Nur Nabila Najwa serah anak kucing melecur dibakar tiga lelaki untuk dipelihara pelakon Mustaqim Bahadon. Nur Nabila Najwa Azman adalah individu yang menyelamatkan seekor anak kucing yang melecur teruk selepas dibakar tiga lelaki di Kajang, Selangor pada April lalu.

Nur Nabila Najwa Serah Anak Kucing Melecur Dibakar Tiga Lelaki

Memetik laporan Harian Metro, kucing itu telah berjaya diselamatkan oleh Nur Nabila Najwa Azman, 27 April lalu. Video berkaitan kejadian itu menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di parkir motosikal sebuah flat.

Kejadian itu mencetuskan rasa marah orang ramai apabila perbuatan kejam itu tersebar di media sosial. Dua daripada mereka kemudian menyimbah cecair dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.

Nur Nabila Najwa Serah Anak Kucing Melecur Dibakar Tiga Lelaki Untuk Dipelihara Pelakon Mustaqim Bahadon

“Bermula dengan kisah menyedihkan di jalanan dan tular selepas dibakar, kini Socks dapat kehidupan baharu yang Insya-Allah lebih baik berbanding sebelum ini bersama pemilik baharunya,” kata Nur Nabila Najwa.

Nur Nabila Najwa atau dikenali sebagai Sonia di media sosial berkata, anak kucing itu dinamakan sebagai ‘socks’ secara spontan dan kini sedang menerima rawatan di sebuah klinik veterinar swasta di Ampang, di sini.

Menurutnya, anak kucing berkenaan mengalami kecederaan luka serius pada badannya dan kini dalam proses pemulihan.

“Keadaan luka juga semakin baik di bawah pemantauan klinik.

“Socks diambil oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sementara kesnya dalam siasatan pihak berkuasa. Sepanjang ia berada di sana, hati saya risaukannya biarpun dimaklumkan pihak JPV menjaganya.

Nur Nabila Najwa Serah Anak Kucing Melecur Dibakar Tiga Lelaki Untuk Dipelihara Pelakon Mustaqim Bahadon

“Apabila socks kembali ke pangkuan saya pada 7 Mei lalu, saya gembira dan terus menghantarnya ke klinik. Socks kuat semangat, mempunyai selera makan, sangat manja,” katanya.

Nur Nabila Najwa Serah Anak Kucing Melecur Dibakar Tiga Lelaki Untuk Dipelihara Pelakon Mustaqim Bahadon
Najwa bersama seekor anak kucing yang melecur teruk selepas dibakar tiga lelaki di Kajang April lalu yang tular dan mendapat perhatian netizen terutama pencinta haiwan. Gambar Harian Metro

Untuk Dipelihara Pelakon Mustaqim Bahadon

Kucing yang dinamakan Socks itu diserahkan kepada pelakon, Mustaqim Bahadon, untuk dipelihara selepas sihat dan kembali aktif.

“Alhamdulillah, Socks sudah semakin sihat, gemuk dan aktif, malah lukanya juga mengering serta pulih. Perkembangan kesihatannya membuatkan saya gembira dan lebih bersyukur apabila Socks juga sudah mendapat pemilik baharu.

IKLAN

“Walaupun Mustaqim artis (dikenali ramai) tetapi saya tetap membuat tapisan dan temubual untuk memastikan kebajikan Socks terbela.

“Mustaqim orang pertama menyuarakan hasrat mengambil Socks dan banyak membantu daripada awal,” katanya.

Dalam satu hantaran yang dibuat oleh Mustaqim Bahadon dilaman Instagramnya, pelakon lelaki itu juga begitu teruja membawa pulang Socks ke rumahnya.

Welcome home Socks.
Nanti kita jumpa abang dan kakak-kakak @mochaaxlattee
Thank you for everything @soniaahorann,” tulis Musraqim. 

Katanya, dia berharap dan turut percaya kucing berkenaan akan mendapat kehidupan lebih baik bersama Mustaqim dan beberapa kucing lain milik pelakon berkenaan.

“Selepas keluar wad di klinik veterinar, saya bawa Socks pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama sebelum diserahkan kepada Mustaqim.

“Sedih juga tetapi saya gembira Socks semakin sihat dan dapat pemilik baharu,” katanya.

Nur Nabila Najwa Serah Anak Kucing Melecur Dibakar Tiga Lelaki Untuk Dipelihara Pelakon Mustaqim Bahadon

IKLAN

Penterjemah swasta itu berkata, dia juga berterima kasih atas sokongan diberikan ramai kepadanya terutama sumbangan dana kos perubatan kucing itu sepanjang dirawat di klinik swasta.

“Terima kasih kepada penyumbang dan saya juga terima banyak sokongan sejak kisah Socks mendapat perhatian. Jasa kalian hanya Allah SWT saja yang dapat membalasnya.

“Keadaan Socks ketika ini melegakan hati saya, namun tetap berharap individu yang melakukan perbuatan itu diberikan hukuman setimpal dan kes dapat diadili agar jadi pengajaran kepada orang lain,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kisah kucing malang berkenaan yang diselamatkan Nur Nabila Najwa atau dikenali sebagai Sonia di media sosial.

Sumber: Harian Metro Online  Harian Metro Online artikel 2 dan Instagram Mustaqim Bahadon

Baca artikel lain juga: Money Kucing Paling Bertuah! Rai Hari Jadi Di Butik Mewah, Siap Pakai Baju Haute Couture!

Rela Ikat Perut MAKAN Sekali Seminggu, Asalkan 6 KUCING Jagaan Tak Berlapar!

Kucing Jalanan Jadi Tarikan Pelancong Paling Popular, Dianggap ‘Paling Kacak Hebat’

IKLAN

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim
Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.
Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI