Rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Pelakon adik-beradik, Kuza dan Kunie diarah Mahkamah Sesyen, di sini untuk memfailkan pembelaan terhadap saman fitnah yang dikemukakan terhadap mereka.

Dakwaan Tidak Dibenar Bergambar

Saman oleh bekas abang ipar yang juga Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan anak lelakinya selepas dakwaan kakak mereka, Tengku Sarina Tengku Mohd Muzani atau Kuna tidak dibenar bergambar dengan tetamu kehormat dalam satu majlis perkahwinan anaknya kerana berstatus janda.

Dakwaan Status Janda Tak Dibenar Bergambar Dengan Tetamu Kehormat, Bekas Abang Ipar Fail Saman Fitnah
Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar

Perkara itu dimaklumkan peguam, Aizul Rohan Anuar yang mewakili Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Mohd Muzani dan adiknya, Tengku Sariwani atau Kunie pada pengurusan kes hari ini.

“Mahkamah mengarahkan supaya pembelaan itu difailkan sebelum atau pada 5 Julai ini. Kes ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21 Julai ini,” katanya ketika dihubungi selepas prosiding secara dalam talian di hadapan Hakim Azian Othman.

Sementara itu, peguam Datuk Adnan Seman yang mewakili Rizalman dan anak, Nik Muhammad Hakimi berkata, mahkamah turut mengarahkan pihaknya untuk memfailkan afidavit balasan terhadap pembelaan yang bakal difailkan defendan pada 20 Julai ini.

Writ saman itu menamakan Kuza dan Kunie sebagai defendan pertama dan kedua.

Dakwaan Status Janda Tak Dibenar Bergambar Dengan Tetamu Kehormat, Bekas Abang Ipar Fail Saman Fitnah
Pasangan adik beradik pelakon, Kuniey, Kuza dan Kuna.

Kenyataan Berbaur Fitnah

Menurut penyataan tuntutan yang difailkan, Rizalman dan Nik Muhammad Hakimi mendakwa dua beradik itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap mereka melalui laman sosial Instagram dan TikTok sekitar Februari lalu.

IKLAN

Kenyataan yang dikatakan fitnah itu berkaitan Kuna pada majlis perkahwinan Nik Muhammad Hakimi yang juga anak Rizalman dan Kuna sebelum pasangan itu bercerai pada 5 Disember 2001.

Dakwaan Status Janda Tak Dibenar Bergambar Dengan Tetamu Kehormat, Bekas Abang Ipar Fail Saman Fitnah
Nik Muhammad Hakimi yang juga anak Rizalman dan Kuna.

Nik Muhammad Hakimi berkahwin dengan anak Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain pada 17 Februari lalu.

Sehari sebelum majlis persandingan, satu raptai diadakan memandangkan tetamu jemputan kehormat majlis itu adalah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Dakwaan Status Janda Tak Dibenar Bergambar Dengan Tetamu Kehormat, Bekas Abang Ipar Fail Saman Fitnah

Hanya 2 Wakil Setiap Keluarga

Pada majlis raptai itu, Kuna turut dijemput untuk persiapan majlis bagaimanapun selepas majlis raptai selesai, pihak pengantin lelaki dan perempuan dimaklumkan oleh pihak Istana Negara hanya dua wakil bagi setiap keluarga dibenarkan untuk berada di dalam bilik menunggu yang menempatkan pasangan diraja bagi tujuan bergambar.

IKLAN

Pada majlis diadakan 17 hingga 19 Februari lalu, Kuna ditempatkan semeja dengan Rizalman dan isterinya, serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan isteri, Timbalan Menteri Pertahanan bersama isterinya dan beberapa kenamaan lain.

Kuza dan Kunie juga hadir dan ditempatkan di meja kenamaan serta diberi layanan istimewa selaku keluarga terdekat plaintif kedua.

Tidak Dibenarkan Berada Di Bilik Menunggu

Bagaimanapun, pada 26 Februari lalu, Kunie didakwa mengeluarkan kenyataan di Instagram mempertikaikan mengapa Kuna tidak dibenarkan berada di bilik menunggu bersama kenamaan lain dan mendakwa kejadian itu berlaku kerana pelakon itu berstatus janda.

Kenyataan itu turut disokong oleh Kuza yang turut mengeluarkan komen berbaur fitnah di bahagian komen dan turut mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur fitnah di laman Instagram miliknya sendiri.

IKLAN

Kunie juga didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah melalui video yang diterbitkan di laman Instagram miliknya dan video sama disiarkan semua di laman Instagram milik Kuza.

Mesti Baca :Banggalah Jadi JANDA BAHAGIA Daripada Ada Laki Tapi Tak Layak Bergelar Suami
Baca Lagi Di Sini: Realiti Selalu Terjadi, Isteri DIJANDAKAN Suami Untuk Janda Lain!
Artikel Menarik:2 Kali Pernah Bergelar JANDA, Gugur Air Mata Ifa Raziah Dalam Pendedahan Eksklusif BORAK KELAMIN!

Mingguan Wanita: Apa juga permasalahan dan dakwaan yang dikemukakan semoga mendapat penyelesaian sebaik-baiknya.

Sumber:Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI