Lokasi penemuan seorang bayi lelaki yang cukup sifat. (Kredit : Sinar Harian )

Seorang lelaki terdengar bunyi dan pada mulanya sangkakan kucing, rupa-rupanya bayi cukup sifat dibuang di kawasan pembuangan sampah tersebut.

Allah sebaik-baik Pelindung, bayi tersebut selamat dan masih hidup. Siapalah yang tergamak membuang bayi yang belum mengerti apa-apa. Benar-benar bernasib baik ada insan yang prihatin.

Bayi Cukup Sifat Dibuang

Bayi lelaki cukup sifat ditemui di dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih hidup oleh seorang lelaki berusia 30-an yang kebetulan melintas kawasan pembuangan sampah berkenaan.

Gambar sekadar hiasan.

Terdengar Bunyi Sangkakan Kucing

Jelas Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman, siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan seperti terdengar bunyi yang disangkanya kucing.

Katanya, lelaki itu kemudian menghampiri kawasan pembuangan sampah berkenaan dan mendapati, bunyi berkenaan semakin kuat sebelum bertindak berusaha mencarinya.

Dibuang Di Kawasan Pembuangan Sampah

“Lelaki terbabit kemudian terkejut dengan penemuan bayi itu sebelum bertindak menghubungi pusat panggilan kecemasan MERS 999 untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada pasukan ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

IKLAN

Menurut George, bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil dan boleh berhubung terus pegawai penyiasat iaitu Inspektor Ab Zumin di talian 014-5521 425,” katanya.

Baca Juga Di Sini :

IKLAN

Walaupun Kenyataan Ini Memilukan, Ibu Tersilap Langkah Jangan Buang Bayi Anda, Serahkan Pada Baby Hatch!

Bukan Galakkan BUANG BAYI Tapi NAK SELAMATKAN NYAWA!

Terlanjur & Terberanak Tolong Jangan Buang Merata, ‘Baby Hatch’ Selamatkan Bayi

Remaja Tutup Mulut Bayi, Masukkan Dalam Beg Sekolah & Ayah ‘Tolong’ Buang!

IKLAN

Bayi Lelaki Dibuang Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak, Allahu Sampainya Hati!

Mingguan Wanita : Semoga ibu kepada bayi ini menyesal di atas perbuatan yang telah dia lakukan. Barangkali atas desakan hidupnya, dia terpaksa lakukan perkara ini. Namun membuang bayi bukanlah penyelesaian terbaik.

Sumber : Sinar Harian

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita