Bila makan mi sup, kue tiaw goreng atau masakan panas lain, rasanya tidak lengkap tanpa cili padi jeruk. Ini yang menambahkan selera sampai habis satu mangkuk pun tak sedar.
Biasanya, kalau nak makan cili jeruk nie, hanya ada kat kedai-kedai makan sahaja. Nak buat sendiri, bimbang tak kena cara atau tak jadi.
Sebenarnya, boleh saja kalau nak buat cili padi jeruk kat rumah. Rajin atau tidak. Kalau buat, dapatlah banyak dan boleh simpan buat stok.
Buuat penggemar cili jeruk ini, Wan Sabariyah Wan Amit ada berkongsi resipi dan cara nak buat. Tak adalah susah sangat pun. Nanti boleh cuba kat rumah.
“Kejadian petang ini. Buat stok cili padi jeruk yang sudah kehabisan di rumah. Memang tahan lama & rangup krup krap krup krap kejadiannya.
Resipinya seperti di bawah.
Sampai rumah mak, terus ke kebun sekangkang kera untuk memetik cili padi.
Ads
Kita buang tangkainya dahulu. Saya kurang gemar kalau tangkai berselerak dalam botol.
Rendam seketika dengan air kapur ya (saya rendam dalam 30 minit). Kemudian air kapur tersebut kita buang dan bilas bersih cilinya.
P/s: kapur adalah agen untuk merangupkan cili kita td ya
Celur cili dalam air yang mendidih sehingga layu.
Toskan cili dan ketepikan seketika
Ads
Didihkan air, cuka (saya guna cuka sepeperti dalam gambar ini), gula & garam. Sejukkan sebentar.
P/s: Kena didihkan/masak dulu cuka & air ni untuk tujuan supaya cili jeruk kita tahan lama dan tidak berkulat.
Masukkan air cuka & cili padi yang telah sejuk ke dalam botol dan bolehlah di simpan dalam peti ais. Esok-esok dah boleh makan dengan kuey teow goreng.
MW: Nak bagi ranggup kena rendam dalam air kapur dulu. Nanti bolehlah buat kat rumah.
Kalau kita mempunyai kebun yang mempunyai pelbagai jenis tanaman, perkara yang sukar untuk dielakkan adalah rumput dan lalang yang cepat tumbuh. Itu jika dibiarkan dalam beberapa minggu. Satu kerja pula untuk menebas semua ini. Ada juga sesetengah orang menggunakan racun tapi risau pula takut terkena tanaman kita.
Bukan hanya di kebun tapi di bahagian tepi rumah kita yang sekangkang kera pun boleh membuatkan rumput dan lalang tumbuh dengan cepat. Ini belum lagi kalau dibiarkan terlalu lama. Boleh jadi belukar gamaknya.
Jadi, tak perlu risau ada cara yang boleh membantu kita untuk nak elakkan perkara ini terjadi. Perkongsian daripada Akmal Al yahya ini adalah penggunaan kota dan kertas terpakai di kebunnya bagi mengelakkan masalah lalang tumbuh.
Tapi, mak-mak boleh juga praktikkan di kawasan rumah yang mempunyai tanah kosong atau kawasan tempat mak bercucuk tanam.
Salah satu cara mengawal rumput dan lalang. Ia menggunakan 100% daripada bahan buangan.
1. Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah mengganggu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti membaja, penyediaan kompos dan lain-lain.
Pada awal berkebun, kami telah menggunakan racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
2. Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa mengeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa
Untuk lapisan kotak yang pertama.
Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
3. Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ia tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkan ke dalam plot tayar terpakai kami.
4. Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, barulah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
5. Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, tenaga dan masa.
6. Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Secara tak langsung dapat tumpukan pula perhatian pada kerja-kerja kebun yang lain.
7. Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar. Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.
Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
8. Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan kertas rincih untuk dijadikan kompos. Jika ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini.
Setiap minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
9. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja.
MW: Boleh bagi idea yang ada tanah kosong kat rumah tapi jarang digunakan sehingga tumbuh lalang. Mungkin boleh membantu dengan cara ini.
Ikan Pais memang sedap di makan dengan nasi putih begitu sahaja.Apatah lagi ikannya diperap dan dibakar dalam balutan daun kunyit mahupun daun pisang, semerbak aromanya meresap ke dalam ikan.
Resepi Pais Ikan. Bahan agak-agak je, ikut jumlah ikan. Ikan banyak lebihkan bahan ye.Ni untuk 12 ekor ikan kembung comel loteh.
*6 ulas bawang merah kecil
*6 ulas bawang putih
*2 inci halia
*2 inci kunyit hidup (boleh pakai serbuk)
*5 biji cili padi merah (ikut suka nak pedas tambah lagi)
*1 sudu besar asam jawa (saya pakai yang adabi)
*sedikit garam & perasa
Bahan (*) semua dikisar halus air sedikit sahaja ye.
Daun kunyit dimayang halus
Bunga kantan dimayang halus (takde pun takpe, kalau ade lagi sedap)
1. Ikan disiang dan dibersihkan.
2. Sumbat dan perap ikan dalam 1-2jam, saya balut sesiap guna daun pisang sebab nak aroma yang sedap.
3. Bakar dalam air fryer suhu 180° 10 minit setiap bahagian atau bakar dalam magic pan pon boleh. Ikut suka nak kukus pon boleh tapi lagi sedap bakar.
Selamat mencuba.
*Doakan saya dan suami dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
MW: Teringin nak makan Pais Ikan, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Agak mudah nak buat dan bahan-bahan pun yang kita biasa guna dan ada di di dapur.
Bunga kantan ini penyedap dalam masakan. Menambah aroma dan rasa sedap pada lauk pauk yang dihasilkan. Bunga kantan yang dah kembang, banyak kelopak.. sedap ditumis kering jadikan sambal bunga kantan.
Lagi nikmat, bila dimakan dengan nasi panas. Puan Azlin Aziz, berkongsi cara hasilkan sambal dengan kelopak bunga kantan.
Ambil bunga kantan yang dah kembang tu.
Buang bahagian hitam, rosak atau mana-mana bahagian yang tak elok.
Kopek satu persatu kelopak bunga kantan tu.
Akan jadi macam ini.
Rendam dalam air. Basuh dan toskan.
Bahan-bahan ini akan di kisar halus.
Tumis bahan-bahan kisar sampai garing dan naik bau.
Masukkan bunga kantan.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masak sehingga sambal jadi hampir kering.
Siap!
Makan dengan nasi panas-panas.. lagi enak!
Pokok bunga kantan ini dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama untuk wanita yang baru bersalin.
Caranya; ambil beberapa bahagian batang pokok kantar segar. Potong pendek-pendek, tumbuk sampai lumat. Rebus bahan tadi sampai mendidih. Bila dah sejuk, rendam dalam air mandian.
Hilangkan rasa kurang bermaya.
Caranya; tumbuk biji pokok kantan sampai lumat. Toskan untuk dapatkan airnya saja. Campurkan dalam segelas air suam. Minum waktu pagi. Amalkan untuk keberkesanan.
Berkesan untuk awet muda pada wajah.
Caranya; bunga kantan jadikan ulam-ulaman. Boleh makan begitu saja (selepas dibersihkan) atau direbus.
Sekelip mata kehilangan suami, isteri luah rasa sebak selepas imamnya dilanggar lori. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa Hanan berusia 33 tahun.