Siapa sangka kecederaan luka melecur di restoran boleh mendapat pampasan dan ganti rugi dalam jumlah yang besar.
Sebuah keluarga menerima sebanyak AS$800,000 (RM3.6 juta) selepas panel juri di Florida menganugerahkan ganti rugi tersebut kerana isu ‘nugget’ ayam, lapor portal berita Street77.com hari ini.
Tuntutan undang-undang itu dikemukakan terhadap sebuah syarikat makanan segera dan francaisnya, selepas seorang kanak-kanak mengalami luka melecur akibat makan nugget ayam yang didakwa terlalu panas.
Restoran Gagal Memberi Peringatan
Pada Mei lalu, juri memutuskan bahawa restoran tersebut dan pemilik francais itu bertanggungjawab kerana gagal memberi peringatan atau memberikan arahan wajar tentang kemungkinan bahaya nugget panas yang disajikan di restoran berkenaan di Tamarac.
Ads
Pada Khamis lalu, panel juri bersetuju memberikan ganti rugi itu kepada keluarga tersebut untuk rasa sakit dan penderitaan, cacat, penderitaan mental, ketidakselesaan dan kehilangan keriangan untuk menikmati hidup.
Ganti Rugi Kecederaan
Ads
Ganti rugi itu turut meliputi AS$400,000 (RM1.83 juta) bagi cedera yang dialami di masa lalu dan AS$400,000 untuk kerugian yang akan dialami pada masa depan.
Dalam satu kenyataan, peguam keluarga itu berkata: “Keputusan penting ini menyebabkan pengakhiran bermakna kepada proses undang-undang yang sukar dan berlarutan”.
Ads
Mesti Baca:Teman Wanita Curang, Lelaki Dapat Ganti Rugi ‘Dana Insurans Patah Hati' RM1,354
Baca Lagi Di Sini:Wang Dalam Bank Lesap Dicuri Anak Ketika Terlantar Sakit, Wanita Dapat Ganti Rugi RM27 Juta!
Artikel Menarik:Biadap Atas Rezeki, Wanita Koyak RM100 Lepas Dibayar Ganti Rugi Kereta Tercalar Di R&R
Mingguan Wanita: Tak sangka sebab nugget ayam terlalu panas dan mengakibatkan luka melecur, boleh mendapat pampasan dan ganti rugi yang tinggi.
Apabila mak ayah semakin meningkat usia dan mulai jatuh sakit, menjadi tanggungjawab anak-anak untuk memberi tumpuan dan menjaga segala keperluan mereka. Memang bukan mudah, apatah lagi terpaksa mengenepikan kerjaya seketika, namun demi berbakti kepada mereka, ia perlu menjadi keutamaan.
Menjaga mak sakit bukan pengorbanan tapi satu tanggungjawab itulah pendirian buat pelakon lelaki versatil, Azhan Rani,47 yang berkongsi pengalaman menjaga ibunya yang sedang sakit di hospital baru-baru ini.
Biarpun sibuk dengan urusan kerjaya dan jadual padat saban hari, pelakon Azhan Rani mengakui terpaksa mengetepikan beberapa tawaran yang datang kerana perlu memberi perhatian kepada ibunya yang sedang sakit.
Menurut Azhan, sejak lebih dua minggu lalu, ibunya, Salmah Budin, 77, dimasukkan ke hospital dan memerlukan pemantauan rapi selepas beberapa kali tidak sedarkan diri di rumah.
Mengambil tanggungjawab untuk menjaga ibu bersama adik-beradiknya, pelakon yang popular dengan drama Nur itu lega apabila keadaan wanita itu beransur baik dan kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta pemulihan.
“Sudah hampir sebulan saya tidak terikat dengan urusan kerja kerana mahu memberikan tumpuan menjaga ibu yang sedang terlantar di hospital. Dia kini hanya terbaring, tidak mampu untuk duduk dan berdiri.
“Ibu juga memakai pampers 24 jam, jadi anak-anak perlu menjaga dan menguruskan segala keperluannya. Buat masa ini saya bergilir-gilir dengan adik.
“Apa-apa pun saya bersyukur melihat ibu menunjukkan perkembangan positif. Mungkin sukar sembuh sepenuhnya kerana faktor usia, tetapi sekurang-kurangnya ibu dalam keadaan yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, Azhan mengingatkan anak-anak di luar sana agar tidak berasa susah atau terbeban menjaga ibu bapa yang sedang sakit kerana itu adalah tanggungjawab mereka.
“Saya akui menguruskan orang tua yang sakit sememangnya tidak mudah. Apatah lagi jika anak lelaki yang kena menjaga dan menguruskan ibu. Bagaimanapun kita kena buang perasaan malu, kotor atau geli nak bersihkan najis dan sebagainya.
“Saya harap bila orang tua kita sakit, anak-anak janganlah datang untuk melawat sahaja. Mereka tak perlukan pelawat tapi penjaga.
“Saya tidak melihat menjaga ibu bapa ini sebagai satu pengorbanan, tetapi tanggungjawab seorang anak,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu Astro yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Berkongsi perkembangan terkini, Azhan berkata, jadual kerjanya kembali sibuk bermula September ini apabila terlibat dengan penggambaran drama dan telefilem yang sudah dipersetujui.
“Insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar, saya akan memulakan penggambaran drama dan telefilem bulan depan termasuk menjalani penggambaran di Makkah. Kalau ada rezeki juga saya juga akan mengerjakan ibadah umrah pada Oktober ini.
“Selain itu, saya juga dalam persiapan untuk misi pendakian terbaharu di Nepal yang dijangka bermula tahun hadapan. Jadi pada Ogos ini, saya perlu mengikuti beberapa sesi latihan pendakian di Gunung Kinabalu.
“Bagaimanapun saya kena tengok juga perkembangan terkini kesihatan ibu dan mungkin perancangan akan berubah berdasarkan keadaannya,” katanya.
Ramai yang turut mendoakan kesembuhan bagi ibu Azhan Rani ini.
Azhan juga mengucapkan terima kasih di atas doa-doa semua pihak.Tidak lupa juga penghargaan buat seluruh team doktor, jururawat dan staf hospital KKB dan unit paliatif hospital selayang yang banyak berkorban menguruskan dan beri tunjuk ajar padanya.
“Terima kasih atas doa semua. Mak self rehab di rumah setelah 18 hari warded. jutaan penghargaan buat seluruh team doktor, nurse dan staf hospital kkb dan unit paliatif hospital selayang yang banyak berkorban menguruskan dan beri tunjuk ajar.”
“Semoga Allah bukakan seluas-luasnya pintu rahmat, rezeki dan kesihatan yang baik buat anda semua. terima kasih juga yang memahami dan memberi ruang privacy buat kami. in shaallah doa yang baik-baik sentiasa buat kalian juga,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah buat Azhan Rani menunaikan tanggungjawab sebagai anak, berbakti menjaga ibu yang sakit. Semoga diberi kesembuhan buat ibu tersayang.
37 tahun melibatkan diri dalam industri seni bukan lah satu tempoh yang sekejap. Berlakon sejak dari zaman kanak-kanak, Bell Ngasri atau pemilik nama sebenar Nasrizal Ngasri,42 ini meluahkan rasa syukur atas sokongan peminat dan orang ramai yang tidak berbelah bahagi kepadanya.
Lebih-lebih lagi apabila buat pertama kalinya namanya tersenarai sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell menyifatkan pencalonannya itu sebagai sejarah peribadi buatnya. Sambil berseloroh, mengatakan pengundian mereka lebih dari pilihanraya.
Jika betul-betul dikira 37 tahun sebenarnya usia saya dalam bidang ni (tak nak la bagitau umur sangat sebab orang tau dah pon). Ada juga rasa letih pada ketika menjelang 30 tahun dalam bidang ni. Siapa tak letih..
Fikir nak jadi macam adik-adik saya yang lain cukup sebagai contoh. Lebih berjaya sekarang sebagai ahli perniagaan @ pergi la ke bidang-bidang lain yang mungkin boleh bagi suasana atau nafas baru la.Takde ditakuk lama sama je berpuluh-puluh tahun tak ada perubahan orang kata.
Orang pun tak respect sangat kita sebenarnya kalau buat benda tuuuu je..Tapi saya buat, saya teruskan sebab saya bukan nak respect tu pun.
Lagi satu sebab dalam otak saya ni selalu cakap ada lagi yang nak tengok saya, ada lagi kerja-kerja atau watak-watak yang saya tak buat lagi..atau lagi perit, kawan-kawan artis semua tak nak buat, habis siapa nak buat watak atau keje tu?
Dengan sokongan undian saya ni, bukti la pada orang-orang yang sebelum ni cakap gitu pada saya, tu salah la. Juga pada mereka yang tak hargai hasil kerja orang lama (tak nak lah cakap lama sebab saya muda lagi hehehe) atau mungkin muak pada insan yang lama dalam bidang ni salah le.
Alhamdulillah..tak pasal-pasal lepas dapat top 5 ni dan orang-orang mengundi mengalahkan nak pilihanraya je. Ini pun saya dah cukup bersyukur sangat-sangat!
Apa pun terima kasih buat semua-semua yang tiba-tiba hadir dalam hidup saya ni. Moga perhubungan saya & semua orang melalui bidang saya ini sentiasa berkekalan sampai bila-bila. Amin, Insyaallah. Tiada kata-kata lain, sokongan semua ni hadiah yang cukup besar dah buat saya.Amin ya Rabbal Alamin.
Mingguan Wanita: 37 tahun berada dalam industri seni bukan tempoh yang sekejap. Selayaknya Bell Ngasri diiktiraf dan diberikan peluang untuk mendapat anugerah yang sewajarnya.
Ajal dan jodoh sememangnya ketentuan tuhan. Namun sebelum membuat keputusan melibatkan kehidupan dan perkahwinan, sebaiknya fikir dahulu dan dapatkan nasihat daripada rakan-rakan mahupun keluarga terdekat. Supaya tidak menyesal dengan keputusan yang dilakukan.
Seorang nenek berusia 83 tahun yang tular kerana mengahwini jejaka umur 37 tahun akhirnya mengumumkan perpisahan mereka selepas mengaku berasa penat menjaga suaminya, lapor portal berita LadBible semalam.
Iris Jones menjadi perhatian di seluruh dunia apabila dia mendedahkan kisah cintanya bersama lelaki muda dari Mesir, Mohamed Ibriham.
Pasangan itu berkahwin pada 2020 dan sejak itu, Ibriham berpindah ke banglo milik Jones di Weston-super-Mare, England dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya Tesco.
Meskipun Jones sering memberitahu orang ramai bahawa cinta mereka sejati, ia malangnya tidak berkekalan dengan pasangan tersebut akhirnya membawa haluan masing-masing bulan lepas.
“Saya berasa penat kerana perlu menjaganya. Saya perlu melakukan semua pekerjaan di rumah, daripada memasak, mengemas dan membersihkan rumah.
“Lebih baik saya berpisah dengannya. Saya sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakan mengenai Ibriham sebelum ini.
“Saya menyesal mengenali dia dan sedar bahawa suami terbaik ialah suami (bekas suami) pertama saya, Gwyn,” katanya.
Tambah Jones, dia mengaku telah jatuh cinta pada Ibriham disebabkan paras rupa lelaki itu.
“Mungkin imej yang ditampilkan membuatkan saya menyukainya. Jika dia mempunyai perut buncit atau botak, pasti saya tidak akan tertarik dengannya,” katanya.
Mingguan Wanita: Bab perkahwinan memang kena fikir panjang dan dapatkan nasihat daripada keluarga serta rakan terdekat dahulu. Bukan hanya ikut kata hati. Apatah lagi, jarak umur yang jauh, supaya tidak menyesal kelak.
Selepas 21 hari dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dirinya bersalah atas kesalahan rogol, hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan sementara Da'i Syed.