Bayi, kanak-kanak bawah 4 tahun ‘dibayar gaji’ ceriakan penghuni warga emas! Tak dinafikan kanak-kanak dan bayi mampu menjadi ‘terapi’ yang baik dalam memberi semangat dan menceriakan warga emas melalui sisa-sisa usia yang ada.
Sebuah pusat jagaan warga emas di selatan Jepun ‘mengupah’ dan membayar ‘gaji’ beberapa bayi bagi menemani dan menceriakan penghuni di pusat berkenaan.
‘Gaji Bayi’ Lampin Pakai Buang & Susu Formula
Menurut kontrak, gaji bayi tersebut dibayar dalam bentuk lampin pakai buang dan susu formula.Rekrut baharu di pusat jagaan terletak di Kitakyushu itu haruslah bayi dan kanak-kanak yang berusia di bawah empat tahun.
Penjaga juga perlu menandatangani kontrak yang menetapkan bayi dan kanak-kanak berkenaan boleh bekerja pada ‘bila-bila masa mereka mahu’.
Menurut kontrak, bayi itu juga dibenarkan berehat apabila berasa lapar, mengantuk atau bergantung pada mood mereka.
Ketua pusat jagaan, Kimie Gondo memaklumkan lebih 30 bayi sudah mendaftar setakat ini.
Menaikkan Semangat Penghuni Warga Emas
Jelasnya, bayi itu akan ditugaskan untuk menaikkan semangat dan menceriakan lebih 100 penghuni yang kebanyakannya berusia 80-an.
Ads
“Dengan melihat bayi saja boleh membuatkan penghuni kami tersenyum,” katanya.
Sementara itu, satu notis iklan pekerjaan yang disematkan pada dinding pusat jagaan itu tertera: ‘Kami sedang mengupah!’ dalam tulisan besar dan memaklumkan bahawa ‘bakal pekerja’ akan menerima ganjaran untuk perkhidmatan mereka dalam bentuk lampin dan susu tepung.
Tugasan Dibawa Bersiar-Siar
Jelas notis itu, bagi calon yang berjaya, tanggungjawab utama dan berkemungkinan hanya itu tugasan mereka adalah dibawa ‘bersiar-siar’ di sekitar pusat jagaan sambil ditemani penjaga mereka.
“Bayi berkenaan akan bersama ibu mereka pada setiap masa. Ia hanya seperti mereka dibawa berjalan-jalan di taman,” kata Gondo.
Penghuni di pusat jagaan warga emas kelihatan gembira dengan kehadiran si cilik malah ceria menyapa, berbual-bual atau menawarkan pelukan kepada mereka.
“Mereka sangat comel. Bayi ini mengingatkan saya ketika waktu menjaga anak dahulu,” kata seorang penghuni kepada stesen televisyen tempatan.
Setakat ini, Gondo berkata, skim itu berjaya membuahkan hasil yang cemerlang.
Ads
“Ramai kanak-kanak bergaul dengan penghuni kami dengan baik, malah mereka kini seperti datuk nenek dan cucu sebenar,” katanya.
Mingguan Wanita: Menarik inisiatif yang diperkenalkan ini. Kanak-kanak dan bayi memang mampu menjadi ‘terapi’ yang baik untuk menaikkan semangat dan menceriakan warga emas.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hakak memang perasan betapa viralnya lagu Baby Shark Doo Doo Dooo ni. Sampai anak-anak pun dah hafal step tarian Baby Shark. Tapi tak sangka boleh ‘berhantu’ sampai macam gini sekali.
Tak Percaya? Tengok Video Baby Shark Anak-anak Tadika Ini
Itu baru video Baby Shark, belum posting-posting yang menderu-deru dan tak pernah berhenti-henti dari netizen pasal lagu Baby Shark Doo Doo Dooo ni.
Sampai tengah drive pun boleh dihantui lagu comel kanak-kanak.
Tak Percaya Lagi? Ini Yang Netizen Kongsi Pasal Lagu ‘Berhantu’
Ini Sebab Kenapa Baby Shark Boleh Viral Sangat!
No.1 Ia Lagu Klasik Nursery Rhyme Anak-anak Amerika Rupanya
Lagu Baby Shark Doo Doo Dooo ini dicipta pada tahun 2006. Oleh penggubah lagu kanak-kanak bernama Mike Whitla. Waktu itu, lagu Baby Shark ini dimuatkan dalam albumnya berjudul ‘Early Morning Knee-Slappin’Lagu ini kemudiannya popular di Amerika. Malah ada video ‘nursery rhyme’ yang dihasilkan oleh Howdytoons sekitar tahun 2014.
No 2 Tarian Baby Shark Dari Korea Inilah Jadikannya Viral
Pinkfong, syarikat animasi yang berpusat di Korea ini memperbaharui lagu dengan rentak yang lebih rancak dan catchy disertakan dengan gerak tari. Gerak tari ini kemudiannya dipopularkan artis-artis K-Pop mereka menjadikan lagu BabyShark Viral sama seperti tarian Gangnam Style milik Psy.
No. 3 Lirik Lagu Yang Simple
Cuma mengulang beberapa perkataan yang sama, Baby Shark Doo Doo Doo sudah boleh menjadikan ia satu lagu yang catchy di pendengaran anak-anak. Anak-anak juga mudah nak menghafalnya.
No. 4 Gerak Tari Terbukti Bagus Untuk Anak
Gerak tari Baby Shark yang simple dan mudah diingati oleh anak-anak kecil bagus untuk melatih kemampuan fizikal, kognitif sampailah emosi dan sosial mereka. Lagu ini mengajak anak-anak bergerak. Malah banyak sekali video ini dimainkan di kalangan anak-anak pra sekolah.
No. 5 Ada Nilai Kekeluargaan Di Sebalik Lagu
Baby Shark menggambarkan sekeluarga jerung yang keluar memburu. Di pertengahannya mereka dikejar oleh haiwan pemangsa sampai akhirnya terpaksa berlari menyelamatkan diri.
Apa nilainya? Biarpun dilanda pelbagai cabaran dalam hidup sebuah keluarga. Kita perlu saling bergantung dan membantu. Sebab dengan sokongan itulah ahli keluarga akan selamat. Itulah nilai yang dapat anak kecil pelajari dari mata hati mereka.
Haa.. Dah faham kan kenapa lagu Baby Shark Doo Doo Doo ini dikatakan berhantu.
Trend makanan viral peniaga goreng kuetiau bersama nachos, “menangis rrang Mexico tengok”. Nampaknya rakyat Malaysia sememangnya suka pada makanan viral. Masaklah apa saja, pasti ramai beratur untuk mencubanya apabila ia mula trend di media sosial.
Trend makanan viral kembali hangat di media sosial tetapi kali ini nachos tepi jalan pula yang mencuri perhatian. Ada juga perdebatan di kalangan pengguna yang mana menurut mereka Nachos tepi jalan ini lebih kepada “campur semua jenis sos hingga hilang rasa asal” Mexico itu sendiri.
Trend Makanan Viral Peniaga Goreng Kuetiau Bersama Nachos
Biasanya Nachos ini topping tambahnya ialah sos salsa, guacamole (avocado), krim masam (sour cream), buah zaitun, kacang panggang, daging dan ayam carik serta daun salad.
Tapi kali ini bukan rasa asal Mexico sahaja yang hilang tapi pasti orang Mexico akan menangis keluar air mata darah kerana orang Malaysia sememangnya amat kretif.
Percubaan seorang peniaga kuetiau popular di Taman Permata,Hulu Klang, Danny’s Char Koay Teow meraih tuaian ramai bila mencuba nasi lemak bersama Nachos.
“Menangis Orang Mexico Tengok”
Dalam video dimuat naiknya, Danny’s memasukkan nasi lemak pandan bersama sambal, ikan bilis, telur dan ayam goreng. Namun dirinya mengakui nasi lemak nachos itu rasanya agak masin kerana sifat nachos itu sendiri.
Namun sesuatu yang lebih berbeza, Danny’s membuat cubaan memasukkan nachos yang digoreng bersama kuetiau. Terlihat seperti sedap hingga ada yang mahu mencubanya. Namun terus terang Danny’s membuat pengakuan yang dirinya masih sayangkan kesihatan rakyat Malaysia dan tak akan menjualnya lagi.
“Sumpah sis kalau boleh dimakan, kita jual 😅 tapi kita sayang kesihatan semua followers kita 🙏,” katanya yang mengakui rasa kuetiau agak masin kalau dicampurkan dengan nachos.
“tak ada, yang ada hanya kenangan je. takmau dah repeat.
Ada pengguna yang sanggup untuk membelinya jika dijual pada harga RM20 sepinggan tapi jelas Danny’s dia pula tak sanggup menjualnya.
“Abg berani beli, saya tak berani jual malah katanya rasa kuetiaw itu agak meremang tekak kerana terlampau masin😅
Apa pun, nasi lemak adalah makanan tradisi kita. Bahkan tahun 2024, nasi lemak mendapat tempat di persada antarabangsa apabila tercalon dalam senarai calon pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Warisan Dunia.
Pencalonan Budaya Sarapan Pagi Malaysia, termasuk nasi lemak juga satu usaha kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk memastikan hidangan tradisional rakyat diiktiraf sebagai Makanan Warisan Kebangsaan Malaysia dan tidak akan dituntut oleh negara lain. Dan ia tidak sesuai digabungkan bersama nachos atau sebagainya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bakar kulit muka. Wanita tak dapat dipisahkan dengan kecantikan. Sebolehnya mahu kelihatan awet muda walaupun umur sudah lanjut. Hinggalah sanggup buat apa saja untuk tampil cantik, kulit muka tegang dan licin.
Inilah yang terjadi pada seorang wanita yang mahu klelihatan awet muda dan tak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya sampai sanggup menahan sakit dengan bakar kulit muka.
Dia ingin memiliki wajah yang awet muda dan tidak suka dengan kedutan yang ada pada wajahnya.
Jadi, untuk merealisaikan perkara ini, dia telah membuang kulitnya dan menghapuskan tanda-tanda penuaan dengan mengambil risiko dengan rawatan yang ekstrem.
Regina Sganzerla, 67 tahun ingin menghapuskan tanda penuaan dan menjalani kaedah invasif. Dia diberikan bahan kimia yang menjanjikan keremajaan kulit
Kaedah rawatan ini tidak menyakitkan dan sangat pantas. Dia hanya akan membakar wajah tuanya dan menghilangkan bintik-bintik penuaan.
Dia telah berjumpa dengan pakar dermatologi, Mariana Losso yang memberitahu tentang kupasan phenol.
“Ia adalah satu rawatan yang hebat kerana ia dipanggil pembedahan tanpa keratan dan memberi keremajaan secara menyeluruh,” kata Mariana Losso.
Prosedur itu dilakukan dengan menyapu asid fenol. Semasa rawatan tersebut, penampilan Regina agak menggerikan tetapi dia sanggup menerima risiko dengan rawatan ini.
“Ia dikatakan luka melecur tahap kedua tapi terkawal,” tambah Mariana Losso lagi.
Dalam beberapa hari pertama, ia kelihatan agak menakutkan. Tetapi selepas bahan kimia di sapu, Regina hanya menunggu dan melihat transformasi yang akan berlaku.
Kemudian, akan ada pengelupasan yang mana ia digunakan untuk menghilangkan kedutan serta parut jerawat dan garis halus di wajah.
Namun, risiko yang bakal dihadapi dan sangat bahaya apabila tidak diamalkan dengan betul.
Selepas 12 hari untuk sesi rawatan ini, muka Regina menjadi sangat merah. Walaupun tidak merasa sakit tapi penampilan agak mengerikan, sehinggalah ia nampak perubahan penampilan barunya.
Dapat Kecaman
Walaupun Regina gembira dengan penampilan barunya dan berjaya tapi dia menerima kecaman daripada pakar kecantikan.
Mereka mengatakan rawatan ini sangat bahaya kerana fenol boleh tembus ke lapisan kulit yang paling dalam dan menyebabkan kesannya boleh membuatkan kulit wajah tidak dapat dibaiki.
Mingguan Wanita : Sebab tak nak dapat tua, sanggup pula dia.
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...