Isteri pelakon terkenal, Aliff Aziz, Bella Astillah membuat kenyataan mengejut di laman instagram miliknya. Tidak menyangka dirinya dicurangi lagi oleh suaminya yang telah diberikan peluang kedua.
Kongsinya, “And It happened again..”
“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia. Sebab setiap manusia buat kesilapan. Dan sebab saya pandang anak saya.”
“But what I’ve been through korang takkan boleh imagine.”
Tulisnya lagi, “Selepas Aliff habis shoot telemovie baru-baru ini dia buat hal dengan heroun yang bekerja dengan dia dalam tele tu.”
“Dua hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone. Bila saya paksa buka phone.. tapi dia pandai. Dah delete whatsapp dia dengan heroin tu.”
Ads
“Saya cakap dengan dia, I’m not a kid. Kalau tak ada apa-apa kenapa perlu delete? So, saya nakkan kepastian, saya call heroin tersebut.”
Dm yang diterima Bella oleh ‘seseorang’.
Rupanya Orang Yang Comfort Saya, Pergi Club Dengan Aliff
Selepas menelefon heroin berkenaan, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah mendapatkan jawapan balas.
Jawapan dia kepada saya, “Ya Allah Bella, takde apa-apa pun. Kenapa? Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia. Via nak cakap dengan dia ‘BACK TO ALLAH’.
Ads
Sayangnya bukan itu jawapan kedamaian hati yang diterimanya. Sebaliknya Allah menunjukkan cerita sebenar di sebalik kekusutan hati seorang isteri.
“Rupanya orang yang nasihat dan comfort saya ini, orang yang sama-sama pergi club dengan Aliff. Menari-nari, peluk dan mabuk sama sama.”
“Saya bila solat, saya minta Allah beri petunjuk tentang rumah tangga saya. Tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat.”
“Sangat cepat. Saya terkejut.”
Ads
“Terima kasih kepada insan yang dm saya. Kalau tak, saya ni takkan tahu apa-apa. Hanya dengan Ayden je kat rumah. Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara.”
Dan ini pesan Bella untuk suaminya, “Kepada Aliff, kalau awak rasa bahagia dengan kehidupan macam tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi, boleh pergi club sama-sama, yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan.”
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean.
MW : Sungguh, isteri apabila dicurangi sakitnya amat pedih. Bagai dihiris belati tajam rasanya. Semoga Bella dan Aliff dapat bertenang dan temui jalan penyelesaian terbaik untuk rumah tangga mereka.
Siapa yang tidak teringin menggayakan sepersalinan rekaan pereka fesyen duo Rizman Ruzaini sempena Aidilfitri. Mempertaruhkan kualiti dan rekaan terbaik dalam setiap penghasilan jenama ini, RR by Rizman Ruzaini terus menjadi pilihan penggemar fesyen tempatan.
Sama seperti tahun- tahun sebelum ini, RR by Rizman Ruzaini sekali lagi menjadi perhatian melalui barisan koleksi Empress dan basic kurung pleated yang bakal melengkapkan penampilan pelanggan setia jenama ini pada pagi syawal.
Pop Up Store
Dalam meraikan peminat jenama ini, RR by Rizman Ruzaini tahun ini juga turut menyediakan lokasi RR raya pop up store RR by Rizman Ruzaini yang terletak di IOI Mall dalam memberikan pengalaman berbeza buat pelanggan mereka.
Turut menarik perhatian pastikan potongan harga sehingga 70 peratus buat produk yang dijual di pop up store RR by Rizman Ruzaini.
Berkongsi mengenai usaha ini, menurut Rizman walaupun merupakan kali pertama pihaknya menyediakan pop up store RR by Rizman Ruzaini di IOI, Putrajaya ternyata sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
“Kami memang mempunyai fizikal store di dalam pusat membeli belah ini, tetapi ini adalah kali pop up store RR by Rizman Ruzaini dibuka di lokasi ini.
“Kami akan berada di sini selama sebulan, dan istimewanya terdapat potongan harga buat koleksi terdahulu dan terbaharu yang dijual. Jadi buat mereka yang menginginkan pengalaman membeli belah yang selesa boleh datang ke sini untuk mendapatkan produk RR by Rizman Ruzaini,” katanya.
Selain itu, koleksi RR by Rizman Ruzaini juga boleh didapati di Absolut Bazaar @ Mitec, Kuala Lumpur pada 21 Mac ini.
Sokongan Peminat
Sementara itu menjadi antara pelopor pakaian syawal terutamanya kepada mereka yang menginginkan rekaan esklusif pada harga mampu milik, jelas Rizman walaupun jenama miliknya ini berbeza melalui segmen tersendiri namun RR by Rizman Ruzaini kekal menjadi antara segmen penting dalam perniagaanya.
“Saya tidak dapat nafikan sokongan yang kami terima terutamanya dari pelanggan RR by Rizman Ruzaini. Melalui perancangan yang telah kami sediakan tahun ini juga akan menyaksikan jenama ini menjalani perubahan tidak lama lagi.
“Saya yakin sudah sampai masanya RR by Rizman Ruzaini tidak sekadar menjadi pilihan pada satu-satu musim sahaja. Tetapi sepanjang tahun,”katanya.
Sementara itu tidak pernah menghampakan pelanggan setia mereka, tahun ini juga menyaksikan barisan koleksi Empress yang bakal melengkapkan penampilan penggemar jenama ini pada pagi syawal.
“Koleksi ini memang kami sediakan secara esklusif dan terhad. Inspirasinya tentunya adalah pelanggan kami sendiri, secara peribadi saya melihat mereka maharani, jadi Empress memang direka khas untuk melengkapkan penampilan mereka,”katanya ringkas.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
IFA HADIAHKAN Anak BMW. Penyanyi, pelakon, pengacara wanita penuh kontroversi, Ifa Raziah membuat kejutan dengan menghadiahkan anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, sebuah kereta jenis BMW.
Perkongsian menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Ifa menyatakan kereta mewah itu sempena ulang tahun kelahiran Aqili yang ke-17.
Malah menerusi kapsyen juga Ifa mendoakan agar anak lelakinya diberikan umur yang panjang serta menjadi anak soleh kepada kedua orang tua.
IFA HADIAHKAN Anak BMW
Menerusi video yang tersebut memaparkan reaksi Aqili yang tersenyum gembira selepas memiliki kereta idaman. Malah Ifa juga turut berpesan agar Aqili memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Untuk rekod, Ifa pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali namun kedua-duanya berakhir dengan penceraian. Pada tahun 2004, Ifa berkahwin buat kali ketiga dengan Mohd Yani Abdul Rahman dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Shakir Aqili. Selain itu, Ifa juga mempunyai anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah.
“HADIAH BMW 🚗 BUAT AQILI @aqili1911
Genaplah usia Anakku ke 17 tahun.❤️
HAPPY BIRTHDAY TO MUHAMMAD SHAKIR AQILI BIN MOHD YANI
“Buah hati Mama & Papa yg tersayang, senyum dan bahagiamu membuat kami semakin kuat. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Dengan bertambahnya usiamu, semoga aqili semakin cerdas dan semakin membuat Mama & Papa bahagia.
“Happy birthday, sayang. Tak terasa aqili semakin dewasa. Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu. Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW .. berbakti kepada Mama & Papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat2 Aqili ..
Semoga Aqili Menjadi Anak Yang Soleh
Barakallah fii umrik, anakku yg tersayang. Semoga Allah SWT memberikanmu umur yang panjang dan keberkahan dalam hidupmu. Tidak lupa, semoga selalu dilimpahi rezeki yang berkah dan hati yang selalu bersyukur, semoga aqili menjadi anak yang soleh didunia dan diakhirat .”Aamin Ya Rabbal Alamin,” luah Ifa.
“Semoga Berjaya, Tumpang Happy”
Mnerusi ruangan komen ramai yang mendoakan anak Ifa berjaya dalam SPM.
Luahan Aeril buat air mata menitis. Benarlah ayah merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam dunia ini. Tanpa ayah, siapalah kita. Sememangnya sungguh mulia hati seorang insan yang bergelar ayah.
Sempena sambutan hari lahir anak kedua Aeril Zafrel telah mencoretkan sebuah luahan yang cukup menusuk kalbu buat anak perempuannya. Menerusi entri di Instagram, sempena hari lahir Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang ke-6 tahun Aeril mencurahkan rasa sayang dan cinta terhadap anaknya itu.
Luahan Aeril Buat Air Mata Menitis
Hati terusik dan hampir air mata menitis, tatkala membaca keseluruhan luahan yang ditulis oleh ayah kepada tiga orang anak ini. Pesanan suami kepada Wawa Zainal buat anak tersayangnya ini cukup bermakna dan menjadi pedoman.
“Bismillah… Ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah : HAYLA ADZKIYA di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6.
“Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan keluarga kita ‘Syurga Kecil’ di dunia yang tak kekal ini.
“Semoga semuanya jadi kenang-kenangan indah yang mengindahkan perjalanan hidup Hayla sampai bilapun. Sekurangnya, menjadi bukti dan saksi yang ayah mencuba menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kita ini.
Mahu Hayla Bawa Dan Jaga ‘Hak’ ALLAH Sebaiknya
“Ayah mohon maaf seawalnya, jika selepas ini hingga Hayla berusia REMAJA ; ayah akan sedikit tegas dalam menjaga dan menuntun Hayla. Segalanya demi kasih sayang murni ayah dan ‘bekalan’ pada Hayla, meraih kejayaan dan keselamatan dunia akhirat. insyaALLAH.
“Kerna ayah mengerti, selepas usia remaja, masa untuk Hayla selalu bersama ayah dan mama akan makin berkurangan. Ayah redha semua itu nanti, tapi yang ayah bimbang dan TIDAK REDHA jika Hayla kelak ‘tertipu’ dengan permainan dunia dan ‘dipanggang’ dengan jilatan api neraka (Na’uzubillah).
“Jadi, ke mana pun Hayla pergi nanti, ayah mahu Hayla bawa dan jaga ‘hak’ ALLAH sebaiknya. Mahu berbuat apa pun, selalu bayangkan ayah dan mama – jangan pecahkan hati dan perasaan kami. insyaALLAH selamanya Hayla kan ‘ terjaga’ dan dicucuri rahmat kejayaan.
Yakin Satu Hari Nanti Hayla Mengerti Pesananan Ini
“Nanti ayah akan sambung catatan ini lagi…dan ayah yakin satu hari nanti Hayla akan membaca dan mengerti pesanan ini. Mungkin waktu itu ayah sudah tiada lagi tapi tolong buatkan ayah ‘bangga’ di hadapan Tuhan, punya anak solehah seperti Hayla.
“Demi ALLAH, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang … Hayla Adzkiya!,” luah Aeril Zafrel.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Aeril Zafrel
Mingguan Wanita : Sweet lahai Aeril Zafrel. Memang ayah yang terbaik!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...