Bulan suci ramadan yang bakal berakhir beberapa hari lagi dicemari dengan insiden berita pembuangan bayi yang menyayat hati. Hinanya diri sang anak, apabila si ibu ambil jalan mudah tergamak buang bayi yang tidak berdosa di tempat yang kotor bagi menghapuskan bukti kelahiran.

Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan lemah dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (RR) Rawang arah utara, kelmarin.

Ditemui Masih Bertali Pusat

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemui seorang petugas pembersihan di tandas wanita ketika ingin melakukan kerja membersih kira-kira 9.30 malam.

IKLAN

“Ketika ditemui bayi berkenaan sedar dan menangis.Bayi yang dibungkus dengan kain batik dan masih bertali pusat serta uri itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya.

Ali berkata, bayi lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan pada bahagian badan dan kelihatan sempurna.

“Doktor tidak dapat mengesahkan bangsa bayi berkenaan, namun pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Bayi Lelaki Dibuang Dalam Mangkuk Tandas Stesen Minyak, Allahu Sampainya Hati!

IKLAN

Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.

IKLAN

Syukur bayi masih ditemui masih hidup dan keadaan selamat meskipun lemah.Buat wanita yang terlanjur, jangan menambah dosa dengan membunuh bayi yang tidak bersalah kerana hanya mahu menutup aib dan malu.Terdapat banyak pusat-pusat jagaan dan perlindungan yang menerima kelahiran bayi seperti ini.Letakkan mereka ditempat selamat dan jangan lakukan bayi seperti sampah yang boleh dibuang sesuka hati!

Sumber:hmetro & astro Awani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI