Kejamnya, Gara-gara beli kucing tanpa izin. Allahu hanya kerana membeli seekor kucing, seorang isteri cedera parah dek kerana ditetak oleh suaminya sendiri.
Bagai tidak disangka suami sendiri sanggup menetak isterinya dengan parang sebanyak 16 kali gara-gara jual beli seekor kucing tanpa izin.
Kejamnya, Gara-Gara Beli Kucing Tanpa Izin Suami
Kejadian tersebut berlaku di daerah Baayah, Lebak di Wilayah Banten di Indonesia.
Seperti mana yang petik menerusi Kompas.com, menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebak, Iptu Andi Kurniady berkata, suspek berusia 55 tahun pada awalnya mendapati isterinya berusia 37 tahun melakukan satu transaksi membabitkan seekor kucing.
Difahamkan juga, suspek berulang kali melarang isterinya untuk tidak melakukan jual beli kucing.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jangan terkejut kalau keadaan ini berlaku. Baru sama rata, suami curang dan isteri skandal dengan lelaki lain. Lumrah kehidupan yang tak pernah puas dan tak bersyukur dengna apa yang ada.
Kadang-kadang terfikir juga apa lagi yang tak cukup dengan pasangan masing-masing sehinggakan ada suami curang dan tak kurang pula isteri skandal. Sedangkan sebelum berkahwin, itulah pasangan yang kita inginkan sehidup semati.
Dalam perkongsian oleh @ibjela di media sosial memberitahu tentang seorang isteri yang sanggup skandal dengan lelaki lain hanya kerana diberikan sejambak bunga. Terus cair dan anggap lelaki itu romantik.
Hakikatnya, sudah ada suami yang bertanggungjawab, boleh pula cari yang lain, hanya kerana lelaki itu romantik.
Ada seorang isteri mempuntai suami yang baik, handsome dan bertanggungjawab. Tapi sedihnya, isteri ada skandal jugak. Sebabnya, lelaki yang skandal dengannya beri ayat mani dan romantik. Selalu bagi bunga. Itulah buat isteri cair.
Isteri ini pula, dah mula tak nampak kebaikan suami yang selama ini bayar rumah, kereta, semua bil bulanan beribu-ribu. Apa yang dia nampak bunga yang skandal beli hanya beberapa puluh ringgit saja.
Bila keadaan ini berlaku, pasangan ini berbincang dan berjumpa dengan pakar perunding perkahwinan. Apa yang dikatakan, suami mengadu sudak memberikan segalanya, tak pernah naik tangan, tinggi suara, mahu sekalipun nak curang. Peliknya, kenapa isteri sanggup buat begitu.
Daripada jawapan dari pakar perunding itu, kalau suami dah lakukan tanggungjawab sebaik mungkin kenapa pula tak boleh hadiahkan isteri sejambak bunga. Tackle isteri dengan ayat-ayat manis macam mula-mual bercinta dulu.
Dari fikiran suami, apa yang dikatakan itu betul juga. Tak susah pun nak buat sebab dia pun berduit, kerja pun tak adalah stress. Cuma, suami terlepas perkara macam ini.
Begitulah, baik suami atau isteri, perkara macam ini diambil mudah. Kemanisan rumahtangga makin pudar, jadi, jalan mudah dengan cari yang lain yang obleh buat dirinya bahagia. Jadikan pengajaran.
Mingguan Wanita : Baik isteri atau suami, jangan lepas kahwin terus hiang kemanisan macam mula-mula bercinta. Tanggungjawab itu dah satu kewajipan yang perlu diberikan tapi jangan dilupa untuk bahagiakan pasangan seperti awal-awal bercinta. Dah halal kan.
Siapa yang tidak kenal dengan pelawak, pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad. Kehidupannya cukup sempurna bersama isteri dan kehadiran 3 puterinya.
Seperti yng kita sendiri tahu, isterinya Zira Ayub pernah bekerja sebagai pramugari sebelum mendirikan rumahtangga. Namun, selepas berkahwin, dia ambil keputusan untuk berhenti, walaupun baru tiga tahu dalam dunia pramugari.
Rupa-rupanya ada sebab isteri Nabil Ahmad ini berhenti kerja, walaupun pada waktu itu, gajinya telah mencecah RM7K.
Terbaru dalam video yang dimuat naik penyanyi Zarul Umbrella di apikasi TikTok, Zira pernah menjadi ‘flower pot’ atau lebih dikenali sebagai model untuk syarikat penerbangan tersebut.
“Saya pakai uniform, duduk sebelah VIP. Itulah ‘flower pot’, apa yang kita panggil kalau jadi kru kabin. Jadi, kalau dalam majalah ada orang yang sebelah bos besar, itulah nama ‘flower pot’,” katanya.
Menurut Zira lagi, untuk menjadi ‘flower pot’ bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia perlu mengambil peperiksaan kali kedua selepas gagal dalam tempoh latihan.
Pada masa yang sama, gaji pada waktu itu sebagai ‘flower pot’ sangat besar dan lumayan , lebih kurang RM7K (kira-kira 15 tahun yang lalu)
Bagaimanapun, Zira berkata kerjayanya sebagai peramugari hanya bertahan selama tiga tahun sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nabil Ahmad.
“Sebab Haji (Nabil) ada cakap, ‘kalau awak terbang (kerja), macam mana kita nak jumpa?’” kata Zira.
Kata Zira lagi, suaminya juga sanggup membayar ‘gaji’ sama dengan pendapatannya sebagai pramugari.
.
“Saya cakap dengan haji, ‘kalau saya berhenti, awak kena bayar gaji saya. Berapa saya dapat, itulah yang awak kena bayar setiap bulan’ dan dia pun bersetuju,” katanya.
Nabil mendirikan rumahtangga dengan Zira Ayub pada 30 Semptember 2011 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Naira Mikayla, 10 tahun, Layla Medyna, 7 tahun dan Mishall Imani, 4 tahun.
Mingguan Wanita : Best juga kan. Moga bertambah-tambah rezeki Nabil sekeluarga.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Makan harta anak yatim. Bila mak ayah meninggal serentak dan sementelah tinggalkan jarta yang banyak, sudah tentulah akan berlaku perebutan dan tak kurang juga mengambil kesempatan.
Awalnya, mungkin untuk membantu dan menjaga anak yatim, tapi dek kerana harta yang banyak, mulalah saudara mara ‘kelabu mata’, lagi-lagi kalau anak yang dtinggalkan itu masih kecil dan rak tahu apa-apa.
Jangan main-main dengan harta anak yatim ini. Azabnya cukup perit. Kisah yang dikongsikan dari IIUMC tentang bagaimana anak yatim yang kehilangan mak ayah meninggalkan harta tapi sayangnya dinikmati oleh saudara terdekat.
Aku membesar dengan ibu, abah dan aku. 3 orang. Keluarga aku ni senang cerita, keluarga senang.
Ibu dengan abah, masing-masing ada kereta dan motor Harley Davidson. Lagi satu ibu aku ni dia ada rumah sewa dalam dua buah rumah flat. Setiap bulan dapat RM400.
Ditakdirkan ibu dengan abah aku kemalangan waktu bekerja. Sebab mereka berdua ni kerja dalam syarikat yang sama. Aku waktu tu umur baru 11 tahun.
Tahu apa jadi?
Sehari lepas pengebumian ibu dan abah aku, pakcik dan makcik aku hantar balik kampung dekat Kelantan duduk dengan nenek aku dan maksu aku.
Aku waktu tu tengah blur hilang ibu dengan abah serentak. Tiba tiba kena pindah negeri, pindah sekolah.
Aku cakap nak stay dekat rumah tapi pakcik makcik aku marah, suruh balik Kelantan.
Mulalah aku membesar dengan nenek dan maksu aku. Waktu ni aku memang dalam state confuse. Kena pindah sekolah. Lepas tu aku asyik terfikir rumah aku macam mana.
Tahun pertama makcik pakcik yang hantar aku balik Kelantan, tak ada seorang pun datang melawat.
Aku setiap hari, duit belanja makan semua maksu dengan nenek yang bagi. Itupun sebab maksu dengan nenek aku berniaga sarapan depan rumah setiap pagi.
Tahun kedua raya haji, baru makcik pakcik aku balik. Tahu diorang balik guna apa? Pakai kereta arwah abah dengan ibu aku. Aku ingat lagi kereta Proton Perdana abah aku dengan Toyota Vios ibu aku.
Bila aku cakap, “Eh, ni kereta ibu dengan abah.” Diorang marah cakap bukan. Ni kereta diorang sebab diaorang tolong bayarkan, kalau tak, kereta kena tarik.
Aku waktu tu cakap, kereta ni ibu dengan abah punya. Arwah ibu dengan abah cakap dah habis bayar. Tapi diorang cakap, arwah ibu dan abah aku menipu.
Balik tu diorang bagi aku berapa? RM100 sahaja. Jadi tahun demi tahun aku memang tak puas hati. Setiap kali balik, aku nampak makcik pakcik aku dengan anak dia, hidup makin mewah.
Tapi aku? Sepanjang duduk situ, baju baru setakat baju raya. Yang lain? Baju yang orang kampung situ derma.
Habis SPM, makcik pakcik aku suruh sambung belajar dekat Kelantan. Tapi waktu ni aku menipu cakap dah apply Kelantan dengan Terengganu. Padahal aku apply dekat selatan tanah air. Aku nak balik rumah aku dekat Johor.
Waktu diterima masuk belajar di selatan tanah air, aku pergi senyap-senyap bawa beg dokumen. Aku cuma ada duit yang aku kumpul dalam tabung. Semua tak tahu aku belajar di mana.
Aku pergi rumah lama. Tengok ada keluarga lain duduk situ. Sambil belajar, aku fikir apa yang aku nak buat. Itu tak termasuk aku kena kerja part time sebab nak cari duit belanja.
Masa umur aku 20 tahun, waktu ni era Facebook tengah rancak, aku nampak post satu peguam ni. Dia kongsi cerita pasal situasi yang hampir sama dengan aku.
Aku pun PM peguam tersebut dan cakap aku ada masalah sama macam tulisan dekat wall Facebook dia. Jadi lepas seminggu, dia pun datang Johor dan jumpa aku. Aku pun explain satu persatu situasi aku. Waktu tu cuma mampu bagi dia dalam RM200 untuk consultation padahal bayaran sebenar mahal.
Tapi peguam tersebut cakap tak apa. Bayaran nanti selesaikan.
Jadi lepas 2-3 hari, aku pun tunjuk dia rumah arwah ibu dan abah aku. Lepas tu tunjuk rumah sewa, kereta dan motor.
Jadi peguam ni cakap, dia akan buat kira-kira dan kertas kerja.
Dalam 2 minggu, kami jumpa balik.
Rumah tu sebenarnya dah di jual 7 tahun lepas. Harga dalam RM 820,000.
Bab rumah sewa pula, katanya sebelum ni memang arwah ibu aku sewakan harga RM400. Tapi bila disiasat, rupanya tahun ibu dan abah aku meninggal, makcik pakcik aku dah naikkan harga RM500 sebulan. Dan 2 tahun selepas itu, naik RM550 dan sekarang dah RM650 sebulan.
Bila check bahagian kereta pula, memang sah ibu dan abah aku dah habis bayar. Yang satu tu 7 tahun dah habis bayar dan lagi satu tu hanya perlu bayar lagi 7 bulan.
Motor Harley Davidson tak tahu sebab aku tak ingat nombor plat. Jadi tak boleh cari. Tapi yang paling penting, selama ni aku tak tahu, di sebabkan kematian arwah ibu dan abah di tempat kerja, mereka dapat pampasan berjumlah RM720,000.
Aku waktu dengar tu memang terkejut. Sebab selama ni aku tak tahu.
Wang pampasan tu sepatutnya makcik dan pakcik aku kena serahkan bila umur aku dah capai legal age 18 tahun. Makcik pakcik aku tak pernah bagitahu.
Kau bayangkan, setahun selepas arwah ibu dan abah meninggal, makcik pakcik aku dapat wang pampasan banyak tu.
Aku? Tak dapat langsung. Yang dapat, itulah RM100 setiap kali diorang balik cuti raya.
Buka Kes, 5 Tahun Tuntut Hak
Lepas 6 bulan, aku siapkan segala dokumen, akhirnya aku buka kes. Waktu ni lah aku baru nampak balim muka makcik pakcik aku. Mereka cakap, kenapa nak pergi mahkamah apa semua.
Ambil masa 5 tahun juga nak dapat balik hak aku. Kereta kena pulangkan balik dekat aku. Lepas tu, kena pulangkan balik duit pampasan RM720,000 dengan tambahan RM50,000.
Duit dari sewa rumah sebanyak RM150,000. Kena bayar juga duit penjualan rumah 100%. Semua ni makcik pakcik aku kena lakukan dalam masa 5 bulan.
Waktu ni, barulah makcik pakcik aku datang merayu-rayu. Tapi aku tak peduli. Sebab duit yang diorang makan tu sepatutnya duit aku.
Bayangkan dari umur aku 11 tahun sampai umur 23 tahun, duit yang aku dapat dari jumlah semua sekali, dari rumah, kereta, pampasan, sewa rumah lebih kurang RM2,000,000 (dua juta), aku cuma dapat dalam RM1,000.
Keluarga diorang hidup senang. Emas berderet. Anak-beranak hidup mewah guna duit yang sepatutnya jadi milik aku.
Tapi aku? Cuma dapat RM1,000.
Maksu aku dengan nenek aku pun dapat setiap bulan setakat 2-3 ratus. Lepas setahun, diorang bergadai segala benda. Bankrup.
Akhirnya, aku dapat balik harta yang sepatutnya jadi milik aku. Itupun setakat 80%.
Diorang kena penjara. Anak beranak diorang waktu tu, macam-macam maki aku. Cakap yang aku ni tak sedar diuntung sebab mak ayah dioarang jaga aku. Kalau tak, aku merempat.
Aku lawan balik kata-kata makian diaorang. Kalau tak sebab duit aku, dioarang ni duduk rumah setinggan satu bilik.
Sebab selama ni, masa ibu abah masih hidup, diorang anak beranak hidup menyewa di setinggan. Tapi lepas dah ambil duit milik aku, terus hidup rumah teres besar 2 tingkat.
Tiba tiba cakap aku tak bersyukur kena jaga? Yang jaga tu maksu dengan nenek aku.
Lepas lebih kurang 5 tahun, turun naik mahkamah, akhirnya selesai. Aku sendiri bagi bayaran 10% dari semua tuntutan aku tadi, dekat peguam aku.
Sebab bagi aku, kalau dia tak tolong, memang sampai sekarang aku tak dapat balik harta itu semua.
Kes pula bukan sekejap. Hampir 5 tahun aku turun naik dengan peguam ni. Aku sendiri dah pindah Selangor dengan nenek dan maksu aku. Dah berkahwin pun. Aku selalu dapat mesej, call, pm Facebook, anak-anak makcik pakcik aku, maki-maki aku dengan bermacam kata makian. Ada yang siap cakap duit tu semua hak mak ayah diorang sebab dah tolong jagakan.
Hakikatnya, bila aku tanya peguam yang bantu aku, kes macam ni dah banyak dia handle. Termasuk kes aku, 10 kes, situasi lebih kurang sama.
Harta yang sepatutnya jadi hak orang lain tapi dinikmati orang lain.
Sumber – Sam (Bukan nama sebenar) via IIUMC
Mingguan Wanita : Ingatkan macam drama bersiri pula tapi rupanya realiti. Tak mustahil kes-kes seperti ini ada dan mungkin juga yang masih dalam tuntutan.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.