Ibu Menangis Terharu Tak Sangka Anak Buat Kejutan Bagi Ucapan Hari Lahir Dalam Kapal Terbang!

Share

Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang anak apabila dapat membahagiakan hati kedua mak ayah. Lebih-lebih lagi pada hari yang cukup istimewa iaitu hari lahir.

Dalam video ringkas yang dikongsikan di TikTok syifaa_rzk, ibunya Rozita Abdul Majid sedang duduk dalam kapal terbang dan mulai rasa ā€˜cemasā€™ apabila nama dipanggil oleh krew kabin.

Kejutan Ucapan Hari Lahir Dalam Kapal Terbang

Rupa-rupanya ia merupakan kejutan pengumuman khas daripada krew kabin menyampaikan ucapan istimewa hari lahir daripada anak-anaknya buat ibu tersayang.

ā€œTerima kasih untuk semua pengorbanan dan kasih sayang kepada kami selama ini. Kami doakan semoga mama terus kekal sihat, happy dan umur yang panjang. We will always be by your side.Jasamu akan kami kenang dan hargai selamanya. We love you mama, ikhlas dari Auf, Fateen, Tini dan Ifa.

Bukan itu sahaja, krew kabin turut menyampaikan hadiah hari lahir yang diberikan oleh anak-anak wanita ini buat ibu tersayang. Seluruh penumpang bersorak, bertepuk tangan dan turut terharu gembira dengan ā€˜kejutanā€™ manis tersebut.

Rozita yang juga merupakan seorang guru Bahasa Inggeris, tak sangka kejutan ucapan hari lahir di dalam kapal terbang tersebut merupakan rancangan daripada anak-anaknya yang tersayang. Malah turut berterima kasih kepada anak-anak serta krew penerbangan yang terlibat.

Ā 

@syifaa_rzkWe love you mamašŸ˜˜ā™¬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) ā€“ Ghea Indrawari

Ā Mesti Baca:Hafiz Buat Kejutan Romantis Di Hari Lahir Aina, Sewa Panggung Wayang & Hasilkan Dokumentari ā€œKebaikanā€ Isteri
Baca Lagi Di Sini:Tiga Bulan Isteri Berpantang Di Kampung, Suami Buat Kejutan Makeover Rumah
Artikel Menarik:Isteri Senyum Meleret Tak Henti Kalau Suami Bagi Hadiah Kejutan Walaupun Sebentuk Cincin Belah Rotan

Mingguan Wanita: Alhamdulillah, pastinya terharu dengan kejutan sebegini daripada anak-anak. Ucapan hari lahir di awan biru, di dalam kapal terbang bersama para penumpang yang lain.

Sumber: syifaa_rzk

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN