baby hatch

Kes pembuangan bayi makin berat. Sama ada bayi itu dikandung akibat sumbang mahram, rogol mahupun suka sama suka, anda yang tersilap langkah tidak ada hak membuang bayi itu. Berikan mereka peluang hidup dan membesar dengan keluarga angkat yang lebih baik.

Tak perlu letak bayi yang tak bersalah di tong sampah, surau, longkang mahupun semak belukar. Baby Hatch adalah tempat perlindungan bayi sebegini. Ada 12 cawangan di Malaysia. Moga perkongsian Cik Puan Reyna Ibrahim menerusi Move On Reyna Ibrahim ini membuka mata ramai pihak.

Puan boleh tolong saya? Saya nak bagi bayi saya pada orang. Saya tak nak jaga.”

Lama saya duduk memikir.

Hati cuba saya halangi dari terus membuat tuduhan atau kesimpulan. Siapa saya untuk menuduh si ibu itu bukan – bukan. Dia pasti punya kisah dan ceritanya yang langsung tidak layak untuk saya hakimi.

Saya fokus pada bantuan yang di minta. Lantas terkenang kembali lawatan saya ke Pusat Perlindungan Yayasan OrphanCare yang terletak di Kampung Tunku Petaling Jaya.

Ya….Baby Hatch kan ada?

Baby Hatch adalah tempat perlindungan bayi yang tidak begitu diketahui semua. Baby Hatch yang pertama adalah di Kampung Bukit Tunku Petaling Jaya.

Walaupun Kenyataan Ini Memilukan, Ibu Tersilap Langkah Jangan Buang Bayi Anda, Serahkan Pada Baby Hatch!

IKLAN

Saya ke sana lebih kurang 2 tahun lepas. Hanya kerana desakan ingin tahu memandangkan ada yang memaklumkan pada saya tidak begitu ramai bayi dihantar ke sana berbanding bayi yang dibuang ibunya merata- rata.

kenapa begitu….

Maka saya ingin tahu?

Apakah di sana ada kamera litar tertutup yang akan mengenalpasti wajah ibu yang meninggalkan anaknya? Maka saya ke sana sekadar untuk melihat sendiri. Umum pasti tidak begitu mengetahui….

Di Malaysia sekarang ada 12 Baby Hatch yang sedang beroperasi selepas Baby Hatch yang pertama dirasmikan pada tahun 2010.

IKLAN

Walaupun Kenyataan Ini Memilukan, Ibu Tersilap Langkah Jangan Buang Bayi Anda, Serahkan Pada Baby Hatch!

Ia umpama sebuah peti yang ruangnya amat selesa untuk memuatkan seorang bayi. Ada tilam bersih sebagai pengalas.

Ia mempunyai penggera yang akan berbunyi apabila.ada seorang bayi diletakkan. Serentak.dengan itu juga aircon dan lampu akan terpasang.

Penggera akan berbunyi bagi memaklumkan pada petugas bahawa ada bayi telah ditinggalkan di dalamnya. Kemudian petugas akan bergegas menguruskan bayi tersebut.

Di situ juga tiada sebarang kamera yang dipasang dan hal.ini tidak perlu dibimbangkan oleh para ibu yang ingin meninggalkan bayinya.

IKLAN

Saya kira….

Ini tempat paling selamat bagi mereka yang terdetik hatinya untuk membuang bayi. Jangan dibuang….

Serahkan pada tempat yang sepatutnya kerana pihak Yayasan OrphanCare ini juga akan menguruskan urusan pengambilan anak angkat bayi bayi ini.

Kita mungkin boleh membantu menyebarkan info tentang Baby Hatch ini dalam usaha mengurangi masalah pembuangan bayi .

Ini bukan satu sokongan kepada ibu yang tidak ingin menjaga anaknya. Ini hanya satu usaha membela anak anak yang dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.

Jangan kita persoalkan tindakan seorang ibu kerana Allah lebih tahu. Seharusnya kita mengalihkan fokus untuk membantu bagaimana seorang anak itu harus mendapat hak yang sepatutnya selepas dilahirkan ke dunia.

Sumber/Foto: Move On Reyna Ibrahim via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI