Gadis hilang selepas jumpa lelaki baru dikenali, mayat Nurul Asikin ditemui sudah mereput. Seorang wanita, Nurul Asikin Lan yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak lebih seminggu yang lalu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa semalam di Jalan Setia Raja Tabuan, Sarawak.
Gadis Hilang Selepas Jumpa Lelaki Baru Dikenali
Berusia 26 tahun, ahli keluarganya melaporkan arwah tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang lelaki warga tempatan sehingga kes kehilangannya dilaporkan ke pihak berkuasa selain hebahan dibuat di media sosial beserta gambaran lelaki yang dikatakan keluar bersamanya.
Namun kepulangan yang diharapkan berakhir dengan air mata apabila mayat Nurul Asikin ditemui sudah mereput di dalam longkang.
Mayat Nurul Asikin Ditemui Sudah Mereput
Ketika keluar rumah, ahli keluarga mangsa memaklumkan yang arwah memakai pakaian berwarna kuning, lengkap dengan aksesori emas, beg tangan, dompet serta telefon bimbit iPhone 14. Semasa kehilangannya, keluarganya dikatakan telah melakukan solat hajat memohon agar dirinya ditemukan namun lebih seminggu, usaha tersebut tidak menemui jawapan sebelum mayatnya ditemui di dalam longkang.
Teman lelaki sempat ke Kemboja, konon sebagai penyokong Harimau Malaya
Namun kehilangannya mulai menjadi misteri apabila telefon bimbit Nurul Ashikin tidak lagi berfungsi. Bagaimana pun telefon lelaki berkenaan masih boleh dihubungi namun namun tidak pernah berjawab, selain dikatakan dirinya telah menyekat semua nombor telefon ahli keluarga mangsa.
Lelaki tersebut juga dilaporkan telah terbang ke Kemboja, kononnya bagi menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Kemboja yang lalu. Namun, perjalanannya ke sana tidak ditemani oleh mangsa, menyebabkan keberadaan mangsa menjadi tanda tanya besar.
Ads
Kes kehilangan Nurul Ashikin turut mendapat perhatian dari Menteri Wanita Pembangunan & Masyarakat YB Nancy Shukri yang datang menziarahi keluarga ini serta mengingatkan agar tidak sebegitu mudah mengikut lelaki yang baru dikenali.
Kes masih dalam siasatan polis dan masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa namun kenalan lelaki kepada Nurul Ashikin telah direman pihak berkuasa bagi siasatan lanjut.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Drama dengan tajuk Curang Tanpa Niat (The Office Wife) mula disiarkan pada 23 Disember lalu di Astro Ria. Drama dengan 32 episod ini menampilkan gandingan lakonan Shukri Yahaya, Mira Filzah dann Sharifah Sakinah dan diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh I Fabulous Art Media & Event Sdn. Bhd.
Drama ini juga turut memaparkan lakonan Hasnul Rahmat, Fadhlan Hazim, Nafiez Zaidi, Zarina Anjoulie, Fauzi Nawawi, Shiela Mambo, Kaza Saisi, Evertt Gomes (Hero Remaja 2024), Aqza Aziz (Dewi Remaja 2024).
Kali ini, Mira Filzah membawakan karakter sebagai Elina, seorang true lover yang percaya seumur hidupnya ia hanya bisa jatuh cinta pada satu orang sahaja. Penuh dengan sifat keibuan, penyayang, pemaaf, seringkali menjadi sasaran empuk bagi orang-orang yang berniat buruk, termasuk suaminya sendiri.
“Watak Mira sebagai Elina ini merupakan seorang wanita yang sangat simple dan suri rumahtangga sepenuh masa. Elina seorang yang relaks dan tidak bersiap. Elina memang diberikan ‘look’ mak-mak yang sentiasa rushing.
Dalam pada masa yang sama ada cerita yang melibatkan suami Elina, kena tonton untuk tahu penceritaan selanjutnya,” ujar Mira Filzah yang merasakan drama ini datang tepat dengan kesuaian masanya.
Bercakap mengenai isu curang, Mira tidak berani memberikan komentar.
“Dengar tajuk drama ini pun sudah menakutkan. Boleh ke curang dilakukan tanpa niat? Secara umumnya, saya tidak pernah berada dalam kedudukan atau situasi itu tetapi perkara ini melibatkan dua belah pihak. Takutlah nak komen,” ujarnya.
Mira turut berkongsi dua sebab utama mengapa penonton perlu menyelami watak Elina dalam drama hebat tersebut.
Lakonan Mira Filzah yang membawa watak Elina sebagai suri rumah memberikan gambaran yang mendalam tentang pergolakan yang dihadapi oleh seorang wanita yang beralih daripada kerjaya profesional kepada kehidupan rumah tangga.
Mira Filzah berjaya menghidupkan setiap cabaran emosi dan psikologi yang dihadapi oleh Elina, termasuk rasa kesunyian dan keterasingan yang timbul akibat perubahan besar dalam kehidupannya.
Melalui ekspresi wajah dan bahasa tubuh yang penuh emosi, pelakon itu berjaya menggambarkan dilema dalaman Elina antara tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Ini memberikan penonton penghayatan yang mendalam terhadap peranan ini.
Lakonan pelakon ini dalam memerankan pengorbanan Elina yang sanggup berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuhnya benar-benar menunjukkan kemahiran yang luar biasa. Melalui setiap adegan, pelakon ini berjaya menyampaikan keputusannya untuk meletakkan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga di hadapan cita-citanya sendiri.
Pengorbanan Elina yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan dapat dirasai dengan kuat, terutamanya apabila pelakon ini membawa watak dengan penuh dedikasi, memberikan penonton pemahaman yang lebih mendalam tentang beban emosional yang tersembunyi dalam peranan seorang suri rumah sepenuh masa.
Lakonan ini mempamerkan bukan sahaja ketabahan, tetapi juga kelembutan hati seorang isteri yang berkorban untuk keluarga.
Sebuah drama keluarga yang penuh dengan konflik dalam kehidupan perkahwinan Eshaal dan Elina yang sebelumnya bahagia mula terbongkar. Hubungan antara dua rakan sekerja, Eshaal dan Astrid, pada awalnya membuatkan Astrid menganggap Eshaal hanya sebagai ‘Suami Pejabat’.
Malangnya, mereka terjebak dalam hubungan intim yang terlarang. Elina, seorang isteri yang setia dan penuh kasih sayang, sangat terluka dengan keputusan suaminya yang meninggalkannya dan anak-anak mereka untuk mengejar kebahagiaan dan kehidupan baru bersama Astrid.
Namun, perjalanan cinta Eshaal dan Astrid tidak seindah yang mereka bayangkan, kerana Astrid menyimpan banyak rahsia.
Apabila niat sebenar Astrid terbongkar, Eshaal menyesali tindakannya dan memohon kepada Elina untuk menerimanya kembali. Mahu mempertahankan keluarga demi anak-anak mereka, Elina menerima Eshaal semula, tetapi dia, yang masih jelas mencintai Astrid, mensia-siakan peluang kedua ini.
Apakah kesudahannya? Jangan lupa drama Curang Tanpa Niat mulai 23.12.24, Isnin – Khamis jam 10 malam di Astro Ria.
Zahnita menangis dapat bersama anak-anak kembali, “perjuangan ini tak mudah tapi saya nekad…”. Bekas model dan pelakon, Zahnita Dorothy Hussein Wilson yang mendapat hak hadanah empat anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah bersyukur disatukan bersama dua anak perempuannya semalam.
Ketika dihubungi Mingguan Wanita, Zahnita Wilson yang mesra disapa Zahni berkata dia dapat mengambil dua anak perempuannya, Zasharayna Ghouse, 14, dan Zahlia, 7 tahun di rumah diduduki suaminya semalam.
Mengakui adanya “drama” dari pihak suami di peringkat awal kedatangan mereka namun dengan bantuan polis dan peguamnya, Nur Ashikin Rahim dari Tetuan Kin & Co, dua anaknya telah diserahkan kepada Zahnita.
Jelas bekas peragawati ini, dia menzahirkan rasa leganya kerana anak-anak sudah bersamanya. “Sebelum ini anak kedua sering bermesej bilakah saya mahu datang mengambil mereka selepas saya keluar dari rumah dua minggu lalu. Saya hanya bawa Zayyan, 4 tahun sebelum ini.
“Alhamdulillah, akhirnya anak-anak ada bersama saya kini. Jujurnya tak mudah melalui perjuangan ini tapi saya tahu, saya kena mara ke depan. Tak perlu lagi saya menoleh ke belakang,” katanya menjelaskan, dirinya sendiri perlu membuat ujian air kencing semalam seperti diminta oleh pihak polis dan alhamdulillah, keputusan ujian adalah negetif.
Dalam pada itu, Zahnita berkata, walau memperoleh hak penjagaan sementara terhadap Zahrafeena Ghouse,17 tahun yang juga anak sulungnya namun jelasnya buat masa ini Zahrafeena memilih untuk tinggal di rumah lama.
“Saya percaya dirinya matang dalam membuat keputusan. Dia seorang anak yang cemerlang selain dirinya adalah Ketua Pengawas di sekolahnya. Memandangkan tahun ini dirinya bakal duduki SPM, saya doakan anak saya berjaya.
“Buat masa saya mahu tumpu pada bisnes pie demi membesarkan mereka,” katanya yang mengakui tidak mudah keluar dari cengkaman ini namun dia terus nekad dan tak akan berpatah balik ke belakang.
“Doakan saya. Hari ini pun saya bawa anak-anak pergi beli baju mereka. Semalam anak-anak keluar rumah dengan baju pijamas saja. Tak apalah, asal mereka ada depan mata saya, itu sudah cukup membahagiakan hati saya,” katanya yang menzahirkan rasa leganya.
Dalam pada itu, peguam Nur Ashikin Ramli memaklumkan, kes pendengaran semula kes penjagaan ini akan diadakan pada 3 Januari 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan.
Masa yang sama, jelasnya Abdul Zackery Ghouse masih memiliki kebenaran untuk melawat anak-anak dua kali sebulan dan ia perlu dibuat tempat terbuka.
Zahnita nekad fail cerai. Seperti yang diketahui umum, Zahnita mendakwa dirinya telah didera dan dipukul suami. Kisah tersebut begitu menggemparkan apatah lagi Zahnita telah memuat naik foto bahagian matanya lebam.
Malah Zahnita juga mendedahkan dirinya dipukul dek kerana bertanya tentang kehadiran orang ketiga. Malah ibu kepada empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden itu akui sudah tidak lagi mampu bertahan selepas 20 tahun hidup bersama suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Sebelum ini, selebriti berdarah campuran Melayu-New Zealand itu pernah memfailkan permohonan cerai dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013. Namun, perkahwinan itu berjaya diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.
Terbaru menerusi laporan KOSMO! ONLINE Zahnita Wilson telah nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang hari ini.
Keputusan tersebut dibuat dek kerana dirinya tidak mampu lagi bertahan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.
“Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini ialah Allah SWT dan sokongan daripada ibu saya.
“Doa dia mengiringi perjalanan saya hari ini.
“Emosi saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini.
“Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu,” ulas Zahnita.
Zahnita juga sangat bersyukur apabila pihak berkuasa telah menahan suaminya. Kini dia tak perlu lagi rasa bimbang kerana suaminya tidak boleh lakukan sebarang perkara lagi terhadapnya.
“Lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa risau apa-apa. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya.
“Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.
“Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan.
“Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini,” sambungnya.
Pada masa yang sama, Zahnita memberitahu dirinya tidak boleh memperincikan kejadian dipukul kerana masih dalam siasatan polis.
“Cuma yang saya boleh katakan ialah dia melakukan keganasan tersebut kerana tidak tahan dengan soalan saya tentang sesuata perkara,” luahnya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidak selalu pasangan suami isteri akan berada di tahap selesa dan bahagia. Ini realiti alam rumah tangga dan begitulah yang dilalui oleh bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali sendiri.