Doktor
“Bahaya kalau tak ikut dos, kan doktor?” soal si suami pada saya, kemudian jeling pada isteri.
Saya terangkan tentang kerintangan antibiotik dan kesan buruknya pada kesihatan.
Kerintangan antibiotik ni sesuatu yang perlu kita elakkan.
“Itulah, doktor. Isteri saya yang tak beri ubat ikut dos,” kata si suami.
Ketika tu saya dah rasa terganggu dengan sikap si suami yang seolah-olah nak letak kesalahan ini di bahu si isteri.
Ads
“Kalau dah tahu isteri tak beri, kenapa awak tak tolong beri? Kan benda ni tanggungjawab bersama.” kata saya.
Sebenarnya, apabila doktor bertanya soalan, biasanya untuk mencari punca masalah (kesihatan), bukan untuk mencari pesalah. Jadi, tak perlu terlalu defensif atau akusatif.
Menjaga anak yang sakit adalah tanggungjawab ibu dan bapa. Sama-sama kena pikul sebab ia amat meletihkan jasmani dan rohani. Jangan letak beban itu hanya pada isteri.
Mingguan Wanita : Mak ayah kena bagi ubat ikut dos yang diberikan, lebih-lebih lagi ubat antibiotik yang perlu diambil mengikut hari yang ditetapkan. Jangan nak skip-skip ubat.
Walaupun mak-mak bekerja, ada masanya mak pun kena tambah ilmu. Baik ilmu bisnes, masakan, jahitan mahupun mengaji. Dalam sebulan itu tentu mak-mak perlu ke kelas sekali dua.
Susahnya hati kalau terpaksa bawa anak sekali. Takut anak meragam dalam kelas. Tapi kalau dah terpaksa nak tak nak, kena bawa jugakan.
Menjadi impian ramai ibu-ibu untuk menghadiri kelas-kelas yang ditawarkan dari masa ke masa. Bukan mudah bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil untuk menghadiri mana-mana kelas. Kebanyakan kelas tidak menyediakan kemudahan untuk anak-anak kecil.
Namun, masih ada kelas, kursus yang ‘baby friendly’, menyediakan kemudahan bilik untuk ibu atau memberi kelonggaran membawa anak ke dalam kelas.
1. Sedia Keperluan Anak Secukupnya
Pastikan semua keperluan anak disediakan dengan mencukupi. Pakaian, kain untuk mengelap, lampin, kain lapik sekiranya anak mahu tidur, snek kudapan untuk anak, air minuman, dan juga bahan-bahan aktiviti untuk anak, seperti buku atau mainan.
2. Susu Dan Tidurkan Anak
Anak kecil juga penat. Oleh itu, pastikan ibu mengambil kira masa untuk susukan dan tidurkan anak. Sekiranya dia letih dan tidak dilayan, anak akan merengek dan bising. Ini akan mengganggu tumpuan kita dan ibu-ibu lain.
Lampin perlu ditukar dengan kerap, sekiranya berpeluh semasa bermain dengan kawan-kawan, ia perlu ditukar, agar anak lebih selesa untuk tidur. Bonus bila anak tidur di dalam kelas, kita boleh memberikan tumpuan yang lebih.
3. Serah Pada Orang Lain Bukan Solusi
Jangan pernah tinggalkan anak kepada orang lain. Selain dari isu keselamatan anak, tabiat meninggalkan anak ini sedikit sebanyak menyusahkan orang lain. Terdapat kelas/kursus yang menyediakan bilik untuk ibu yang disediakan dengan layar putih yang menayangkan secara langsung dari dewan utama kelas.
Perlu di ingat, itu ialah bilik untuk ibu-ibu, bukan nursery untuk anda tinggal anak anda manakala anda menikmati kelas dengan selesa dalam dewan utama. Sudah lumrah kanak-kanak akan bermain dan berlari apabila bertemu rakan sebaya. Tidak terkecuali anak-anak kita.
Namun, sekiranya ada ibunya di situ, kelakuan kanak-kanak boleh dikawal sebaiknya. Ibu-ibu lain perlu membahagikan tumpuan antara kelas dan menjaga anak masing-masing, adakah perlu bagi mereka mebahagikan lagi tumpuan menjaga anak kita, supaya kita boleh bersenang-senang menuntut ilmu?
4. Buku Yang Sesuai Diamkan Anak
Bagi kanak-kanak yang agak besar, adalah bijak untuk membawa buku-buku bacaan yang sesuai ataupun buku rampaian/aktiviti untuk memenuhkan masa mereka.
5. Mak Banyakkan SABAR
Bersabar. Menghadiri kelas bersama anak-anak memang agak memenatkan jiwa raga. Oleh itu, bersabarlah dalam menuntut ilmu. Semoga dapat pembalasan Allah yang sewajarnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shahrol mohon doa pembedahan anaknya lancar. Seperti mana yang dikongsi, pelakon dan pelawak Shahrol Shiro memohon doa agar pembedahan anaknya keduanya, Ismail Rifqi berjalan lancar.
Shahrol Mohon Doa Pembedahan Anaknya Lancar
Ismail Rifqi yang berusia lapan bulan mengalami masalah pada buah pinggang yang mana dia tidak mempunyai buah pinggang kanan manakala buah pinggang kirinya membengkak.
Ia hanya dikesan apabila anak kecik itu tidak sihat dan dimasukkan hospital awal bulan lalu.
Malah Shahrol menerusi hantaran di akaun Instagramnya turut memaparkan bacaan surah Yassin sebagai doa buat anak keduanya yang menjalani pembedahan.
Permudahkanlah Segala Urusannya
“Ya ALLAH pada pagi Jumaat mulia ini ku titipkan bacaan Yassin buat anakandaku Ismail Rifqi yang sedang menjalani pembedahan buah pinggang pagi ini.
“Permudahkanlah urusannya, angkatlah segala penyakitnya dan berikanlah kesihatan yang baik buat dirinya
Selain Ismail Rifqi, Shahrol dan isteri Nor Farhanah Syamimi turut dikurniakan anak sulung lelaki bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun. Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam Danish daripada perkahwinan pertamanya.
Segala dugaan yang melanda sebelum itu, Shahrol ada berkongsi coretan di akaun Instagramnya, Menurut Shahrol walaupun sibuk dengan kerja namun di fikiran tetap teringat pada anaknya. Begitulah kasih seorang ayah.
“Dalam kesibukkan kerja yg perlu dilaksanakan tetapi fikiran tetap pada anak.Segera habiskan tugas dan uruskan kemasukkannya di Sunway Medical Centre.
“Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami menghadapi ujian ini.Sembuhkanlah anakanda kami Ismail Rifqi dan berikanlah dia kesihatan yg baik.Hanya kepadamu kami meminta ya Allah.Buat isteriku @anna_danisha jangan bersedih dan sy yakin awak seorang wanita yg kuat.
“Buat semua sahabat2, tiada apa yg kami pohon selain doa2 yg baik dari kalian.Semoga didalam setiap lafas doa kalian, ada yg diangkat serta dimakbulkan darinya.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan pembedahan buah pinggang anakanda sy Ismail Rifqi esok pagi.🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Kecenderungan anak-anak mempunyai naluri dan menjadi lelaki ‘lembut’ cukup membimbangkan.’Penyakit’ ini jika dibiarkan boleh menjadi ‘barah’, bahkan ada yang nekad sehingga sanggup menukar jantina diri demi memenuhi tuntutan hati.
Sebenarnya peranan mak ayah amatlah penting dalam membentuk karakter dan sikap anak dari awal atau sejak daripada kecil. Perhatikanlah tingkah laku dan perilaku anak-anak ini, jika dilihat mulai ‘tersasar’ dari fitrahnya, segeralah ‘tarik’ mereka kembali ke landasan yang betul.
Semoga perkongsian pesanan daripada Dr. Kamilin Jamilin menjadi panduan buat semua mak ayah.
Buat Ibu-ibu & Ayah-ayah Semua…Perhatikanlah Anak-anak Kita…
1. Sebagaimana Allah menguji anak-anak kita dengan pelbagai jenis penyakit, begitu jua dengan hati dan naluri yang Allah boleh uji dengan pelbagai jenis penyakit.Antara penyakit naluri yang Allah uji segelintir hamba lelaki-Nya ialah kecenderungannya menjadi lelaki “lembut”.
2. “Kelembutan” ini boleh terjadi dari pelbagai perkara: Persekitaran yang membentuk psikologi serta karakter seseorang seperti keluarga dan rakan-rakan yang hampir semua perempuan, ataupun faktor sains atau biologi.
3. Ada yang “lembut” luaran namun dalamannya tetap lelaki, ini bukan masalah. Namun ada pula yang “lembut” luaran dan dalaman sehingga menyebabkannya cenderung dan senang merasakan diri sebagai perempuan dan tertarik secara seksual kepada yang sama jantina.
4. Ini semua penyakit yang perlu dirawat, bukan dibiarkan. Jika dibiarkan, ia akan semakin membarah sehingga anak-anak mula mengambil “ubat-ubat” (racun) yang menambahkan lagi penyakit feminin mereka, dan lebih parah sehingga ke tahap kronik melakukan pembedahan kelamin atau rupa-paras yang mungkin tidak lagi mampu dirawat.
5. Carilah faktornya dan perbaiki dari awal. Jika faktornya ialah banyak bergaul dengan persekitaran perempuan, ubahlah keadaan tersebut dan didiklah dia dengan “didikan” lelaki. Jika faktornya ada kaitan dengan biologi, carilah kaedah sains yang membantu mengurangkan penyakit tersebut atau menambah kejantanannya, bukan menggunakan sains untuk lebih menggalakkan penyakitnya.
6. Andai tidak dibendung, saya bimbang penyakit ini akan semakin menular sehingga menimbulkan virus homoseksual yang terkutuk.Dan yang lebih membimbangkan apabila dosa sedemikian kelihatan semakin biasa di mata masyarakat, lalu maksiat semakin berani dizahirkan terang-terangan mengundang laknat Tuhan.
7. Ingatlah hadis Ibn ‘Abbas RA: لَعَنَ رَسولُ اللَّهِ (ص) المُتَشَبِّهِينَ مِن الرِّجالِ بالنِّساء، والمتشبِّهاتِ مِن النساء بالرِّجال
“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang bertingkah laku menyerupai perempuan dan perempuan perempuan yang bertingkah laku menyerupai lelaki” [riwayat al-Bukhari].
8. Penyakit ini yang semakin serius kebelakangan ini sangat memerlukan perhatian pihak berkuasa.
Andai perlu dibina pusat khas yang membantu merawat “pesakit-pesakit” ini, binalah sebelum ianya sampai ke tahap yang disabdakan Nabi SAW: يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ! خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ، وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ: لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ، حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا، إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ، وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا
“Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 hal jika menimpa kalian –dan aku berlindung kepada Allah agar kalian tidak ditimpanya-, iaitu: Tidaklah suatu perkara keji muncul di suatu kaum dan mereka melakukannya secara terang-terangan, melainkan wabak dan kelaparan akan menimpa mereka sebagaimana menimpa umat sebelumnya!” [riwayat Ibn Majah].
-Dr. Kamilin Jamilin-
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak ayah perhatikanlah tingkah laku anak-anak,Tegahlah mereka dan bimbing mereka sejak dari kecil.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...