Tiga Bulan Isteri Berpantang Di Kampung, Suami Buat Kejutan Makeover Rumah

Bahagia sungguh hati isteri, bila suami tahu macam mana nak menghargai dirinya. Lagi-lagi lepas bertarung nyawa melahirkan cahaya mata, malah melalui episod berpantang yang panjang.

Kisah yang dikongsikan Khairunnisa Hamzah ini begitu istimewa. Suami ini membuat kejutan makeover rumah untuk isterinya yang berpantang di kampung. Dalam masa tiga bulan itu, rupanya dia merancang projek ubahsuai rumah untuk isterinya.

 

Tiga Bulan Isteri Berpantang Di Kampung, Suami Buat Kejutan Makeover Rumah

 

Hadiah Makeover Rumah Buat Isteri Yang Berpantang Di Kampung

Bang, cuba tengokkan dapur belakang ni boleh buat macam mana?” si suami panggil daddy datang ke belakang rumah untuk bincang buat makeover.

Suprise makeover!

Sebab masa buat makeover ini isterinya di kampung selama 3 bulan kerana melahirkan dan berpantang anak pertama.

Bermula dari kerja dapur sebab isterinya memang suka memasak, akhirnya satu rumah sekali bertukar rupa.

Bukaan tingkap yang besar dan tidak dibuka kerana aurat dengan jiran, baik kita tutupkan saja dan hanya buat lubang udara.

IKLAN

 

Tiga Bulan Isteri Berpantang Di Kampung, Suami Buat Kejutan Makeover Rumah

 

Isteri Tengok Undur Balik, Takut Tersilap Rumah

Nah, tengoklah kejadian selepas makeover

Ini bukan siapkan bilik pantang/bilik baby tapi siapkan satu rumah sekali!
Bertuah betul si isteri.

Encik suami yang nak buat suprise untuk isteri yang dicintai nanti boleh panggil kami datang makeover satu rumah sekali.

IKLAN

Memang menangis isteri masa melangkah masuk rumah. Siap undur balik sambil dukung baby takut tersilap rumah.

Bertuah Si Isteri..

Kata Khairunnisa, “Dialah klien mula-mula kami.”

Suaminya muda lagi, tapi pandai berniaga. Isteri dia bersalin, terus pakat dengan saya dan suami buat makeover rumah dia.”

Surprise untuk isterinya balik pantang. Kami siapkan dalam tempoh tu sampai hari isterinya balik.”

Bertuah si isteri.

IKLAN

Cantik! Hasil Tiga Bulan Ubahsuai Kediaman

 

 

 

 

Sentuhan Seni Kediaman Yang Tenang

 

 

 

MW : Syukur, suami ini amat menghargai isteri. Haa.. yang belum ‘tutup kedai’ tu boleh minta suami belanja makeover rumah. Boleh mula dengan dapur dulu..

Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah (Mommy Dekor), Senibina kehidupan di rumah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI