Doa Anak Lelaki Diangkat Terus Ke Langit -Dato' Rizalman Ibrahim

Wahai anak lelaki mahupun perempuan, selagi mak dan ayah kamu masih ada, berdoalah untuk mereka. Sayangi mak ayah dengan sepenuh jiwa raga. Nasihat ini klise bunyinya, tapi takkan pernah bosan mendengarnya.

Kerana percayalah, apabila mak dan ayah sudah tiada, kenangan dengan mereka takkan dapat dibayar kembali dengan duit yang berkepuk-kepuk. Momen itu terlalu mahal.

Ekskusif.. yang tuhan beri cuma sekali. Takkan dua.. takkan tiga kali.

Membaca catatan yang dikongsikan pereka terkenal tanahair, Dato’ Rizalman Ibrahim mencuit emosi seorang anak.

Betapa mak ayah yang telah tiada itu, akan begitu dirindui kehadirannya. Dan apabila mak dan ayah telah tiada, cuma doalah yang dapat anak-anak kirimkan. Tiada lagi pelukan kasih mahupun bakti secara fizikal.

 

Fail-fail Lama Yang Membuka Cerita..

Tengah mengemas barang-barang dalam kotak untuk berpindah rumah, terjumpa fail-fail lama. Terselit satu-satunya surat yang pernah dikirim oleh bapak beserta dokumen yang berkaitan sepanjang saya menuntut di UiTM dahulu.”

Tersimpan kemas oleh Allahyarham yang sifat OCD nya itu di warisi oleh saya. Walaupun beliau tidak begitu bersifat bapa yang manja dan boleh bergurau. Namun figuranya tetap kami hormati.”

Menyelak kembali fail ini, saya merasa amat bertuah kerana ibu dan bapa telah melaksanakan apa yang mereka termampu untuk membesarkan anak-anak selama 8 orang.

IKLAN

Dan saya merupakan tugas terakhir mereka berdua.”

Dalam keadaan yang ‘cukup makan’ mereka gagahi juga menghantar saya serta memberi kebebasan penuh untuk saya melakar corak kehidupan saya.

Pernah suatu hari di cuti penggal semester, ketika saya membancuh warna membuat tugasan fakulti di rumah.

Emak pernah bertanya, “Hang isok nak kheja apa la kalu bancoh-bancoh warna ni Maman oi..?”

‘Rasa menyesalkah mereka pada keputusan aku ni? Atau mereka rasakan duit yang ada secupak itu dicubit oleh aku dengan sia-sia?

IKLAN

 

Dalam Bank Cuma Ada RM20

Lihatlah bank akaun saya ketika itu.. RM20 je yang ada. Kadang-kadang lapar seharian, kadang-kadang dah tak tahan diangkat juga gagang telefon di fakulti meminta wang di masukkan kerana mahu terus hidup.”

Dari mana bapak dapatkan wang yang aku minta, aku tak pedulikan.

Di dalam fail ini ada tertera nama-nama individu yang terpaksa bapak pinjam sementara untuk melayan panggilan duit aku.

Kini aku hidup senang, tapi mak bapak dah lama tak ada. Aku rasa menyesal memikirkan kalau antara masa aku makan sedap di UiTM hasil kiriman wang bapak sedangkan mereka berdua di rumah terpaksa berkongsi sekeping roti di rumah.”

IKLAN

Aku kesal kalau ada masa aku gunakan wang itu untuk menonton wayang di KL sedangkan mereka bercatu beras.”

 

Doa Anak Lelaki Diangkat Terus Ke Langit -Dato' Rizalman Ibrahim

Doa Anak Lelaki Diangkat Terus Ke Langit – Dato’ Rizalman

Buat mak dan bapak, sebagai yang telah dijanjikan oleh Allah. Doa anak-anak lelaki itu diangkat terus ke langit.

Moga ‘bekalan’ yang lebih hebat serta lazat-lazat dapat dinikmati mereka ketika ini walaupun rezeki sekarang tidak dapat dikongsi bersama.

Buat bapak sekali terima kasih kerana membesarkan aku dan buat emak pula, terima kasih juga kerana menerima Maman seadanya. Merdeka lah kamu dari sifat pentingkan diri sendiri.

Sumber/Foto : Rizalman Ibrahim