Mak mak paling berdebar, bila sedang tenang memandu, tiba-tiba ada sekatan jalan raya. Ada juga mak-mak yang jenis panik, berhenti dahulu di tepi. Ambil nafas tenang-tenang baru jalan.
Sungguh cara itu bahaya, sebab polis trafik atau JPJ akan fikir pemandu sedang menyembunyikan sesuatu. Sebaiknya apa yang pemandu perlu buat?
Tip mudah lepasi sekatan jalanraya yang dikongsikan, Hayati Abu Hassan, Penolong Pegawai Keselamatan Jalan Raya, JKJR Pahang ini antara panduan yang mak-mak boleh cuba. Moga lepas ini tak perlulah panik sampai serabut perut dibuatnya.
Teruslah memandu dengan tenang, walau dalam hati tuhan je yang tahu betapa berdebarnya bila terserempak dengan sekatan jalan raya.
7 Tip Mudah Lepasi Sekatan Jalan Raya JPJ Atau Polis
“Hati kita asyik berdebar. Serabut perut bila nampak kon JPJ atau Polis. Kadang tak ada silap pun tetap terketar-ketar nak melalui kawasan sekatan jalan.”
Saya kongsi tip untuk memudahkan dan takkan membuatkan kita berlama-lama di hadapan pegawai JPJ atau Polis Trafik seperti di bawah:
- Jangan cuba-cuba lari dari sekatan jalan. Depa ada pegawai yang tunggu di lorong-lorong tikus tau. Jarang boleh lepas.
- Sediakan dokumen secukupnya. Kad pengenalan, lesen memandu. Roadtax juga!
- Jika waktu malam, nyalakan lampu dalam kereta.
- Turunkan tingkap.
- Senyum dan beri salam bagi yang beragama Islam. Jika bukan Islam, ucapkan selamat malam atau siang.
- Tunjukkan dokumen-dokumen tadi walau tanpa diminta.
- Apabila selesai dan diarahkan jalan, ucapkan terima kasih. Teruskan tersenyum.
Ha, senang tak? Tak perlu gelabah sampai berpeluh-peluh.
Pegawai yang bertugas pun akan senang hati saja lepaskan kita sebab nampak kita bersedia dan yakin.
Kadang-kadang roadtax mati pun mereka tak perasan kalau confident macam ni.”
Share kalau rasa bermanfaat!
Sumber/Foto : Hayati Abu Hassan
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebak Bila Anak Bongsu Arwah Faziani Tanya ‘Kenapa Mami Masuk Syurga Awal’
Isi Kandungan
ToggleAnak sulung allahyarham Faziani Rohban Ahmad, Iqbar Hakim Jasman tentunya perlu menjadi abang yang cekal untuk tujuh orang adik-adiknya. Selepas ibu meninggal dunia dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada 13 Ramadan lalu, tanggungjawab menjaga adik-adik terpikul di bahunya.
Paling terkesan tentulah adik bongsunya, Qaseh Khadijah yang baru berumur 6 tahun. Sungguh anak kecil ini begitu merindui ibunya.
Tulisnya, “Mami kenapa tinggal adik.. mi.. adik nak duduk ngan mami.. adik rindu mami.. nanti kita jumpa di syurga ya mami.”
Malah kongsi abangnya, adik bongsunya itu semakin banyak bertanyakan soalan kepadanya. Dan pertanyaan adiknya itu tetap mengundang sebak di hati.
Adik Bongsu Tanya Kenapa Mami Masuk Syurga Awal
Kata adiknya, “Abang kenapa mami masuk syurga awal. Kenapa dia tak masuk sekali ngan kita.” Bila adik dah tanya macam itu, abang pun terangkanlah dari A sampai Z.
Adiknya juga bertanyakan hal ini, “abang siapa yang nak ganti mami.” Yang mana pertanyaan adik itu buat abangnya jadi petak atau stuck sekejap nak jawab.
“Tapi saya cakap abang ada.. kakak ada.. semua ada. Lepas saya jawab, dia pun cakap. ‘I am bongsi abang, adik lah ganti mami. Sebab adik pun garang (sambil dia cubit saya)”
“Ya Allah, abang akan cerita ataupun selalu mengingatkan adik tentnag kemuliaan Mami kita. Kita kena ikut itu ialah pedoman dan ikhtibar.”
Hadiah Duit Raya Untuk Staf DNARS
Sememangnya keluarga ini mewarisi kemuliaan dan kebaikan hati arwah ibu mereka. Hari ini, DNARS meraikan kakitangan syarikatnya dengan memberikan hadiah duit raya kepada mereka.
Tulis Iqbar lagi, “Alhamdulillah selesai penyerahan duit raya kepada staf-staf DNARS. Semoga Allah SWT merahmati keluarga DNARS.”
MW : Al-Fatihah.. semoga roh allahyarham Faizni Rohban Ahmad ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Iqbar Hakim , Qaseh Kha
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rindunya Bidadari dan Anak-Anak. Hanya Air Mata Ubat Sedikit Rasa Rindu” Ustaz Ebit
Isi Kandungan
TogglePendakwah bebas Ustaz Ebit Lew akhirnya pulang ke kediamannya selepas sesi kuarantin seusai menjalani misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Kerinduan buat keluarga tercinta begitu dirasai apatah lagi apabila hampir dua bulan tidak bertemu dengan isteri dan anak-anak kesayangan.
Ustaz Ebit Akhirnya Pulang Ke Rumah
“Rindunya ya Allah. Dekat dua bulan. Ya Allah. Setiap hari perit rasa rindu. Selalu sorok rasa rindu.
“Menangis seorang diri saat sujud. Apakan daya inilah tuntutan perjuangan kerana Allah. Redha Allah segalanya. Kemuncak perjuangan kali ini perginya ayah tercinta.
Rindunya Bidadari & Anak-Anak
“Ya Allah… Rindunya bidadari dan anak-anak. Maafkan ayah wahai anak-anakku. Maafkan abang yer, bidadariku..
“Ya Allah terima kasih temukan dengan bidadari dan anak-anak. Hanya air mata ubat sedikit rasa rindu. Terpaksa menangis kuat-kuat kadang masa doa. Kuatkan hati masa call dan video call.
“Ya Allah betapa sayangnya diriku pada bidadari dan anak-anakku. Sayangilah mereka. Jagakan mereka. Bersama kami didunia dan sampai syurga Firdaus.
“I love you sayang bidadariku. I love you anakku,” tulis Ustaz Ebit seperti mana yang dimuat naik menerusi entri di akaun Instagramnya.
Ternyata bapa penyanyang ini cukup tabah, baru saja kehilangan arwah bapa tercinta. Ustaz Ebit tetap terus dengan sikapnya yang suka menghulurkan bantuan dan melakukan kerja-kerja sosial. Beruntung isteri yang memiliki suami seperti Ustaz Ebit.
Sumber Foto: Instagram Ustaz Ebit Lew
Baca Disini Juga:
“Ya Allah Beratnya Rasa Ujian Ini!” Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia
“Berjuang Abang Hadiah Terbesar Buat Sayang. Teruskan Perjuangan ”Sebaknya Jawapan Isteri Ebit Lew
“Ayah Selalu Sorokkan Tangisan, Tapi Siapa Tahu Saat Seorang Diri Menangis Sekuat-Kuatnya” Ebit Lew
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Kirim Duit RM10 Ribu Sebulan Tanggung Keluarga, Suami Berpoya Kahwin Lain!
Isi Kandungan
ToggleIsteri Kirim Duit RM10 Ribu Sebulan Tanggung Keluarga, Suami Berpoya Kahwin Lain! Memang geram dan sakit hati apabila pengorbanan berjauhan dengan anak-anak demi mencari rezeki di luar negara untuk menanggung perbelanjaan keluarga dibalas dengan kecurangan suami. Niat meringankan tanggungjawab suami, sebaliknya diri dikhianati dan ditipu sewenang-wenangnya. Malah ribuan duit yang diberikan setiap bulan digunakan untuk kahwin lain.
Baca perkongsian daripada Peguam Syarie, Tuan Khairul Fahmi Ramli ini sebagai pengajaran.
Isteri diperantauan cari rezeki, suami di tanah air cari bini.
Saya ada satu kisah yang nak dikongsikan. Mudah-mudahan menjadi pengajaran. Pernah dengar tak peribahasa ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’?
Lebih kurang 4 tahun yang lalu, saya berjumpa dengan seorang wanita yang datang ke firma untuk mendapatkan nasihat tentang kesnya. Umurnya sekitar awal 40an, tinggi orangnya dan manis senyumannya. Tutur katanya lembut sahaja menyapa staf firma.
Pendapatan Cecah RM15,000 Sebulan
Patutlah. Rupa-rupanya wanita ini bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital Swasta di luar negara.
Seronok dia ceritakan tentang pengalaman dia bekerja disana. Bahkan, pendapatannya disana mencecah RM10 ribu ke RM15 ribu setiap bulan.
Lebih daripada 2 tahun beliau bekerja disana. Asalnya dia sendiri tidak mahu kesana sebab memikirkan tentang anak-anak.
Tapi, disebabkan keadaan suaminya yang dibuang kerja dan hanya membuat kerja-kerja kampung, maka dia perlu cari kerja yang boleh dapat lebih pendapatan.
Rezeki itu datang bersama ujian. Dia mendapat tawaran untuk berkhidmat di sebuah negara Arab sebagai jururawat di salah sebuah hospital. Gajinya lumayan, cuma kontraknya agak lama.
Wanita ini berat untuk tinggalkan tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Namun, disebabkan suaminya memberi semangat dan izinkannya bagi mencari pendapatan lebih demi masa depan anak-anak, dia pun setuju.
Setiap Bulan Kirim Wang
Setiap bulan, wanita ini tak pernah ‘miss’ untuk kirimkan wang berjumlah lebih kurang RM8 ke RM10 ribu setiap bulan ke Malaysia.
Ye lah, disana tempat tinggal pun di asrama jrururawat. Makan minum pun apalah sangat. Cukuplah kalau setakat duit belanja sikit-sikit untuk dia.
Duit yang dikirimkan di Malaysia, semuanya dimasukkan ke dalam akaun suaminya. Duit itu dia amanahkan untuk buat belanja makan minum anak-anak dan bayar segala loan rumah dan kereta.
Lepas 2 tahun, dia pulang ke Malaysia untuk cuti panjang sebelum kembali kesana, dia agak pelik. Sikap suaminya seolah-olah berubah.
Beliau kerap keluar malam dan balik lewat pagi. Anak-anak juga beritahu hal yang sama.
Nak jadi cerita, wanita ini cuba semak dalam akaun bank milik suaminya.
RM1000 sahaja wehhhhh…Terkejut dia.
Dia cuba tanya kepada anak-anak, adakah bapa mereka beli apa-apa keperluan yang mahal kepada mereka setiap bulan?
Terkejut dia bila anak-anak beritahu, kadang-kadang mereka selalu pergi makan di rumah nenek mereka sahaja. Ayahnya tak pernah beli apa-apa.
Dia cuba selongkar bilik tidur dan mana-mana pelusuk rumah untuk cari apa-apa bukti.
Jumpa Sijil Nikah Thailand
Menangis dia tak henti-henti. Di tangannya ada sekeping Sijil Nikah tulisan jawi dari Wilayah Songkhla. Tertera nama suaminya dan seorang wanita yang dia tak kenali. Sijil itu terselit kemas dibawah fail-fail lama yang tak terusik.
Bila suaminya balik, dia tenang dan bertanya kepada suaminya. Adakah dia mengaku?
‘Sumpah abang tak kahwin lain pun. Ni mesti ada orang nak rosak rumahtangga kita’, muka tak bersalah dan tuduh orang lain pula.
Dia tunjukkan Sijil Nikah tersebut.
Biru, hijau, biru, hijau wajah suaminya.
Duit Untuk Kahwin Baru
Wanita ini desak dan akhirnya dia mengaku.
Duit yang diberikan setiap bulan, tak digunakan sepenuhnya untuk anak-anak. Sebaliknya, dia gunakan untuk perkahwinan barunya dan belanjakan untuk kediaman dia dengan isteri baru.
Wanita ini tenang setelah dengar jawapan. Dan kemudian, suasana tegang itu kembali tenang setelah si suami keluar daripada rumah tersebut.
Sedih bila dengar kisah suami ambil kesempatan begini. Wanita ini tambah geram bila suaminya enggan melepaskan dirinya dengan baik.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun kesnya di Mahkamah, maka mahkamah menerima tuntutan fasakh yang kami failkan dan menolak pembelaan suaminya.
Kesimpulannya, beringatlah wahai isteri yang baik. Tak salah nak berbuat baik dan nak bantu suami. Cuma, kena ingat, bila kita nak berbuat baik, pastikan kita tidak mudah ditipu.
Nak bantu cari pendapatan itu boleh, cuma jangan sampai suami tak rasa itu sudah tanggungjawabnya yang asal.
Fahmi Ramli,
Peguam Syarie Kedah, Penang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Mesti Baca:Sempat Berpesan Mengenai Kematian, Lelaki Meninggal Selepas Beri Ceramah Subuh Sempena Maal Hijrah
Baca Lagi Di Sini:Mendakwa Nabi Muhammad Itu Allah, Pengasas Ajaran Sesat Si Hulk Sudah Lari Ke New Zealand
Artikel Menarik:Selamba Jual Buah Pinggang Isteri Tanpa Pengetahuan, Suami Kahwin Wanita Lain!
Mingguan Wanita: Isteri bertungkus lumus bantu untuk perbelanjaan keluarga suami pula dengan mudahnya mengambil kesempatan berpoya-poya dengan wanita lain. Memang tak patut dan kecewanya hati. Pesanan buat wanita, berbuat baik berpada-padalah, jangan terlalu mempercayai hingga diri mudah ditipu.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI