Jika anda penggemar haiwan peliharaan terutamanya kucing, anda pasti ingin melakukan yang terbaik buat binatang yang menjadi antara binatang kesayangan Rasulullah S.A.W ini.
Begitu juga halnya buat pengasas tudung mewah Bawal Exclusive, Haliza Maysuri dan suaminya, Mohd Rosli Awang yang mencuri perhatian apabila membawa kucing kesayangan mereka, Money, menyambut hari lahir yang ke-7 di outlet fesyen mewah jenama antarabangsa.
Ads
Menerusi video dimuat naik di Instagram peribadinya, Haliza dan ahli keluarganya membawa kucing mereka ke butik Louis Vuitton yang terletak di ibu negara.
Ads
Tambah Haliza lagi, ini merupakan kali pertama dalam sejarah apabila Louis Vuitton Malaysia menjemput dan meraikan hari jadi haiwan peliharaan di butik mewah milik mereka.
Ads
“Satu penghargaan bagi kami sekeluarga boleh bawa Money masuk mall, sebab Money memang sudah kami anggap anak bongsu kami,” ujar Haliza yang turut berkongsi Money menerima hadiah istimewa dari jenama mewah tersebut selain hadiah yang ditempah khas untuk Money diterbangkan khas dari Paris nanti,” ujarnya.
“Alhamdulillah anak Papa 7 tahun hari ini. Selamat ulang tahun Money. Mama, Papa doa untuk Money panjang usia dengan sihat dan cerdik,” kata Haliza.
Menariknya, selain diraikan dengan penuh kemewahan, si bulus yang menjadi kesayangan keluarga Bawal Exclusive ini turut menggayakan persalinan yang ditempah khas di Haute Couture By RI, milik pereka fesyen terkenal Dato’ Rizalman Ibrahim.
Bekas isteri Hisyam, Mel anggap perpisahan punya hikmah. Setiap hubungan rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Ada pasangan yang berjaya menjalani kehidupan sebagai suami isteri sehingga akhir hayat dan ada juga yang sebaliknya.
Mahligai yang dibina pelakon, Hisyam Hamid bersama Rosmawati Hanafi atau lebih mesra dengan panggilan Mel sejak 20 tahun lalu tidak dapat diselamatkan dan masing-masing memilih untuk berpisah.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Mel menyatakan perceraian yang berlaku adalah satu kehilangan yang berat serta meninggalkan pelbagai pertanyaan kepada dirinya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu walau bagaimanapun menganggap segala yang berlaku ada hikmahnya.
“Semua yang berlaku pasti bersebab. Setiap patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi. Saya mungkin berasa kehilangan sekarang, bergelut dengan soalan yang seolah-olah tiada jawapan.
“Saya melalui 1,000 perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Saya mengalami perkara-perkara yang menggoncangkan, mengubah, menghancurkan, membina dan mengajar saya lebih kuat yang pernah saya fikirkan.
“Hati saya mungkin terluka sekarang, tapi perasaan ini tidak akan kekal lama. Hati saya akan pulih semula pada masa yang terbaik.
“Namun buat waktu ini, sudah tiba masanya untuk jadi lebih kuat, reda dengan segala ketentuan dan memperbaiki diri,” luah Mel.
Semalam sewaktu menghadiri majlis sidang media pelancaran dua buah drama Astro, Hisyam Hamid telah mengumumkan perkahwinan yang dibina bersama Mel hampir 20 tahun sudah berakhir. Namun Hisyam enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar perceraian mereka.
Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah,17, dan Haydeen, 15.
Pempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Saksi kejadian berlari selamatkan mangsa dihempap pokok,-“tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.” “Saya berlari untuk selamatkan mangsa yang dihempap pokok, tetapi tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri,” kata saksi kejadian pokok tumbang, Muhammad Tariq Haikal, 24.
Menurut ejen hartanah itu, ketika kejadian dia berada di bangunan berhampiran lokasi sebelum berlari keluar untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.
“Saya cuba untuk menyelamatkan mangsa daripada terus dihempap dahan pokok, namun gagal kerana terlalu berat.
“Kejadian berlaku begitu pantas, saya lihat mangsa masih hidup ketika itu, tetapi kira-kira lima minit kemudian dia tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, seorang lagi saksi, Adey Iskandar Jalaluddin, 40-an, berkata, dia mendengar dentuman yang kuat sebelum melihat sebatang pokok tumbang menghempap beberapa kenderaan.
Pegawai bank itu berkata, ketika kejadian dia berada di dalam pejabat berhampiran lokasi. Terkejut dengan kejadian itu, katanya, dia segera keluar dari bangunan pejabat untuk ke lokasi dan melihat orang awam sedang membantu mengeluarkan beberapa mangsa di bawah pokok.
“Pokok itu tumbang di laluan utama dan ketika itu difahamkan kereta sedang berhenti kerana lampu isyarat merah,” ujarnya.
Pokok yang tumbang di Jalan Sultan Ismail dikenal pasti sudah berusia lebih 50 tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pemeriksaan pokok-pokok di Kuala Lumpur dilakukan secara kerap oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pemantauan dibuat dua tahun sekali.
“Pokok yang tumbang hari ini kita kesan merupakan pokok lama berusia lebih 50 tahun yang berada di bawah pemantauan pihak swasta.
“Kita juga telah mengenal pasti banyak pokok berusia sekitar 50 sehingga 80 tahun di ibu negara yang mana pokok-pokok ini hanya menunggu masa untuk tumbang lebih-lebih lagi keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata, DBKL juga akan melihat garis panduan yang perlu diambil agar memastikan pokok-pokok sudah tua ini diambil bagi keselamatan orang awam.
Katanya, pemantauan akan dilakukan bagi mengesan berapa banyak pokok tua yang ada di ibu negara.
“Data berapa banyak pokok tua kita tidak ada buat masa ini, tetapi pemantauan akan dilakukan,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, perbincangan masih dilakukan berhubung pemberian pampasan kepada mangsa-mangsa terlibat.
“DBKL kebiasaan akan ambil tindakan dalam mengenal pasti profil mangsa dan sebagainya,” katanya.
Tambah Dr Zaliha, kerja-kerja pembersihan di kawasan kejadian dijangka selesai selewat-lewatnya malam ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, pokok tumbang itu menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Dua mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail dipercayai pemandu e-hailing dan penumpang warga Sweden.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof berkata, insiden kira-kira jam 2 petang itu melibatkan 17 kenderaan pelbagai jenis yang dihempap pokok terbabit.
Operasi di lokasi kejadian turut melibatkan kekuatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lapan pasangan kembar belajar di Sekolah yang sama, cikgu selalu keliru. Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan kembar belajar di sekolah tersebut.
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru. Kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.
Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.
“Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.
“Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah,” katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.
Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.
Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. –