Pertama kali buat Dumpling terus menjadi dan sedap anak-anak suka makan, malah memang ‘laku keras’ sekejap je habis licin. Bagi yang suka masakan cina boleh cuba buat sendiri di rumah. Mudah je. Malah kalau tak berapa rajin nak buat kulit dumpling, boleh beli je yang dah ‘ready made’.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah ini sebagai panduan;

Saya tak terer bang..tapi saya try.First time makan, first time buat memang sedap dumpling ni. Anak-anak pun suka makan, laku keras sat je licin.

Pertama Kali Buat Memang Sedap DUMPLING Ni, ‘Laku Keras’ Sat Je Licin!

DUMPLING AYAM & UDANG

Bahan-Bahan (Kulit Dumpling): (boleh juga beli yang ready made)

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam halus
1 cawan air panas

Bahan-Bahan (Inti Dumpling):

1 cawan isi ayam
1/2 cawan isi udang
1 labu bawang besar -di cincang
1/2 batang carrot -di parut
1 batang daun bawang -di hiris
1 sudu teh serbuk lada putih Aji Shio
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula

Bahan-Bahan (Minyak Cili):

1/2 cawan minyak masak/jagung
3 ulas bawang putih -di cincang
1 inci halia -di cincang
1 batang daun bawang (ambil bahagian putih saja) -dihiris
1/4 cawan cili flakes
1/4 cawan kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam halus
1 batang daun bawang (ambil yg hijau)-dihiris
1/2 sudu teh bijan yg disangai

IKLAN

Cara Membuatnya:

1.Kulit Dumpling

  • Satukan tepung gandum, tepung ubi, minyak & garam. Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil kacau dengan sudu.
  • Kemudian, gaul dengan tangan & uli hingga menjadi doh. Tutup & rehatkan 30 minit.
  • Potong doh kecil-kecil. Ambik satu & canai nipis. Tekap dengn acuan bulat. Tabur tepung di atas dulang supaya kulit tidak melekat. Ketepikan dulu.

2.Inti Dumpling

  • Blend kering 2 keping dada ayam & 10-15 ekor udang hingga halus.
  • Satukan isi ayam & udang bersama bawang, carrot, daun bawang, serbuk lada putih, sos tiram, kicap, minyak bijan, tepung jagung, telur, garam & gula. Kacau sebati.

3.Ambil sekeping kulit, letak sedikit inti. Sapu air ditepinya & tutup. Kelim beberapa kali di tepinya & tekan kemas.

Pertama Kali Buat Memang Sedap DUMPLING Ni, ‘Laku Keras’ Sat Je Licin!

4.Didihkan air di dlm pengukus dulu. Sapu dulang dengan minyak supaya dumpling tidak melekat & kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

5. Minyak Cili

  • Panaskan minyak di atas api. Di dalam bekas, satukan bawang putih, halia, daun bawang putih, cili flakes, gula, garam, kicap & minyak bijan. Cili flakes yang saya guna baki beli pizza domino 2-3 bulan lepas.
  • Tuang minyak panas perlahan-lahan dan biar ia mendidih bersama bahan-bahan tadi seketika, kemudian kacau.
  • Campur dengan daun bawang hijau & bijan. Kacau sebati. Hidangkan dumpling bersama minyak cili.

Pertama Kali Buat Memang Sedap DUMPLING Ni, ‘Laku Keras’ Sat Je Licin!

IKLAN

 

Pertama Kali Buat Memang Sedap DUMPLING Ni, ‘Laku Keras’ Sat Je Licin!

Baca Lagi Di Sini:
Sup DUMPLING Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Makan 40pcs!

IKLAN

CARA BETUL Buat Garlic Chili Oil, Barulah Tak Hangit & Tahan Lama!

Mingguan Wanita:Walaupun baru pertama kali buat dah jadi buat dumpling ni.Memang sedap, anak-anak suka makan sekejap je dah licin.

Sumber: Nor Al Fatihah

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI