Bila kena hiccup atau sedu, cukup membuatkan diri rasa tak selesa dan merimaskan. Pernafasan jadi pendek, selain kerap tersentak dan mengeluarkan bunyi yang tidak enak didengar.Kebiasaannya rasa sedu ini akan hilang sendiri. Namun demikian, ada juga petua yang boleh dicuba untuk menghilangkan rasa sedu ini dengan lebih cepat.
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Erra Fazira, 44 ada berkongsi didalam Instagram petua mujarab yang dia selalu amalkan bila kena sedu. Ia berikutan anaknya, Engku Aleesya,9 yang terkena sedu.
Selain memberikan anaknya minum air, bekas Ratu Cantik Malaysia ini berkongsi petua mudah yang dikatakan mujarab dalam menghilangkan rasa sedu ini.
Berikut perkongsian tersebut;
“Petua saya, selain minum suruh dia tarik nafas dalam-dalam sambil kembangkan perut dan dada. Kemudian lepaskan bila dah tak larat nak tahan. Memang mujarab.. uol buat macamana kalau ada sedu?”
Selain itu, ramai pengikut di Instagram pelakon cantik ini turut berkongsi petua dan cara yang diamalkan bila terkena sedu.
Antaranya;
noraiezanMinum sambil tutup lubang telinga..serius memang jadi.
IKLAN
hanaluvyMakan peanut butter 1 sudu besar atau gula kasar.
aydayanieSaya kalau sedu, tahan nafas untuk 10-15 saat.Then lepaskan nafas.. In Shaa Allah hilang sedu.. tanpa perlu minum air.. better untuk orang dewasa. Kanak-kanak maybe tak sesuai.
IKLAN
avid.learnerMinum air tapi jangan telan dulu, tarik nafas dalam-dalam, tahan, pastu baru telan air, lepas nafas.
Jadi bila kena sedu, bolehlah cuba petua yang dikongsikan oleh Erra Fazira ini iya.Semoga bermanfaat!
Sebenarnya bila waktu betul untuk buat ujian kendiri Covid-19 guna ujian antigen (RTK-AG) sebaik anda tahu yang anda ‘close contact’ dengan mereka yang positif Covid-19 .
Dr Izzar Anwari yang juga suami pelakon, Ummi Nazeera menjelaskan mengenainya. Bagus infonya untuk anda hadamkan.
Kerana dalam keadaan Covid-19 yang semakin meningkat ini, anda patut tahu serba sedikit mengenainya.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga bila mana anda perlu kuarantin di rumah sendiri.
Cara Betul Buat Ujian Kendiri Covid-19 Guna RTK-AG
HARITU BUAT UJIAN KENDIRI NEGATIF. TAPI HARI NI POSITIF PULAK. TIPU AH!
Mula-mula kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu,
HARI UJIAN DIBUAT dan,
VIRAL LOAD
Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi.
Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI.
Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.
Waktu Bila Viral Load Close Contact Tinggi?
Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi?
Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif.
Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.
Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak?
Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu.
Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.
Close Contact Buatlah Ujian Kendiri Hari Ke 3-5
Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia.
Dan kalau kita tiba-tiba bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Dalam kes mula-mula buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi.
PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri dan 15 minit dah dapat keputusan.
Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) :
Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu.
Buat ujian apabila bergejala
Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.
Jika nak rambut berbau wangi dan berkesan dalam mengatasi masalah kelemumur boleh cuba petua mudah guna daun limau purut.Mudah sangat caranya malah menggunakan bahan semulajadi yang ada di dapur je.
Bukan apa, kadangkala penat bertukar macam-macam jenis syampu dan boleh tahan harganya namun hasilnya tetap sama, apa kata cuba petua lama guna daun limau purut ini pula.
Bahan Diperlukan:
10 helai daun limau purut
Air Secukupnya
Cara Membuat:
1. Ambil daun limau purut, cuci bersih dan kisar bersama dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.
2.Kalau rajin boleh je tumbuk dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
3.Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan letakkan di kepala.
4.Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
5.Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye. Bilas sehingga bersih.
Mingguan Wanita:Tak salah mencuba petua lama yang terbukti berkesan ini. Guna pes daun limau purut bukan sahaja ramuan semulajadi yang boleh wangikan rambut malah boleh atasi masalah kelemumur juga.
Selain syarat yang dinyatakan di atas, wanita ini Norrul Jannah Ali buat semua tip yang dikongsikan ini untuk mengembalikan berat badan ideal yang jadi idamannya itu. Sebelum ini, berat ibu ini 95kg. Awal bulan Mei, Norrul dah mulakan Diet Suku Suku Separuh. Selepas 6 bulan, dia berjaya hilang 30kg menjadikan beratnya ketika itu 65kg.
Untuk membuang 30kg berat dalam masa enam bulan, Norrul lakukan ini.
“Konsisten jaga makan.. masih makan sedap-sedap. Tapi dalam kuantiti yang terkawal. Road to 55kg.” Maklumnya dengan Mingguan Wanita, berat terkini sudah pun 60kg.
“In sha Allah sebelum 2021 target untuk dapatkan berat 55kg.”
Waktu Ini Berat Dah Turun 75kg
Dulu-dulu gemuk, tapi masih feeling kurus.
Dari 95kg ke 75kg. Target lagi 15kg. Syukur ada sahabat yang selalu share ilmu dan bagi kata-kata semangat.. tq beb Meera Edora.
Ini Tip Norrul Hilang 30kg Dalam 6 Bulan
Sarapan Sebelum Pukul 9 Pagi
Biasa saya ambil telur rebus dan 2 keping roti wholemeal dressing kewpie hot spicy dan teh hijau.
Nasi lemak masih makan tapi dengan telur, sambal kosong.. lebihkan timun.
Snacking Pagi Biasa Dalam Pukul 11
Antara snacking pilihan saya; buah betik, jambu batu, persimmon (pisang kaki), dragon fruits (buah naga) dan gajus.
Lunch Pukul 2
Nasi suku, protein suku, sayur separuh pinggan.
Saya kurangkan yang berminyak dan bergoreng.
Makan sama menu dengan yang saya masak untuk anak-anak.
Tapi kuah saya tak ambil.
Snacking Petang Pukul 4
Dinner Sebelum Pukul 7
Sama macam lunch, elakkan makan malam.
Minum air putih dengan cukup.
Tidur sekurang-kurangnya 7 jam.
Dan jangan stress.
Percayalah, tak perlu apa-apa ubat untuk kurus, cuma perlu kuatkan hati sahaja.
Untuk Workout
Saya follow di YouTube Leslie Walk. Kadang-kadang buat Tabata.
Guna Apps Ini Untuk Kira Kalori
Pernah Hidap Hypotiroid
Perjalanan mendapatkan berat badan ideal Norrul bukan suka-suka. Semuanya bermula apabila dia pernah mengalami hypotiroid. Mengakibatkan dia selalu penat dan letih.
Dari situ dia mula meletakkan matlamat mahu hidup sihat. “Start diet. Bila start aktif, macam-macam benda boleh buat.. hidup lebih enjoy.”