Adibah makin kurus, kawal pemakanan. Ramai yang terkejut melihat foto penampilan terbaru yang dimuat naik sendiri oleh penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Adibah Makin Kurus, Kawal Pemakanan
Malah foto yang menunjukkan tubuh Adibah Noor. 52 semakin susut juga menjadi perbualan hangat warganet. Malah wanita bersuara lunak ini juga nekad untuk lebih menjaga tahap kesihatannya sejak lebih dua bulan lalu.
“Kenapa Nak Saya Sakit Ke? Doakan Yang Baik-Baik”
Menerusi perbualan di ruangan komen, Adibah yang suka melayan persoalan dari warganet menjawab beberapa persoalan. Dan ada yang bertanya adakah dia sakit, kerana bila badannya kurus kelihatan seperti sakit. Namun Adibah minta warganet doakan yang baik-baik buat dirinya.
Dulu 3 Bungkus Nasi Lemak, Sekarang Sebungkus Dah Memadai
Seperti mana yang dikongsi menerusi portal berita juga Adibah akui jika dulu dia mengambil tiga bungkus nasi lemak untuk sarapan pagi kini cuma sebungkus saja.
Malah dia juga mengawal pengmbilan makanan. Adibah juga kini hanya mengehadkan untuk makan sebanyak enam suap saja setiap kali makan.
Ads
Adibah juga turut kurangkan mengambil makanan dan minuman kurang sihat selain menjauhkan minuman bergula.
“Saya ambil makanan yang dimasak segar dan tak guna makanan diproses atau dalam tin,” ungkapnya.
Jaga Kesihatan Sebab Sudah Tua
Malah Adibah juga akui sudah tiba masanya dirinya menjaga kesihatan.
“Sudah tiba masanya saya jaga kesihatan sebab sudah tua.
Ads
“Lutut pun sakit, jalan jadi mengah.
“Jadi sekarang masa terbaik untuk mulakannya,” sambungnya.
Secara fitrahnya wanita berpasangan dengan lelaki. Sebelum berkahwin, pastikan selidik dahulu latarbelakangan pasangan yang ingin dikahwini bagi mengelakkan diri tertipu di kemudian hari. Apatah lagi jika tempoh perkenalan yang singkat malah menerusi aplikasi janji temu pula.
Hati wanita mana tidak hancur luluh apabila mengetahui suami yang dikahwini rupa-rupanya adalah seorang wanita. Lapor Tribunnews, wanita berusia 22 tahun itu tidak pernah mengesyaki ‘suaminya’ adalah seorang perempuan sepanjang 10 bulan berkahwin.
Wanita itu berkenalan dengan ‘suaminya’ yang menggunakan nama Ahnaf Arrafif menerusi aplikasi janji temu. Katanya, perkenalan dengan individu yang nama asalnya adalah Erayani terlampau singkat iaitu hanya dua minggu.
“Ketika itu, dia berpenampilan seperti lelaki dan tinggal di wilayah Lahat.
“Awalnya dia mengaku berkeja sebagai doktor dengan memiliki banyak kelayakan akademik dari luar negara,” katanya.
Beri Keterangan Di Mahkamah
Wanita itu berkata demikian ketika memberi keterangan di mahkamah berhubung kes ‘suaminya’ yang didakwa kerana pemalsuan berhubung kelayakan sebagai guru.
Erayani kemudian sempat tinggal selama seminggu di rumah bakal isterinya di Jambi.
Selama tinggal di rumah wanita itu, Erayani dikatakan bersikap baik dan mengaku bekerja sebagai doktor serta membantu merawat orang tua wanita terbabit yang sedang sakit.
‘Lelaki’ itu kemudian mengajaknya berkahwin dan perkahwinan mendapat restu daripada orang tua wanita terbabit dan keluarga angkat ‘suami’.
Selama beberapa bulan berkahwin, wanita itu juga sering bertanya asal usul ‘suaminya’, namun ‘lelaki’ itu tidak pernah menjawab.
Wanita itu juga mengaku tidak pernah bertemu keluarga kandung ‘suaminya’ dan hanya dibawa ke Lahat pada Disember 2021, bagi menemui ibu bapa angkat kepada ‘suaminya’ itu.
Selepas empat bulan berkahwin, ibu kepada wanita berkenaan mula curiga dengan menantunya yang tidak pernah membuka baju di depan orang.
Selama berkahwin, wanita terbabit juga mengaku belum pernah melihat alat kelamin suaminya.
Lelaki itu juga mengaku kepada isterinya dia memiliki hormon berlainan sehingga terjadi benjolan di bahagian dada yang sebenarnya adalah payudara.
Bagaimanapun, rahsia ‘lelaki’ itu terbongkar selepas ibu kepada wanita berkenaan memaksa Eriyani membuktikan jantinanya.
Mingguan Wanita: Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Sebelum berkahwin pastikan selidik dulu betul-betul latar belakang pasangan, supaya tidak tertipu.
Pelajar cemerlang, sudah tentu menjadi idaman untuk setiap pelajar. Sanggup berusaha bersungguh untuk mencapai cita-cita dan tak semestinya untuk membanggakan orang tua.
Namun, tak semua dianugerahkan untuk jadi pelajar cemerlang. Usaha macam mana pun kalau itu bukan rezekinya, setakat itulah yang mampu dapat. Bahagianya, bila kejayaan dirai dan pelajar ke depan untuk diberi penghargaan.
Bangganya. Tapi bagaimana dengan pelajar yang kurang bernasib baik dan kurang cemerlang. Mereka yang tidak berjaya atau gagal bukan malas tapi bukan rezeki untuk dapat pelajar cemerlang.
Inilah yang dikupaskan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh dalam perkongsian tentang ada sesetengah pihak tidak mahu meraikan kejayaan pelajar cemerlang. Sedangkan pendapatnya berbeza.
Ada sesetengah pihak tak setuju pelajar cemerlang diraikan, diberi penghargaan atas pentas, bahkan ada yang tak setuju mereka pegang kad tertera bilangan A yang mereka perolehi.
Maka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sambutan majlis kecemerlangan kurang disambut. Atau disambut dalam majlis tertutup.
Katanya untuk menjaga perasaan pelajar yang gagal dan dapat keputusan yang rendah.
Aku berbeza pendapat mengenai hal ini. Aku lebih suka pelajar cemerlang diraikan.
Kenapa bersungguh-sungguh tak nak raikan murid yang cemerlang ini?
Kenapa nak sekat hak mereka untuk bergembira atas kejayaan mereka? Kenapa?
Pada aku, murid cemerlang harus diraikan.
Itu usaha mereka. Itu titik peluh mereka. Itu pahit jerih mereka. Itu pengorbanan mereka. Dan bila mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?
Pelajar ini, usaha mereka berganda-ganda. Saat kawan-kawan mereka tidur, mereka bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.
Pelajar lain di waktu hujung minggu berseronok bersuka ria seolah tiada apa yang bakal berlaku sedangkan mereka ini menahan diri dan memilih untuk belajar dan belajar.
Pengorbanan Dibalas
Bukan pelajar cemerlang ini tak minat main, tapi demi sebuah kejayaan, pasti satu pengorbanan perlu dilakukan.
Mereka belajar, mereka minta tunjuk ajar, mereka usaha bersungguh-sungguh. Saat orang lain bersenang-lenang, mereka bertungkus lumus.
Sampai ketika keputusan diumumkan dan mereka berjaya, pengorbanan, pahit getir dan usaha mereka untuk dapat kejayaan tidak boleh diraikan pula. Hanya kerana nak jaga hati pelajar yang tidak banyak berusaha seperti mereka.
Hendak jaga hati murid yang malas sehingga tidak beri anugerah pada yang cemerlang dan melarang buat sambutan. Apa betul tindakan kita?
Pelajar Gagal Kurang Berusaha
Ya, aku tahu bukan semua murid yang yang gagal itu pemalas. Ada yang usahanya gigih, namun rezekinya setakat itu. Tapi lazimnya yang gagal itu kurang usaha mereka. Itu kelazimannya.
Dari dulu mereka yang cemerlang kita bagi anugerah secara terbuka. Aku ini bukan murid yang genius dan pintar. Tak pernah dapat naik pentas terima anugerah.
Namun setiap kali melihat rakan naik pentas terima anugerah, ia menjadi pendorong untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.
Dari kecil aku tanam niat dan ibu bapa selalu cakap,
“Belajar sungguh-sungguh. Kalau cemerlang dapat naik
pentas terima hadiah.”
Itu pendorong dan pembakar semangat.
Patutnya bila keputusan sebenar keluar, yang cemerlang perlu diraikan atas kejayaan mereka. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik dan kawan-kawan yang lain.
Yang gagal, pastinya akan bersedih. Akan kecewa. Itu normal. Itu tanggungjawab guru di sekolah dan ibu bapa di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.
Di sekolah, pihak guru tak pernah abaikan murid yang kecewa ini. Guru kelas, guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan semangat mereka. Menunjukkan laluan untuk sambung belajar yang sesuai dengan keputusan mereka.
Kekecewaan mereka jika kita pandai manipulasi akan jadi satu kekecewaan yang memberi pulangan tinggi di masa akan datang.
Kesedihan mereka ini bukannya berkekalan sampai mati. Tidak!
Namun semangat yang mereka perolehi disebabkan gagal bakal mengubah cara belajar mereka. Ini yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikan ramai tokoh terkemuka yang berjaya asalnya pernah gagal suatu ketika.
Kecemerlangan Bukan Mudah DIcapai
Ramai murid gagal menjadikan tangisan sewaktu rakan lain melangkah naik pentas terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat baru untuk mereka lebih rajin dan berusaha di masa akan datang.
Tangisan semalam menjadi punca senyuman akan datang.
Apa itu tidak bagus?
Kecemerlangan itu bukan mudah untuk dicapai. Tak kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan pada yang cemerlang, malah menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.
Pada aku, meraikan pelajar yang cemerlang adalah relevan sepanjang masa.
Pada aku-lah.
Mingguan Wanita : Raikan mereka sebab itu adalah hasil usaha mereka. Bagi semangat dan sokongan buat yang gagal dan kurang berjaya.
‘Kepala bayi tertinggal dalam rahim’. Hospital cuai, wanita ini trauma hilang anak sebelum sempat menatapnya.
Kasihan sungguh kepada ibu ini, sudahlah nyawa anaknya hilang, trauma yang dialami sudah tentu memakan masa untuk pulih.
Jika ibu lain gembira setelah melahirkan anak yang dikandung selama Sembilan bulan, berbeza sungguh dengan situasi yang dialami ibu dari Pakistan ini.
Wanita melalui detik trauma dalam hidup apabila kepala bayi dalam kandungan dipenggal dan ditinggalkan dalam rahimnya.
Begitulah situasi dilalui seorang ibu yang terpaksa menanggung detik ngeri dalam hidup dek kecuaian seorang kaki tangan perubatan dalam melakukan kerjanya dan menyebabkan kepala bayinya terpenggal sebelum ditinggalkan di dalam rahimnya.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Sindh, Pakistan.
Wanita berusia 32 tahun itu pada mulanya pergi ke sebuah perubatan di kawasan tempat tinggalnya.
Memetik laporan NDTV, menurut ketua unit ginekologi Universiti Perubatan dan Kesihatan Liaquat (LUMHS), Profesor Raheel Sikander, kecuaian itu disebabkan tiada doktor sakit puan, kaki tangan tidak berpengalaman itu telah menyebabkan dia berdepan dengan trauma.
Jelas Raheel, kaki tangan tersebut terpenggal kepala bayi berkenaan di dalam rahim wanita itu dan tidak mengeluarkannya.
Ketika pesakit tersebut berdepan dengan situasi kritikal, dia dikejarkan ke sebuah hospital terdekat di bandar Mithi, di mana tiada kemudahan untuk merawatnya.
Mereka kemudian bergegas ke LUMHS, di situ, keseluruhan mayat bayi berkenaan dibawa keluar dari rahim wanita itu.
Agak bernasib baik, tindakan pantas tersebut dapat menyelamatkan pesakit itu.
Susulan insiden itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Sindh, Dr Juman Bahoto telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi kes tersebut.
Jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti kejadian sebenar terutamanya situasi ketiadaan pakar ginekologi dan kaki tangan wanita di RHC tersebut.
Mingguan Wanita : Semoga wanita ini kuat berdepan dengan kehilangan nyawa anaknya dan kembali pulih daripada trauma yang dialami.
Satu tragedi kebakaran di Taman Rathna, Butterworth pagi Rabu semalam cukup menyayat hati bila mana seorang ibu ditemui rentung bersama anak angkatnya berusia sekitar 4-5 tahun. Lebih menyedihkan, kedua-duanya ditemui di ruang tamu rumah berhampiran pintu keluar dalam rumah yang hampir terbakar keseluruhannya.