Ibu kongsi detik cemas beri anak ubat demam luput tarikh, muka bengkak & muntah. Bila anak sakit, hati ibu memang cepat risau. Bimbang jika kesihatan anak semakin tidak sihat. Kebiasaannya kita akan memberikan anak ubat demam seperti paracetamol untuk meredakan demamnya.

Satu perkongsian dari seorang ibu di Tik Tok @msrs30 mengenai keadaan anak gadisnya yang separa kritikal akibat diberi ubat demam hampir tarikh luput mungkin boleh memberi ingatan kepada ibu di luar sana agar memeriksa dahulu tarikh luput ubat-ubatan sebelum diberikan kepada anak.

Ibu Kongsi Detik Cemas Beri Anak Ubat Demam Luput Tarikh, Muka Bengkak & Muntah

Ibu Kongsi Detik Cemas Beri Anak Ubat Demam Luput Tarikh

Menurut ibu ini, dia berdepan dengan detik cemas apabila anak perempuannya mengalami alahan pada ubat yang sudah mencapai tarikh luput.

Ibu Kongsi Detik Cemas Beri Anak Ubat Demam Luput Tarikh, Muka Bengkak & Muntah

Kongsi ibu ini,anak gadisnya balik dari sekolah dan mengadu demam.

“Saya suruh dia makan ubat paracetamol tapi anak sejenis susah makan ubat. Jadi apabila nak makan ubat tu dia punya drama tak mahu makan ubat, jangan cakaplah. Memang stres, tapi dia makan juga apabila dipaksa,” luahnya menerusi TikTok.

Namun selepas memakan ubat demam tersebut, anaknya mengadu   sakit dada dan ingin muntah. Dan memaklumkan badannya terasa gatal.

Kata ibu ini lagi, mulanya dia tidak endah perubahan anaknya  dan berfikir tindakan anak sengaja ingin menarik perhatian.

IKLAN

“Saya ingat dia overreacted and just nak perhatian, jadi saya ignore.

Muka Bengkak & Muntah

“Kemudian dia jerit pula, mulut sakit. Apabila saya tengok, mulut dia dah bengkak, muka penuh ruam. Dia lembik, tak larat dan terus tumbang. Saya angkat dia ke katil dan terus muntah… banyak,” ujarnya.

Lebih mengejutkan apabila mulut anaknya mula berbuih.

“Lepas tu dia batuk dan keluar buih penuh kat mulut. Saya panggil dia, tepuk-tepuk muka dia tapi dia tak sedar, pengsan. Nasib masa tu suami baru balik. Terus dukung bawa ke bahagian kecemasan hospital.  Sesampai di Hospital Batu Gajah, doktor mengatakan tahap oksigen anak dah turun” tambahnya.

Ibu Kongsi Detik Cemas Beri Anak Ubat Demam Luput Tarikh, Muka Bengkak & Muntah

IKLAN

Ibu Kongsi Detik Cemas Beri Anak Ubat Demam Luput Tarikh, Muka Bengkak & Muntah

Dalam pada itu, ibu ini turut berkongsi rasa terima kasih kepada jirannya yang merupakan pembantu perubatan yang banyak membantu di saat kecemasan itu terjadi.

“Tak dapat bayangkan kalau kami lambat ke hospital. Selepas kakak sedar, terus minta maaf sebab tak percaya dia sakit masa tu.

“Kakak warded satu malam dan sembuh macam biasa. Terima kasih Hospital Batu Gajah,” luahnya yang tinggal di Ipoh, Perak.

Dalam pada itu dirinya turut meminta ibu-ibu di luar sana agar memerhatikan tarikh luput ubat yang disimpan di rumah. Bahkan dirinya sudah mula menyisihkan ubatan yang dirasakan sudah dibuka dan membuangnya.

IKLAN

Ya, mak-mak memang kena berhati-hati dengan tarikh ubat sebelum beri pada anak. Selain tarikh luput, kena pastikan anak-anak juga tidak alergik dengan ubatan dimakan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Anak Jadi Cacat Kerana Kecuaian Perubatan, Bapa Anak Cerebral Palsy Luah Rasa Kecewa Masalah Re-Appointment

Anak Istimewa, Tulang Badan Patah Lebih 50 Kali Hanya Bergantung Ubat Stemcell Kuatkan Tulang

“Patutlah Lambat Sembuh, Beri Ubat Tak Ikut Dos,” Lagi Mudaratkan Kesihatan Anak

Pesan Doktor, Anak Demam Mak Ayah Jangan Terus Bagi Ubat, Ada Teknik Turunkan Suhu

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sebab Kenapa Kak Lina Tak Sokong Teguran Secara Kasar, jaga aib orang.
‘Kalau sayang, tegur belakang kamera dik, bukan depan kamera!’ kata Kak Lina. Cantik kan aksesori daripada Sin Ter May yang Kak Lina pakai, berkilau!!

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI