Ads

Hilang Sumber Pendapatan Sejak Suami Sakit, Ibu Anak Empat Niaga Dalam Bonet Kereta Demi Sesuap Nasi

Suami Sakit
Suami Sakit

Diuji suami sakit secara tiba-tiba kerana sakit buah pinggang tahap empat dan kanser limfoma, ibu anak empat ini tetap gigih berdiri di bawah payung kecil yang dipacak di tepi bonet kereta demi mencari sesuap nasi dan selesaikan komitmen bulanan.

Hilang Sumber Pendapatan Sejak Suami Sakit

Hilang Sumber Pendapatan Sejak Suami Sakit, Ibu Anak Empat Niaga Dalam Bonet Kereta Demi Sesuap Nasi

Kalau sebelum ini suaminya bekerja sebagai pemandu lori, sekarang hanya mampu duduk di atas kerusi dan terbaring di katil. Sesekali dia akan ulang-alik ke hospital untuk rawatan sakitnya. Dari beratnya 78kg, susut kepada 54kg disebabkan hilang selera makan.

Beban mencari rezeki dan mengurus rumah tangga kini tergalas di atas bahu Puan Norin Sah binti Md Rejab selepas suaminya, Shaiful Bahari bin Muhamad Saad, 50, hanya terlantar di atas katil sejak disahkan menghidap penyakit kanser limfoma sejak bulan Januari tahun 2025.

Ibu Anak Empat Niaga Dalam Bonet Kereta Demi Sesuap Nasi

Hilang Sumber Pendapatan Sejak Suami Sakit, Ibu Anak Empat Niaga Dalam Bonet Kereta Demi Sesuap Nasi

Ads

Setiap kali pelajar sekolah keluar dari pintu pagar, setiap kali itu lah wajah wanita berusia 44 tahun ini akan tersenyum dek kerana akan ada rezekinya masuk apabila jualan aiskrim Malaysia dan buah potongnya dibeli. Nampak kecil tetapi nilainya cukup besar bagi ibu yang gigih mencari rezeki demi anak-anak tersayang.

Ibu kepada empat anak itu berkata, sejak suaminya disahkan menghidap kanser, kehidupan keluarganya berubah apabila suaminya tidak lagi dapat bekerja seperti sebelum ini. Tidak berharap lebih, tetapi cukuplah jika dapat bantu selesaikan apa yang patut dan suapkan anak-anak dengan rezeki yang halal.

Ads

“Saya sendiri buntu memikirkan di mana hendak mencari duit selepas ini kerana perlu membuat bayaran macam-macam. Jual Makanan dalam bonet kereta tidak lah dapat banyak mana. tapi alhamdulillah, lepas lah buat beli lauk” katanya.

Apabila keluar berniaga, Puan Norin atau lebih mesra dipanggil Kak Sya terpaksa tinggal suaminya di rumah sekejap. Dari segi sumbangan, ada dapat sedikit daripada kejiranan dan kebajikan sekitar taman.

Hilang Sumber Pendapatan Sejak Suami Sakit, Ibu Anak Empat Niaga Dalam Bonet Kereta Demi Sesuap Nasi

Ads

Orang ramai yang berhasrat membantu meringankan beban Kak Sya, boleh terus memberikan sumbangan menerusi nombor akaun ini:

Anda mungkin berminat dengan

Maybank: 152116003190
Nama: Norin Sah binti Md Rejab

Nilainya tak banyak tak mengapa, yang penting ikhlas untuk meringankan beban ibu ini. Semoga dengan sedikit pemberian kita hari ini dapat membuatkan wajah seseorang yang diuji kembali tersenyum dan rasa masih ada harapan untuk melangkah ke depan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

budaya rogol

Budaya Rogol Bukan Bermula Dengan Rogol, Apa Iktibar Kita Boleh Ambil...

Kes Cornell dan Kalkaji membuka persoalan tentang budaya rogol, consent dan bystander effect. Kenapa masyarakat perlu berani bersuara?