Isteri mati dibunuh di bilik hotel, ibu soal menantu “32 tahun ibu jaga, sampai hati kamu bunuh…”. Kematian seorang isteri di tangan suami yang mahu memutuskan soal perceraian antara mereka di sebuah bilik hotel di pekan Batu Gajah cukup menggemparkan.
Nisya Shahkila Shaharun, 32 yang diuji dengan masalah rumahtangga pergi menemui suaminya bagi menyelesaikan masalah antara mereka sebelum berakhir dengan kematian akibat ditikam.
Isteri Mati Dibunuh Di Bilik Hotel
Selepas menikam isterinya hingga mati, Hairil Anaas Abdullah,37 yang juga bekerja sebagai pemandu lori pergi sendiri ke balai polis sebelum ditangkap.
Hari ini, tertuduh Hairil Anaas Abdullah,37, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh hingga menyebabkan kematian terhadap Nisya Shahkila Shaharun, 32, bulan lalu.
Ibu Soal Menantu “32 Tahun Ibu Jaga, Sampai Hati Kamu Bunuh…”
Namun apa yang menyebakkan tatkala melihat wajah tertuduh, ibu Nisya iaitu Rozita Radzuan, 56 dilihat gagal mengawal emosi sebaliknya menyoal perbuatan tertuduh.
Dirinya yang berjalan dalam keadaan dipapah ahli keluarga melahirkan kata-kata kesal kepada menantunya yang dalam keadaan bergari dan diiring pihak polis tatkala melihat tertuduh dibawa keluar dari Lokap Mahkamah Majistret Batu Gajah.
“Anaas sampai hati sanggup kamu bunuh anak ibu. Nisya itu baik. 32 tahun ibu jaga anak ibu,” katanya dalam nada sebak.
Ads
Memetik laporan Malaysia Gazatte, tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin kerana kes bunuh adalah bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, penganggur itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Pekan Batu Gajah antara jam 7.30 pagi hingga 2 petang, pada 20 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.
Ads
Tiada ikat jamin ditawarkan kepada tertuduh, dan mahkamah menetapkan 9 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat, dan DNA (ujian asid deoksiribonukleik).
Ketika prosiding berlangsung, ia turut dihadiri ahli keluarga mangsa termasuk ibu yang mengenakan pakaian berwarna gelap.
Motif pembunuhan dipercayai kerana lelaki berkenaan tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan cerai menerusi fasakh walaupun telah dipujuk. – MG Perak
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
35 tahun hidup sendirian, jodoh Salamiah Hassan hanya dua bulan. Suami meninggal mengejut. Ajal maut di tangan Allah taala. Ia sudah ditentukan sejak di luh mahfuz lagi. Pasti, setiap dari kita ingin berada di sisi pasangan andai takdirnya mendahului kita. Namun manusia itu hanya mampu merancang dan Allah menentukan.
Berita pemergian suami tercinta yang baru dinikahi dua bulan lalu yang pergi secara mengejut ketika dirinya berada di Malaysia bagi memenuhi undangan nyanyian pasti memberikan kesan mendalam pada artis terkenal Salamiah Hassan. Suaminya, Gerry Hughes, 68, yang menetap di Tasmania, Australia dilaporkan meninggal dunia pagi semalam di saat dirinya di sini.
Memetik dari Harian Metro, berita sedih itu disahkan anaknya yang juga penyanyi Atilia Haron, hari ini.
“Kami sekeluarga menerima berita pemergian Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-fatihah,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Atilia, dia tidak dapat berkongsi punca kematian Allahyarham kerana masih menunggu perkembangan daripada ibunya.
“Nanti bila mama sampai rumah sana saya maklumkan. Saya nak tunggu mama sampai Tasmania untuk maklumkan kepada kami. Mama berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri undangan persembahan,” katanya.
Terdahulu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Gelombang dan Menghitung Hari itu melangsungkan pernikahan dengan Hughes yang berasal dari Liverpool, England dan menetap di Australia pada 1 September lalu.
Salamiah dan Hughes yang juga kenalannya sejak 15 tahun lalu dinikahkan dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.
Salamiah yang menceburkan diri dalam dunia seni sejak 1971 dengan menyertai program Bakat TV terbitan RTM, hidup sendirian sejak kira-kira 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz sejak 1986.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah.
Allahyarham Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.
SUAMI BOLEH DIDAKWA ROGOL ISTERI DALAM PERKAHWINAN
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi lagenda Indonesia yang terkenal dengan lagu keroncong, Hajjah Hetty Koes Endang, 64 berkongsi kegembiraan dan meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Afifah Qomariah Yusuf selamat melahirkan cahaya mata baru-baru ini. Sekaligus menjadikan penyanyi ini bergelar nenek pada 11 Ogos lepas.
Kongsi Wajah & Nama Cucu Hetty Koes Endang
Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Berdiri Bulu Roma-ku, turut berkongsi wajah cucu lelaki pertamanya dan nama pilihan bayi comel tersebut.
Arlo Astrodistira Arsanda nama pilihan cucu Hetty Koes Endang
“Alhamdullillahirobilalamin.. Telah lahir ke dunia cucu Bunda dari @afifahyusuf dan @faldoarsnd”
Arlo Astrodistira Arsanda
11 Agustus 2021
Pukul: 08:33
Berat: 3.11kg
“Selamat sekali lagi untuk kedua Ayah dan Ibu baru, Ibu yang kuat, sehat, semua mendoakan mu nak.”
Penyanyi kesayangan negara Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga sahabat baik Bunda Hetty juga ada mengucapkan tahniah buat mereka sekeluarga.
Hetty berkahwin dengan ahli politik, Yusuf Erwin Faishal pafa Julai 1991 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata.
Mingguan Wanita : Tahniah Bunda Hetty atas kelahiran cucu pertama dan bergelar nenek. Semoga bayi comel ini membesar dengan sihat.
Sumber/Foto: Instagram Hetty Koes Endang
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Siput babi dan beberapa jenis siput lain adalah makhluk perosak yang akan membuatkankan tanaman rosak sekelip mata. Makhluk perosak ini biasanya akan menyorokkan diri pada siang hari kerana cuaca panas tetapi keluar menyerang pokok pada waktu malam terutama selepas hujan.
Kesan kehadiran makhluk perosak ini di lokasi berkenaan dapat dilihat pada tanda-tanda berikut:
1. Ada banyak lubang di bahagian daun pokok.
2. Ada kesan cecair berlendir yang kering berwarna keperakan juga ditinggalkan pada daun dan juga pada jalan laluannya.
3. Bahagian pokok seperti batang, ranting dan sebagainya berselerakan di merata tempat.
Makhluk ini sebenarnya suka sangat memakan daun atau bahagian pokok yang mempunyai banyak air, berlendir dan sesuai dengan seleranya.
Pokok yang diserang akan menjadi hidup segan mati tidak mahu atau terus mati atau sukar dipulihkan semula walaupun mengambil masa yang agak lama bergantung kepada pokok yang terlibat.
Bagi mengelakkan kejadian ini terjadi langkah permulaan sebagai pencegahan boleh dilakukan iaitu dengan membersihkan kawasan di sekitar taman anda supaya tidak ada tempat atau kawasan yang terlindung, gelap, sejuk dan lembap yang biasanya menjadi sarang atau tempat berlindung makhluk perosak ini. Kalau terjumpa sarangnya musnahkan semua telur atau anak-anak yang banyak sekali bilangannya.
Ada beberapa langkah penghapusannya sama ada menggunakan racun kimia atau secara organik. Namun pada kali ini dipaparkan dulu kaedah yang mudah dan secara organik tanpa menggunakan racun.
Kaedah 1
Bunuh Secara Manual
Siput akan keluar pada waktu malam terutamanya selepas hujan. Anda boleh bunuh cara manual dengan memijak dengan kaki atau menghempapnya dengan benda keras seperti batu atau gunakan garam untuk membunuhnya seperti tersebut di bawah.
Kaedah 2
Penggunaan Garam
Langkah mudah dan ringkas membunuhnya ialah dengan menggunakan garam yang ditaburkan di sekeliling kawasan tanaman hiasan. Sebaik sahaja garam tersebut terkena bahagian anggota siput yang terdedah akan mati secara tiba-tiba hasil daripada tindak balas bahan kimia tersebut.
Inilah langkah-langkah mudah dan praktikal tanpa membahayakan untuk mengawal atau menghapuskan bilangan siput dalam taman.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...