Suami curang ketika isteri berpantang di Kampung, sedih, sakit bersalin pun tak hilang lagi. Biasanya, kalau selepas bersalin, isteri akan ‘demand‘ untuk balik kampung duduk dengan emak dia.
Suami Curang Ketika Isteri Berpantang Di Kampung, Sedih, Sakit Bersalin Pun Tak Hilang Lagi
Katanya, ada orang boleh tolong tengok-tengokkan, ada orang jaga. Kalau mahu harap suami, memanglah tidak boleh diharap sangat. Boleh bermanja dengan emak. Emak boleh tolong jagakan Ketika berpantang. Sediakan makanan.
Lagipun, emak sendiri, bukannya emak mertua. Boleh manja-manja. Namun di sebalik kegembiraan isteri di kampung bersama keluarga, si suami yang keseorangan mula mencipta ubungan terlarang ketika isteri berpantang.
Namun, tahukah bahawa perkara sebegini adalah antara bibit-bibit yang boleh membuatkan suami curang ketika isteri berpantang.
1. Mendapat kebebasan
Bila isteri berada jauh di kampung, maka di sinilah bermulanya langkah suami yang rasa dirinya bebas. Ini adalah peluang yang pertama, kerana bila berjauhan, macam-macam boleh jadi. Siap ada yang bawa balik rumah! Nauzubillah.
Sudah tentu bila ada anak kecil, anak itu juga akan di ‘eksport‘ juga ke kampung. Lain kali, biar pantang di rumah sendiri.Biar dia tolong isteri, sengkang mata sama-sama.
2. Hasutan kawan-kawan
Mulalah ada yang mengajak, “Eh, relakslah bro. Bini kau bukan ada kat rumah. Kat kampung kan? Masa ni la kita enjoyyyy. Jom pi massage?”
3. Tiada pantuan dari pihak berwajib
Apa tidaknya, isteri jauh di kampung. Maka terlepaslah dia dari kena audit telefon bimbit. Malahan pukul berapa suami balik juga tiada siapa peduli.
4. Suami ‘bajet‘ single
Apa tidaknya, bila jalan berseorangan, tampak seperti lelaki bujang trang-tang-tang pula. Bila berpakaian kemas sejurus balik pejabat, tentu ada mata-mata yang menyinggah.
5. Tidak hargai pengorbanan isteri
Kalaulah suami tahu betapa sakitnya isteri melahirkan anak, tentu dia tidak sanggup curang. Lain kali, cuba bawa suami masuk dalam labour room. Biar dia tengok dengan mata kepala dia sendiri.
Sekarang ini, sudah banyak hospital yang membenarkan suami masuk dalam labour room untuk temankan isteri. Mesra suami katanya.
6. Ada 4 kuota
Ada juga suami yang berkata, “Eh, kenal-kenal dengan perempuan lain je, bukannya ada apa-apa. Itu pun curang ke? Kau pahal, aku kan ada 4 kuota!”
Nak buat macam mana suami yang macam ni?
Ads
7. Pantang lama sangat, sampai 100 hari
Yang 44 hari pun tak boleh tahan, inikan lagi yang 100 hari. Wahai suami, 100 hari tu bukannya untuk isteri. Itu untuk kamu juga.
Bagi isteri peluang untuk ‘recover‘ sepenuhnya. Bukannya isteri tak mahu ‘bagi‘, cuma bawa bersabar boleh tak?
8. Kahwin kerana nafsu
Bila kahwini isteri semata-mata nak ‘main‘, maka beginilah jadinya.
9. Rasa sunyi
Antara alasan lain ialah sunyi katanya. Biasa bila balik rumah, ada orang yang dia boleh sembang. Bila sendirian begini, mulalah rasa sunyi.
10. Rasa bosan
Bukan sahaja sunyi, tapi suami pula kata rasa bosan. Sampai rumah, tidak tahu nak buat apa. Itu yang suami ligat capai handphone main WeChat, Whatsapp dan lain-lain. Kena pulak terjumpa dengan perempuan lain yang bosan juga.
11. Rasa diri terabai
Apa tidaknya, masa isteri ada, semuanya disediakan. Makan pakai semua lengkap. Bila isteri berpantang, mulalah rasa isteri hanya pentingkan baby sahaja. Bila rasa terabai begini, mulalah suami cari seseorang yang boleh ‘caring‘ pada dia.
Ads
Sebenarnya, penat bila bercerita tentang kisah suami curang ketika isteri berpantang ini. Sudahlah penat mengandung, bila berpantang, begini pula suami layan isteri. Semakin hari, semakin banyak kes ini terjadi.
Kalau bukan kawan terdekat, dari kawan punya kawan kepada kawan terdekat. Rasa-rasanya, apa penyelesaian terbaik untuk kes suami curang ketika isteri berpantang ini? Apa solusinya?
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ads
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hebatnya didikan mak ayah Ustazah Asma Harun dalam membesarkan 10 orang anak-anaknya. Setiap aktiviti keluarga, mak ayahnya akan mewajibkan 10 beradik ini terlibat sama. Tak boleh beri alasan tidak.
Perkongsian hebat ini sebenarnya dicatat sendiri oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma Harunbersempena hari lahirnya yang ke-36. Diselitkan sama kisah tentang ayahnya yang selalu bantu ibu membuat kerja rumah. Jadi, ayah-ayah di luar sana.. ini sedikit sebanyak tip yang boleh dipraktikkan.
Sebab, dengan cara didikan mak ayah ustazah inilah berjaya mengharmonikan hubungan 10 beradik Ustazah Asma. Membuatkan mereka bersatu hati dan saling ingat akan adik-beradik yang lain.
Gambar 10 beradik ustazah Asma Harun dan mak ayah pada 18 tahun yang lepas.
Kongsi Ustazah Asma,
بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين.
36 tahun yang lepas saya lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai nasi ayam bt6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk saya.
Adik beradik 10 orang, Najihah, Asma’, Ibrahim, Aishah, Abdul Hadi, Asiah, Siti Khadijah, Siti Aminah, Muhammad Nasrullah dan Nabilah.
Alhamdulillah, kami membesar dengan kasih sayang, disiplin dan didikan agama yang baik. Sedikit perkongsian biasa, kami 10 beradik semuanya belajar dan khatam AlQuran dengan emak ayah. Waktunya selepas maghrib dan subuh. Alhamdulillah.
Sesibuk dan sepenat mana pun, mereka tetap disiplin mengajar semua anak-anak. Itulah juga yang selalu diingatkan oleh emak saya, supaya mengajarkan sendiri anak baca AlQuran.
Waktu Makan Mesti Berjemaah, Dilarang Makan Sendiri-sendiri
Satu lagi, waktu makan mesti berjemaah, dilarang makan sendiri-sendiri walaupun ketika itu dah lapar (pandai-pandailah sementara tu isi perut dengan biskut ke), kalau dah kenyang pun kena duduk di meja makan bersama-sama, kena buat-buat lapar.
Daripada kecil Emak Ayah istiqamah bawa anak-anak hadir kuliyah Jumaat Tok Guru Haji Hadi di Masjid Rusila, sehingga adik ke-10 pun begitulah rutinnya. Walaupun kami tak faham apa-apa lagi tapi memang suka pergi sebab boleh pergi pantai dan beli macam-macam makanan daripada gerai yang sangat banyak.
Hampir setiap hujung minggu pula Emak Ayah akan bawa ke mana-mana, taman mainan dan pantai lah selalunya, asyik berkelah aje. Memang mereka rajin bawa anak-anak berjalan walaupun tempat sama sahaja.
Kereta sedan dengan jumlah yang ramai kami duduk sambil beribakan adik-adik. Semua wajib ikut walaupun dah besar.
Ayah Ambil Peranan Memasak Setiap Hari
Kerana memahami kesibukan emak sebagai guru dan menguruskan anak-anak yang ramai, ayah ambil peranan memasak hampir setiap hari. Asalnya ayah tak pandai masak, tapi belajar melalui emak sehingga jadi chef yang terbaik bagi kami. Sikap toleransi yang tinggi di antara emak ayah menjadi inspirasi kami.
Saya boleh simpulkan, usaha Emak Ayah secara berterusan memastikan kami adik beradik sentiasa bersama dan berjemaah, sehingga waktu tengok TV pun semua wajib ada bersama. Moga kami kekal saling berkasih sayang dan menghormati. SubhanAllah, moga Allah rahmati dan ganjarkan SyurgaNya buat semua Ibu Bapa.
Pengajian saya bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, KUSZA, alAzhar Mesir dan OUM. Doakan rezeki ke PHD. InsyaAllah.
Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Pen.Pengarah Bahagian Undang-undang Keluarga Islam dan Pen.Pengarah Bahagian Halal. Meletakkan jawatan pada 2017.
Ketika Umur 22 tahun, saatnya Allah temukan saya dengan seorang lelaki, suami dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu.
Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering.
Alhamdulillah, kami dikurniakan Allah 7 orang anak, Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.
Susah Payah Emak Ayah Didik 10 Beradik
Apa kebaikan atau kelebihan yang dilihat oleh manusia tentang saya, hakikatnya kerana susah payah didikan Emak Ayah, dan seorang suami yang sangat sabar, memahami, prihatin, pendengar setia, serta tidak jemu memberi nasihat dan semangat kepada saya.
SubhanAllah, hanya Allah sebaik-baik yang memberi ganjaran atas segala kebaikan mereka, Moga saya kuat berusaha untuk memperolehi redha daripada Emak Ayah dan redha seorang Suami.
Saya tak pernah share cerita peribadi kerana segan. Namun sempena hari lahir hari ini, sekadar mengimbau dan muhasabah akan perjalanan usia yang Allah kurniakan.
SubhanAllah, saya hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran bila saya buat salah.
Terima Kasih atas semua ucapan dan doa, mohon maaf yang tidak terbalas. kembali semua doanya kepada sahabat sekalian.
MW : Hebatnya seorang suami dan ayah dengan disokong isteri dan ibu yang taat itulah melahirkan keluarga tenang lagi membahagiakan.
Dalam keadaan sekarang ini, rata-rata wanita pandai bawa kereta. Bukan untuk tunjuk hebat tapi sekurangnya dengan kepandaian ini, kita tidaklah terlalu bergantung pada pasangan atau orang lain.
Mungkin juga ada wanita yang mempunyai alasan tertentu kenapa tidak pandai bawa kereta. Fobia, tak nak redah jalan jem atau merasakan diri selesa hanya suami yang tolong bawakan ke mana sahaja.
Tak kiralah kita sebagai surirumah sepenuh masa atau berkerjaya sekalipun, kita wajib pandai bawa kereta sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan nanti. Memang betul apa yang dikongsikan oleh Eina Shukry ini.
Wanita, tak kaya mahupun tak pandai takpe. Kalau tak ada banyak duit atau tak pandai masak pun tak pe.
Cuma satu saja yang ‘tak’ boleh ada ‘tak’
Kita tak boleh – TAK PANDAI BAWA KERETA
You – WAJIB PANDAI BAWA KERETA
Wanita – WAJIB ADA KERETA SENDIRI
Jika berlaku pada kehidupan kita dan perlukan kita mulakan seorang diri, perkara pertama yang perlu kita fikirkan adalah kena pandai is DRIVING. Kalau you tak pandai drive, memang hidup kita 360° akan bertambah susah.
Tolonglah, belajar cara nak bawa kereta. Belajar driving, jangan harap orang bawak kita saja.
Nanti bila kita pandai driving, dari tak de duit kita akan ada duit sebab kita boleh keluar cari kerja (alone). Anak-anak nak pergi sekolah atau nak pergi klinik semua kita selesaikan sendiri.
Kena Tahu Bawa Kereta
Jangan LEMBIK! Sekurang-kurangnya seorang wanita kena tahu bawak kereta.
Sekarang mungkin kita selesa bergantung pada suami, keluarga dan sesiapa sahaja tapi letakkan dalam fikiran kita, itu semua sementara sahaja. Sampai bila nak bergantung @ sampai bila apa apa ajelah.
At least girls, at least..u must learn to drive. For the sake of yourself
Please..
Mingguan Wanita : Masing-masing punya pendapat sendiri. Tapi apa yang dikatakan itu betul. Sebab kita tidaklah bergantung harap pada pasangan dan boleh membantu jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.
Ingat tak masa anak kecil, mak ayah boleh tengok dan suka lihat gelagat anak-anak. Kadang-kadang apa yang anak buat masa kecil dibiarkan sahaja. Kononnya, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Sedangkan masa anak kecil inilah mak ayah kena main peranan dan tunjuk contoh yang baik supaya kelakuan anak-anak tidak terbawa-bawa bila dewasa nanti.
Perkongsian daripada Fariza Nurbaya ini ada benarnya. Anak umpama kain putih dan mak ayahlah yang kena mencoraknya, sama ada kain itu cantik, contang canting dan sebagainya.
1. Kenapa seorang anak boleh memukul ibunya? Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
2. Kenapa anak remaja sekarang begitu gemar mencarut dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dan sebagainya? Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya. Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!
3. Kenapa anak-anak remaja berani keluar pada waktu malam? Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam. Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.
1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain hp. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.
4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.
5. Tiada hp adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki hp apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan hp dengan baik.
6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
7. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.
8. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
MW: Amat bagus untuk dijadikan panduan mak ayah. Moga bermanfaat.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.