Song Hye-kyo Kekal Awet Muda Pada Usia 42 Tahun, Rupanya Ini Rutin Kecantikan Yang Diamalkan
Memiliki bentuk tubuh yang langsing, siapa sangka Song Hye-kyo telah mencecah usia 42 tahun. Jika mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo berusia 42 tahun tetapi jika di Korea, kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 43 tahun.
Tanpa sebarang solekan tebal pun kecantikan aslinya tetap terserlah. Bintang jelita berusia 42 tahun ini kelihatan langsung tidak dimamah usia. Ramai yang mencemburui dengan kecantikan yang dimiliki oleh bintang yang pernah berlakon dengan aktor dan penyanyi terkenal, Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-hoon dalam drama rantaian, Full House.
Ads
Setiap kali penampilannya di khalayak pasti mencuri perhatian ramai. Tentu ada amalan kecantikan yang diamalkan oleh Hye-kyo sehingga dia mampu ‘mempertahankan’ kejelitaannya tanpa luntur.
Jom kita intip amalan rutin kecantikan bintang jelita kesayangan ramai ini.
AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO:
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Tetap aktif dengan olahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah ini juga berkesan untuk menangani wajah yang sembab akibat kurang tidur.
3. Menggunakan produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.
Song Hye-kyo pertama kali debut watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart.’ Memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin, lakonan aktres jelita ini berjaya mencuri perhatian peminat-peminat Kdrama. Song Hye-kyo sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
“Tidak adil orang luar membuat andaian bukan-bukan.” Luahan Shuib mengenai pandangan orang ramai mengenai wanita yang kini rapat dengan dirinya, Watie Hanifiah seharusnya tidak perlu disalah anggap.
Bagi pelawak dan penyampai radio, Shuib dirinya tidak salah membuat pilihan untuk rapat dengan Watie dek kerana dia sendiri lebih tahu tentang diri wanita itu.
“Tidak Adil Orang Luar Membuat Andaian Bukan-Bukan.”
Seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online Shuib memohon agar keputusannya menjalinkan hubungan rapat dengan Watie tidak dipertikaikan. Malah dia juga tidak akan sesekali merosakkan kehidupannya dengan anak-anak.
“InsyaAllah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya.
“Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.
“Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu merosakkan kehidupan.
“Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin,” terang Shuib.
Watie Hanifiah
Banyak Hati Perlu Dijaga
Bapa tunggal kepada empat orang anak itu juga meminta agar janganlah berlebih membuat andaian tentang Watie ini kerana banyak hati yang perlu dijaga.
“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka.
“Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.
“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan merek,” katanya yang kini masih dalam fasa mengenali hati budi bersama ibu dan anak-anaknya.
Syukur Nad Zainal “tidak lagi ditidurkan. Dah sedar boleh berbual” namun perlu berehat panjang. Alhamdulillah pelakon Nad Zainal yang sebelum ini dilaporkan berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, dipercayai akibat jangkitan kuman di paru-paru kini sudah semakin pulih.
Nad yang dimasukkan ke ICU sejak 22 November lalu, kini sudah stabil dan mampu menjalani rutin harian seperti biasa.
Syukur Nad Zainal “Tidak Lagi Ditidurkan”
Perkhabaran gembira tersebut disampaikan oleh pengarah dan penerbit drama, Shahrulezad Mohameddin menerusi akaun Instagramnya. Nad juga sudah stabil dan mampu menajalani rutin harian seperti biasa. Namun tahap kesihatannya masih lagi dalam pemantauan.
“Untuk pengetahuan keadaan Nanad sekarang tersangatlah baiknya. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi di intubated (ditidurkan). Nanad dah sedar, dah boleh berbual dan bergelak ketawa.
“Nanad juga boleh berjalan pergi ke tandas sendiri walaupun kami berpesan jangan, sebab paru-parunya masih belum begitu kuat.
“Nanad juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru yang luka masa pendarahan tempoh hari. Alhamdullilah syukur sangat.
Hormati Keluarga
“Saya lama tak tak kongsi perkembangannya kepada umum kerana kesiankan keluarga Nanad. Selain dari mengutamakan kesihatannya, keadaan mental keluarga Nanad juga keutamaan kami.
“Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nanad pasti akan wujud rantaian berita bukan-bukan dan menyakitkan hati kami terutama orang tua Nanad.
“Nanad anak tunggal, jadi bila berita yang bukan-bukan bersepah sana sini bayangkan macam manalah perasaan keluarga dia berdepan dengan fitnah itu seorang diri,” kongsinya.
Shahrulezad juga menyatakan keadaan baik Nad sekarang disebabkan berkat doa daripada kita semua.
Cecair keputihan yang bercampur darah dan pendarahan yang luar biasa ketika kedatangan haid merupakan simptom awal anda perlu segera merujuk masalah itu kepada doktor bertauliah. Menurut Dr Imelda Balchin lagi dalam sesi wawancara dalam Mingguan Wanita Talk Show hari ini, beliau menggesa wanita di luar sana berhenti dari membuat carian di internet berkaitan simptom awal kanser serviks ini sebaiknya segera merujuk masalah ini kepada doktor. Jangan malu dan memencilkan diri.
Perbincangan hangat mengenai isu apa itu suntikan HPV, kanser serviks, kanser Rahim, ujian pap smear dan alternatif lain yang ada bagi wanita menapaous. Selain itu HPV boleh tersebar melalui hubungan kelamin dan ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan. Oleh itu, wanita yang tidak pernah melakukan hubungan seks juga berisiko terdedah kepada kanser serviks. Hadir sama berkongsi pengalaman peribadi, Diana Kamri seorang pesakit kanser serviks.
Selain perkongsian ilmiah itu, Mingguan Wanita Talk Show turut mengundang Nor “Phoenix” Diana (ahli gusti berhijab pertama Malaysia) dan dihiburkan dengan persembahan nyanyian Muna Shahira. Bagi yang ketinggalan menyaksikan slot siaran langsung Mingguan Wanita Talk Show jam 11 pagi tadi, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...