Sabun basuh pinggan antara barangan wajib mak-mak beli setiap kali belanja dapur. Lebih-lebih lagi jika selalu memasak, atau ada berniaga, memang banyak pinggan mangkuk yang nak kena dibasuh. Tak sampai sebulan, sabun basuh pinggan pun cepat habis. Nak beli selalu, memang boleh tahan harganya.

Sebenarnya ada cara menjimatkan sabun basuh pinggan ni, boleh tahan sehingga 5 bulan! malah buihnya tetap banyak dan pinggan bersih tak berminyak. Hanya campurkan garam dan air ikut sukatan yang sesuai.

Jemput baca perkongsian daripada Puan شهيد شهداء sebagai rujukan.

“Ni bukan pasal resepi masak tau.Tapi nak kongsi tips jimat sabun pinggan untuk suri rumah sekalian.Jimatlah juga belanja dapur kan.”

“800ml sabun, kita boleh gandakan menjadi 5 liter sabun. Katakan 1 liter sabun tahan guna sebulan, 5 liter tahan 5 bulan, ok tak?”

“Saya seronok sangat sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya dah digandakan. Maklumlah saya suka main buih masa basuh pinggan mangkuk periuk bagai.Mudah je.”

Bahan-Bahan:

5 liter air
800ml sabun (tak kira jenama apa pun, saya guna sunlight)
Garam pakej kecil (anggaran secawan)

Cara Membuat:

Gaul semua bahan-bahan dalam baldi atau bekas besar yang sesuai.. Siap…!

Info Ekstra!

  • Nak gandakan 400ml je? Boleh, saya pun guna botol sabun sunlight yang 400ml tu je. Dapatlah 2400ml.Hanya kecilkan nisbah asal di atas (nak mudah faham bahagi 2 je sukatan atas tu).
  • Refill guna bekas yang sesuai tau, lagi bagus guna semula botol sabun pinggan yang memang dah habis tu.Kalau selain tu, tulis caption kat bekas tu ‘ni sabun pinggan ye..’

Guna seperti biasa. Tak cuba tak tahu.. Saya dah cuba.

InsyaAllah kesannya tetap sama sabun asal walaupun dah agak cair dari kepekatan asal. Yang penting bagi saya banyak buih dan barang basuhan pun bersih tanpa minyak. Garam sebenarnya memang bahan asas dalam pembuatan sabun. Menambah garam dan air tetap mengekalkan buih sabun.

Selamat mencuba untuk lebih jimat. Sangat membantu jimat belanja.

Asalnya 1 botol boleh jadikan 5 botol.Refill sabun pinggan dalam bekas yang ada je.Jumpa lah yang ni, kena tulislah ‘sabun pinggan’ ye. Ni saya guna nisbah 2000ml air + 400ml sabun + garam ½cawan. Memang masih berat lagi walaupun dah hampir sebulan.Alhamdulillah..

Info Ekstra!

  • Saya syorkan buat sedikit sahaja dulu bagi suri rumah.. Sebab 2 liter pun dah amat banyak.. lainlah kalau mereka yang ada restoran, catering dll.
  • Ada yang kata susah basuh sebab kena banyak guna air.. Hanya perlu kurangkan kuantiti sabun dari sebelumnya. Guna sikit untuk sekali basuhan.
  • Masalah tangan kering.. Penyelesaiannya guna losyen atau pelembab tangan selepas basuh pinggan atau guna sarung tangan masa membasuh pinggan.. Sebab? Kekurangan kaedah ni adalah mengurangkan bahan pelembab di dalam sabun setelah digandakan larutan sabun.. Tu je..
  • Larutan mendap? Hanya kocakkan botol sebelum ambil sedikit..
  • Cara gandakan ni bukan standard piawaian untuk perusahaan jual sabun patuhi kerana mereka banyak gunakan bahan-bahan yang perlu diambil perhatian.
  • Jadi, cara ni hanya untuk kegunaan sendiri bagi mereka yang benar² inginkan lebih penjimatan..

    Ya, mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat RM2 RM3 untuk sabun apalagi RM5? Tapi tidak semua orang rasa itu nilai kecil apalagi mereka yang selalu mengorek tabung untuk beli bahan dapur lain.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, jadi mak-mak yang berjimat belanja dapur tu, bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!

Sumber: شهيد شهداء