Kuatnya seorang wanita! Fasha Sandha berkongsi tentang kekuatannya ketika mengharungi fasa perceraian bersama bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 20 Januari 2016 melalui temubual eksklusif bersama Majalah NONA baru-baru ini.
Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia tetap meneruskan penggambaran seperti biasa pada hari yang sama perpisahannya bersama bekas suaminya itu. Dalam masa yang sama, Fasha turut meminta seluruh produksi drama tersebut untuk tidak meluahkan rasa simpati terhadap dirinya.
Hari saya bercerai, hari itu juga saya shooting drama dan saya tak minta cuti.
Ads
“Saya dah pesan kepada team produksi untuk tidak sesekali peluk saya dan buat seperti biasa sahaja.Macam hari yang normal. Jangan buat saya seperti saya mahukan simpati. Itulah kekuatan saya pada ketika itu,”ujarnya.
Malah aktres berusia 40 tahun itu turut menegaskan bahawa dia tidak menggalakkan perceraian terutamanya wanita yang tidak mempunyai pekerjaan dan simpanan wang. Fasha menasihati rakan-rakannya untuk mempertahankan rumah tangga andai ia tidak memudaratkan mereka.
Ads
“Ada beberapa orang teman yang minta nombor telefon peguam saya untuk memfailkan perceraian. Saya kata kepada mereka, tak semua orang kuat untuk menjadi ibu tunggal.
Pemikiran saya sedikit berbeza, saya kata mereka tidak boleh menjadi ibu tunggal kerana mereka tidak bekerja dan tiada simpanan,”ujarnya dalam temubual tersebut.
Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.
Ads
Menerusi perkahwinan itu, Fasha mendapat dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 10, dan Putri Raysha Jemaima, 9 tahun. Fasha kini bahagia bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz yang dinikahinya pada Mac 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira.
Intan Najuwa kongsi persiapan sambut baby girl, ada warga maya kata nak menunjuk. Pelakon jelita Datin Intan Najuwa yang kini sedang hamil anak pertama kelihatannya ‘rancak’ membuat persiapan kedatangan anak sulungnya.
Intan Najuwa dan suami bakal bakal menimang cahaya mata perempuan. Tambah Intan lagi, dia dan suami tidak sabar untuk menimang cahaya mata malah banyak membeli barangan bayi bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.
Bahkan Intan juga turut mendapatkan pelbagai idea melalui Pinterest untuk memilih kelengkapan buat bayinya. Kebanyakan barang-barang bayinya selain dibeli di Malaysia turut dibeli dari London, Sepanyol.
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Intan berkongsi barang-barang bayi serta bilik untuk anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.
JUST KEEPING IT HERE AS MEMORIES, SO ONE DAY SHE’LL SEE THE SMALL THINGS I DID FOR HER.
COUNTING DOWN THE DAYS UNTIL I SEE YOU, BABY GIRL, AND I CAN’T WAIT TO FINALLY HOLD YOU IN MY ARMS – TULIS INTAN DI RUANGAN KAPSYEN.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Amyra kehilangan bayi dalam kandungan. Salam takziah diucapkan buat Amyra Rosli yang kehilangan bayi dalam kandungan. Kisah sedih itu dikongsi sendiri oleh pengacara dan pelakon yang juga isteri kepada Amar Baharin menerusi akaun Instagramnya.
Amyra memaklumkan kehamilan berkenaan adalah kehamilan kimia atau chemical pregnancy kerana ia hilang tanpa disedari.
Malah alat penguji menunjukkan keputusan positif sebelum bertukar negatif.
“Awak singgah sekejap sahaja dalam perut mommy lepas tu awak pergi. Comel lah awak ni.
“Tidak ada rezeki.
“Tidak mengapalah, kita fokus rezeki yang ada sekarang dan shooting dahulu! Lets go,” kongsi Amyra,
Untuk makluman Amyra dan Amar sebelum ini sudah pun memiliki sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7, dan Aura Aryssa, 4. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.
Manakala Amar pula memberikan kata-kata semangat buat isteri tercinta.
“Allah sebaik baik perancang uNTUK perjalanan hidup dan mati hambaNya. Percaya pada Qada Qadar ketentuan Allah, insyaallah terjaga iman Mommy. Love u sayang, be strong Mommy!” luah Amar.
“Saya mahu arwah ibu, Allahyarhamah Rohana Jalil jadi saksi pembabitan saya dalam konsert epik dan bersejarah bersama legenda tersohor Bollywood, Udit Narayan. Jika arwah ibu masih hidup pasti beliau bangga,” ujar penyanyi Kilafairy memulakan bicara.
Ya, Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan punya banyak sebab untuk berasa teruja dan berbangga selepas dipilih berkongsi satu panggung bersama ikon muzik Bollywood, Udit Narayan menerusi Konsert Udit Narayan In KL pada 28 Disember ini.
Salah satunya adalah anak kepada penyanyi Allahyarhamah Rohana Jalil ini menjadi penyanyi wanita Malaysia yang terlibat dalam Konsert Udit Narayan In KL di Mega Star Arena Kuala Lumpur.
Nama Kilafairy dipilih oleh pihak penganjur, VVST Digital Creation kerana kredibilitinya sebagai seorang penyanyi yang fasih menyanyikan lagu Bollywood.
Kilafairy, 32, malah menyifatkan peluang emas yang diberikan kepadanya umpama mimpi menjadi kenyataan.
“Udit Narayan ada seorang figura yang sangat istimewa. Saya meminati Udit kerana merupakan peminat tegar Shah Rukh Khan dan kebanyakan lagu yang didendangkan SRK dalam filem adalah vokal Udit.
“Jadi apabila dilamar untuk terbabit dengan Konsert Udit Narayan In KL, saya terkejut, tidak percaya, gemuruh dan takut kerana akan berkongsi pentas dengan seorang ikon.
“Saya juga bangga kerana ini merupakan penglibatan sulung saya dalam konsert Bollywood berskala besar, apa lagi membabitkan pesohor Udit Narayan. Ia umpama mimpi menjadi kenyataan,” katanya Kilafairy.
Bercerita lanjut, Kilafairy yang kini giat menjalani latihan vokal memberitahu akan membawakan sebuah lagu solo dan dua buah lagu duet bersama penyanyi Syamel.
“Saya akan menyanyikan sebuah lagu solo dan berduet dua buah lagu dengan Syamel pada malam 28 Disember 2024 nanti.
“Dan sekarang saya giat menjalani latihan vokal serta mendalami lenggok nyanyian Hindustan kerana penghayatan daripada segi lenggok Bollywood sangat berbeza dengan Melayu. Ia penting malah lagu Tamil dan Hindi juga punya lenggok berbeza,” katanya.
Ironi dunia Bollywood bukan sesuatu yang asing buat penyanyi dan pelakon ini. Kilafairy mula menyanyi lagu-lagu Bollywood sejak berusia 8 tahun dan menonton karya-karyanya sejak kecil bersama keluarga.
Bollywood akuinya lagi selalu membawa dirinya pulang ke masa silam, menikmati momen bersama keluarga terutama arwah ibu yang kembali ke Rahmatullah pada 2023.
“Saya mula menyanyikan lagu-lagu Bollywood sejak usia 8 tahun dan menonton karyanya sudah seperti menjadi satu tradisi dalam keluarga sejak saya kecil.
“Saya juga belajar ‘permainan’ emosi dalam dunia lakonan menerusi filem Bollywood. Saya suka bagaimana karakter diterjemahkan dan instrumen serta bunyi-bunyian dalam naskhah Bollywood.
“Maka apabila terlibat dalam Konsert Udit Narayan In KL, saya terasa pulang kembali ke masa silam saat menghabiskan momen menonton filem Bollywood.
“Khabi Khushi Khabi Gham merupakan filem yang saya dan keluarga tonton sebanyak lima kali dan masih menangis. Arwah ibu saya juga sangat meminati lagu Khushiyan Aur Gham Movie dari filem Mann.
“Dan saya sendiri meminati terlalu banyak karya Udit Narayan terutama daripada filem Devdas, Mann dan Taal. Semuanya menusuk jiwa,” tambah Kilafairy.
Menaruh harapan agar Konsert Udit Narayan In KL berjalan lancar, Kilafairy juga mendedahkan akan tampil dengan kostum bertemakan Bollywood.
Menyentuh soal busana yang bakal digayakan pula, Kilafairy berkata dia memilih rekaan dari Shanell Harun untuk digayakan di konsert berkenaan.
“Saya akan menyarung busana daripada pereka Shanell Harun. Tentu sahaja ia akan punya tema Bollywood namun tidak ada yang berlebihan. Saya akan tampil dengan gaya sederhana tapi elegan seperti penampilan selalu,” dedahnya.
Konsert Udit Narayan In KL akan menjadi saksi ikon legenda muzik Bollywood yang terkenal dengan gelaran Raja Melodi dan memiliki lebih 25,000 lagu dalam 36 bahasa sepanjang tiga dekad berkarier kembali ke Malaysia selepas 12 tahun.
Cukup terkenal dengan lagu ikonik beliau, “Papa Kehte Hain,” dan persembahan beliau dalam filem “Qayamat Se Qayamat Tak”, Udit akan membawa para peminat lagu Hindustan ke zaman kegemilangan industri filem dan lagu Bollywood iaitu era 90-an sehinggalah ke hari ini.
Jangan sampai terlepas menyaksikan Konsert Udit Narayan In KL yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 28 Disember 2024.
Sebarang pembelian tiket boleh layari https://myticket.asia/ atau hubungi VVST Digital Creation di vvstdigital@gmail.com.
"Aman Graseka bukan dipaksa, dia sendiri mahu temankan saya berniaga." Itulah yang dijelaskan oleh isteri kepada pelakon veteran iaitu Reena Arina yang tampil menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia memaksa suaminya yang sedang uzur.