Memang ada benarnya tanggungjawab anak-anak pada mak ayah, bukan sekadar perlu bagi duit belanja setiap bulan, namun sampai satu peringkat tanggungjawab emosi mereka pun kita ambil tahu.

Bukan apa kebanyakan mak ayah apabila semakin meningkat usia, jiwa mereka semakin sensitif. Masa dan perhatian daripada anak-anaklah yang lebih diperlukan berbanding duit belanja yang diberikan setiap bulan. Apabila berkesempatan, luangkanlah masa bersama-sama mereka.

Ini situasi dan pengalaman yang dialami oleh pelakon Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim, 46, berkesempatan balik kampung melakukan rutin menziarahi kedua orang tuanya di Kuantan.

Emosi Mak Ayah Semakin Sensitif

Menerusi perkongsian di Instagram,Pelakon Gerak Khas ini mengakui bahawa apabila usia mak ayah semakin meningkat, mereka semakin sensitif dan perlukan lebih perhatian.

Berikut perkongsian tersebut;

Lately saya noticed makin meningkat usia ayah mak kita, emosi diorang makin sensitive.Lepas spent masa dengan mak kat bawah,naik atas jumpa ayah pulak.Saya bertolak lepas Zuhur dari KL, sampai dalam pukul 3.30pm.Ayah tanya sampai bila stay dekat Kuantan ni? Saya cakap lepas jamak Maghrib, nak kena gerak balik.Terus dia hela nafas panjang pastu pandang tempat lain.

“Alamak aku ada buat salah ke?” cakap dalam hati.Pastu dia sambung “kenapa tak stay sampai esok?”.Saya susun ayat explain satu persatu jelaskan esok anak sekolah kena siap-siapkan pastu ada kerja kat ofis,pastu ada rehearsal & shooting & etc.Dia balas balik “Ni depan mata tanggungjawab jugak..bla..bla..bla..” Checkmate.

IKLAN

‘Wake Up Call’ Tanggungjawab Mak Ayah

Saya mintak izin keluar kejap.Terpana akal & hati.Tak tau nak cakap apa. Macam satu wake up call.Tanggungjawab pada ayah mak bukan sekadar hantar duit belanja tiap-tiap bulan.Macam-macam benda main dalam kepala.Rasa gagal pun ada.Menggigil dan sebak jap.Istigfar, terus cari wifey mintak peluk.Wifey faham dah benda-benda macam ni.

Bila dah reda sikit,saya naik atas semula.Tanya ada apa-apa lagi tak nak cakap?Dia terus tunjuk kuku dia dah panjang, mintak tolong potong.Sambil-sambil potong tu,saya cakap mintak ampun,redha & doa atas apa pekerjaan yang sebelum,sedang & yang akan datang.Dia senyap je.Bila bagi duit belanja,dia still senyap.Ending dia cakap “terima kasih”.Tu je.

Setiap orang dalam hidup ni ada macam-macam ujian,kan? Ujian saya,batas masa untuk lebih banyak masa dengan ayah & mak.Part ni saya takde doa yang spesifik,hanya mohon Allah permudahkan untuk saya balik selalu.Bersyukur sangat perjalanan darat hanya 2 jam KL-Kuantan tak perlu nak rentas laut.

IKLAN

Saya share sini untuk sama-sama kita doa & ambil iktibar.Ayah mak bukan setakat tanggungjawab kita bagi duit belanja.Sampai masa,tanggungjawab emosi pun kena ambil tahu sebab diorang jarang nak luah sbb tak nak kita risau.Selagi masih ada.Sampai masa kita akan rindu ini semua.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:NORMAN HAKIM Terharu Anak Bagi DUIT BELANJA Walaupun Tak Pernah Minta

Mesti Baca:Nafkah Isteri & Mantan Isteri Jangan Dilupa Walaupun Jenis Tak Meminta,” Norman Hakim

Artikel Menarik:Jaga Mak Ayah Dah Tua Tak Perlu Diingatkan, Sendiri Kena SEDAR

Mingguan Wanita: Ada benarnya, mak ayah kita apabila semakin meningkat usia, jiwa mereka semakin sensitif. Sampai satu peringkat, dia tak harapkan lagi duit yang kita bagi, sebaliknya hanya mahupan perhatian dan masa bersama anak-anak yang lebih bermakna.

Sumber: Instagram Norman Hakim
Follow kami
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita