Ipar duai tinggal serumah, lebih banyak ruang curang dalam rumah tangga. Kehidupan berumah tangga adalah satu ikatan suci yang memerlukan kepercayaan, kesetiaan, dan komitmen yang teguh antara suami isteri.
Ipar Duai Tinggal Serumah, Lebih Banyak Ruang Curang Dalam Rumah Tangga
Namun, apabila ada anggota keluarga lain seperti ipar tinggal serumah, situasi ini boleh menimbulkan beberapa cabaran dan risiko, termasuk membuka ruang bagi masalah curang dalam rumah tangga. Meskipun tidak semua situasi akan berakhir dengan konflik, kes curang atau rasa cemburu, namun ada beberapa perkara penting yang perlu difikirkan apabila berkongsi rumah dengan ipar duai.
Walaupun ipar adalah sebahagian dari keluarga, namun sebagai individu dewasa, terdapat batasan yang perlu dijaga, terutama dalam menjaga aurat dan etika sosial. Tinggal serumah boleh membuka ruang untuk interaksi yang mungkin tidak sesuai, seperti perbualan yang terlalu intim atau pergaulan yang terlampau bebas. Tanpa batasan yang jelas, kemungkinan untuk berlakunya hubungan tidak sihat semakin tinggi.
Semalam kebetulan lapang, buka TV ada cerita Ipar Adalah Maut. Mulanya tengok cerita apa ini nombor satu pilihan untuk carta filem di Malaysia. Berdasarkan kisah benar, dan tajuknya itu petikan hadis Nabi, jadi saya tekan butang “play.”
Baik point dia apa?
1) Pengajaran filem sangat bagus, tapi tak sesuai untuk anak-anak tengok bersama. Ada babak kelamin yang bukan sepatut dibiasakan tayangannya walau atas tujuan pelajaran.
2) Ipar adalah maut. Kenapa maut? Sebab maut ini datangnya tanpa diduga. Bak nasihat temannya Nisa (watak utama), taufan paling bahaya datang secara tiba-tiba. Maut boleh sapa sesiapa saja tak kira walau orang yang berdekatan dengan kita. Kalau nak berlaku, akhirnya terjadi juga. Siapa nak sangka adik ipar menjadi fitnah yang hanya bermula dengan “alah adik ipar saja, eh tu abang ipar saya”. Benar kata Pak Junaedi.
3) Ada orang kata Rani itu yang bersalah, dia yang sengaja menggoda-goda, ada yang kata Nisa dan emaknya yang bersalah kerana membuka ruang fitnah itu bekerja, ada yang feminis menyalahkan Aris sebagai jantan durjana, punya isteri eh tapi masih gatal telurnya.
Baik jom kita tengok macam mana hukum bagi panduan.
Hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah haram dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah (sadd al-dzari’ah). Larangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga daripada timbulnya sebarang kerosakan yang besar pada masa akan datang. Adapun, tidak mengapa ipar-duai tumpang tidur bermalam yang berasingan bilik selagi adanya mahram disisi ipar duai dan aman daripada fitnah. Mahram yang wajib ada ialah mahram dari pihak perempuan bukan lelaki.
4) Kesimpulannya. Setelah kita bicarakan tentang ruang fitnah yang harus ditutupkan, maka akhirnya kita hanya boleh sebutkan kasihan, inilah sebahagian dari ujian niat baik nak menolong darah daging sendiri.
Ads
Bermula dari niat baik ibu nak menjaga anak, bermula dari niat seorang abang ipar untuk melindungi. Dek kerana salah pilihan akhirnya rumah tangga yang baik, berantakan dan tinggal menjadi pelajaran.
Kehidupan berumah tangga menuntut suami isteri untuk berusaha mengekalkan kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain. Apabila tinggal serumah dengan ipar, cabaran yang timbul boleh menjadi ruang kepada masalah curang jika tidak ditangani dengan bijak.
Namun, dengan komunikasi terbuka, batasan yang jelas, dan penjagaan adab serta etika pergaulan, suami isteri dapat mengelakkan risiko ini dan mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan mereka. Kepercayaan dan kesefahaman adalah asas yang paling penting dalam menghadapi apa jua cabaran dalam rumah tangga.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ads
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Luah Achey, “Jika ada ruang yang kecil, mohon doakan mak saya, keadaan dia sangat tak baik. “ Achey mohon semua doakan ibunya yang kini dirawat di hospital setelah positif C0vid-19.
Ibunya antara tujuh orang ahli keluarga yang positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu. Semoga ibunya kuat untuk melawan Covid-19.
Achey Mohon Doa Semua
Menerusi entrinya di akaun Instagram, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, memohon doa ramai untuk kesembuhan ibunya, Ngaisah Hassan yang kini dalam keadaan yang tidak baik akibat jangkitan Covid-19.
Tambah Achey, ibunya kini dirawat di Hospital Segamat, Johor.
Jika Ada Ruang Doakan Mak Saya
“Saya tahu doa anda sangat padat ketika ini, tetapi jika ada ruang kecil yang kosong dalam doa kalian, dapatlah kiranya ruang doa itu diisi untuk mak saya, Ngaisah Hassan.
“Buat masa ini, keadaan mak saya sangat-sangat tidak baik,” tulis Achey menerusi satu perkongsian yang dilakukan di laman Instagramnya pada awal pagi tadi.
Difahamkan ibunya yang positif Covid-19 tahap tiga mengalami masalah pernafasan sehingga perlu ditiarapkan untuk memudahkan proses pernafasannya.
Achey ketika ditemui selepas majlis bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham Siti Sarah yang diadakan secara maya pada Khamis turut berkongsi perkembangan terkini tujuh ahli keluarganya termasuk ibu, abang, kakak dan adiknya turut disahkan positif.
Menjadi Runner
“Buat masa sekarang saya dan isteri yang menjadi runner untuk memastikan segala barangan yang diperlukan keluarga yang positif, baik yang di hospital mahupun di rumah.
“Walaupun dalam keadaan tangan yang patah, saya terpaksa juga ulang-alik memandu ke hospital kerana hanya kami berdua sahaja yang boleh berbuat demikian demi membantu ahli keluarga lain yang sedang berjuang melawan Covid-19,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga Mak Achey, Ngaisah Hassan,dikurniakan kesembuhan dan sihat seperti sediakala. Amin.
Jika tindakan Khairul Aming menjual produk sambalnya dan disalurkan untuk membantu rakyat Palestin mendapat sokongan ramai, lain pula halnya dengan usahawan terkenal Vivy Yusof.
Tidak Raih Keuntungan Hasil Jualan Koleksi Palestin
Vivy Yusof turut menyalurkan bantuan ke Palestin dengan caranya yang tersendiri. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh jenamanya, dUCk, ia menawarkan koleksi skaf dan selendang bertemakan bendera Palestin. Lebih membanggakan, setiap keuntungan yang diperolehi dari jualan tersebut akan disalurkan sepenuhnya ke pertubuhan amal, Viva Palestina.
Namun, di sebalik kemurnian hatinya untuk sama-sama membawa jenamanya membantu umat Islam yang memerlukan, ia disalah tafsir oleh sesetengah pihak di mana warga maya menyelar pendekatannya yang dilabelkan sebagai ‘opportunist’ yang menggunakan situasi ini untuk menjana pendapatan.
Memetik temubual bersama akhbar tempatan, Vivy Yusof menegaskan bahawa koleksi tema Palestin yang dibawakan oleh jenamanya membawa maksud solidariti.
“Koleksi kali ini mengetengahkan rekaan yang sama seperti rekaan pada tahun 2021. Ketika itu, berlaku pergolakan antara Israel-Palestin. Kami membuat projek yang serupa untuk mengumpul dana bagi membantu saudara di sana.
“Skaf koleksi Palestin ini berada di pasaran atas permintaan orang ramai yang ingin memakai simbol Palestin sebagai sokongan dan solidariti, sekaligus menyumbang untuk membantu rakyat Palestin.
Tambah Vivy Yusof lagi, sambutan yang diterima amat memberangsangkan di mana ia mendapat sambutan luar biasa dari para peminat jenama tersebut. Malah untuk koleksi kali ini, ia turut menambah beg tote Palestin dan cawan. Menjengah ke laman web https://www.getducked.com/, pra tempahan koleksi ini boleh dibuat sehingga 17 Oktober ini.
Vivy Yusof Jalin Kerjasama Bersama Viva Palestin
Tambah Vivy lagi, ia merupakan projek amal sepenuhnya dan dUCk berkolaborasi dengan Viva Palestina. Dana yang berjaya dikumpul akan dimanfaatkan Viva Palestina cawangan Malaysia untuk menghantar bantuan berbentuk bekalan perubatan, makanan, tempat perlindungan sementara dan bahan api hospital ke Palestin.
Koleksi tema Palestin dUCk ini terdiri daripada skaf dan selendang berwarna hitam dan putih pada harga RM300 sehelai. Selain itu, ia turut mempunyai koleksi tote bag dan cawan pada harga RM40 sahaja.
Membuat keputusan dalam rumah tangga terletak pada perbincangan suami, isteri bukan orang luar biarpun mereka adalah mak ayah atau ahli keluarga terdekat.
Mereka hanya berperanan sebagai penasihat bukanlah pembuat kuputusan dalam menyelesaikan masalah yang dialami oleh suami dan isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik ya:
Membuat Keputusan Dalam Rumah Tangga
Saat orang tua dan adik beradik mencampuri urusan rumah tangga kita, maka ketahuilah bahawa kita sebenarnya lemah dalam mengemudi rumah tangga kita sendiri…
Hak mutlak untuk urusan rumah tangga kita terletak pada perbincangan dan persetujuan bersama kita dengan isteri…
Keputusan yang datang selain daripada perbincangan dua pihak ini, malah keputusan yang dibuat diluar pengetahuan dua pihak ni, maka keputusan itu bukanlah keputusan yang baik untuk rumah tangga tersebut…
Orang tua dan adik beradik hanya ada hak untuk menasihati apabila berlaku pergaduhan, perselisihan, salah faham antara suami isteri. Hak mereka hanyalah untuk menjernihkan keadaan, membaiki hubungan, menyelesaikan permasalahan…
Selain daripada perkara ini, jika tiada apa-apa masalah antara suami dan isteri, maka tidak ada keperluan untuk orang tua serta adik beradik lain untuk masuk campur, membuat keputusan serta memberi arahan kepada pasangan dan hubungan ini…
Jika perkara ini berlaku, suami membiarkan orang tuanya dan adik beradiknya “menguruskan” rumah tangganya, maka dia adalah seorang pemimpin yang lemah dalam menjadi nakhoda untuk mengemudi bahtera rumah tangga itu…
BUKAN Orang Luar
Hala tuju rumah tangga suami isteri ditentukan oleh diri suami sendiri dengan meminta bantuan nasihat isteri, pandangan isteri…
Selain itu, hala tuju rumah tangga ini tidak ditentukan oleh orang tua suami ataupun adik beradik suami kerana pihak yang tahu akan apa yang terbaik untuk hubungan itu hanyalah suami dan juga isteri…
Andai ada pihak lain lebih tahu akan apa yang terbaik untuk mereka berdua, maka pihak ini adalah pihak yang sibuk dengan rumah tangga orang…
P/S : Jika tak yakin anak anda, abang anda, adik anda boleh menguruskan rumah tangga dan keluarganya, maka belalah dia sehingga tua.
Mingguan Wanita : Tak salah mendapatkan pandangan mereka yang lebih berpengalaman namun jangan sampai mereka mencampuri urusan atau hal rumah tangga mak, ayah.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...