Nad Zainal 'Awak Dah Berjaya Menyentuh Hati Kami' Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa

Mantapnya lakonan Nad Zainal atau Farah Nadia Zainal Abidin dalam Fatonah Azali. Wataknya buatkan mak-mak yang menonton cerekarama itu lebih sayang dan dekat dengan ibu Fahad Ibrahim ini. Terutama mak ayah yang ada anak-anak istimewa, autisme.

Ramai sebenarnya yang belum faham, anak-anak autisme ini bagaimana. Ada yang melabelkan mereka sebagai terencat akal walhal anak-anak istimewa ini ada ciri-cirinya. Dan setiap mereka unik.

Baca Sini : Pendedahan Ciri-Ciri Anak Autisme Dari Bapa Yang Ada Anak Autisme

 

Nad Zainal ‘Awak Dah Berjaya Menyentuh Hati Kami’ Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa
Nad Zainal bahagia di samping suami, Muhammad Faliq Amirudin dan anaknya, Fahad Ibrahim, 1 tahun yang senang sekali dipanggil Yem. Perasan tak? makin berseri-seri muka Nad sekarang.

 

Buat Mak Ayah Ada Anak Autisme Rasa Dekat

Bila Nad Zainal jadi Fatonah dalam cerita itu, dia menjiwai wataknya dengan berkesan. Nad dapat tonjolkan ciri-ciri autisme yang ada dalam sesetengah kanak-kanak.

Buat mak ayah yang ada pengalaman yang sama, lagi dekat dengan cerita itu. Nad sendiri terima ‘surat cinta’ daripada ibu bapa istimewa ini. Banyak sekali. tapi ada satu yang benar-benar terkesan di hatinya.

Saya buka DM saya hari ini, banyak betul “surat cinta” buat Fatonah.. tapi yang paling buat saya tersentuh ialah.. INI.

Mereka yang punya anak autisme, percayalah Allah menyayangi anda. Anda sudah ada saham di akhirat kelak. Anak autisme ialah insan terpilih.. Anak syurga. Insyaallah, amin. Tahniah kepada ibu bapa, anda sangat HEBAT!”.

IKLAN

Luah Nad pada kiriman DM yang disampaikan oleh peminatnya bernama Sabrina yang ada anak autisme bernama Qaisara Firzanah.

 

Nad Zainal ‘Awak Dah Berjaya Menyentuh Hati Kami’ Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa

DM Dari Peminat Fatonah

Semalam teruk saya menangis bila cerita Fatonah Azali. terbayang macam mana agaknya hidup anak saya di masa hadapan.

Sejujurnya, awak berjaya menghidupkan watak Fatonah. Rasa macam tertusuk pisau hati ini dirobek-robek bila orang jahat buat perangai.

Lagi sedih masa ending dia. Masa hantuk-hantuk kepala kat almari sebab ingat balik apa orang jahat itu buat. Sedih giler. Menitik-nitik air mata ni.

IKLAN

Moga awak terus berjaya menghayati watak. Awak dah banyak menyentuh hati mak bapak yang ada anak istimewa ni. Tak percaya gila FB Autime Malaysia.

Dan awak akan tau betapa lakonan awak berjaya menyentuh hati kami semua.” Kata Puan Sabrina dalam DMnya pada Nad Zainal sehari yang lalu.

 

Nad Zainal ‘Awak Dah Berjaya Menyentuh Hati Kami’ Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa

Kali Kedua Nak Jadi Gadis Autisme

Sebelum ini watak gadis autisme pernah Nad Zainal bawakan dalam telefilem ‘Andai Bukan Khilaf’. Karya itu juga sebuah naskhah berat yang perlu Nad jayakan. Kali ini, sekali lagi Nad berjaya membuktikannya.

Sememangnya pelakon lulusan Diploma Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini berusaha keras menjiwai wataknya. Sampaikan Nad yang berkawan dengan Sharifah Sakinah tak bertegur sapa sepanjang pengambaran.

IKLAN

 

Nad Zainal ‘Awak Dah Berjaya Menyentuh Hati Kami’ Ibu Bapa Yang Ada Anak Istimewa

Kudos To Nad Zainal

Ini dikhabarkan oleh pelakon Sharifah Sakinah dalam instagramnya, “Kudos to Nad Zainal for playing her part as special girl who was born as autism.

Too bad we didn’t have single pics together, it’s because we didn’t even talk to each other in order for her to really feel and be in character. Hahah tu lah sampai tak bertegur.”

Begitulah baik Nad Zainal mahupun Sharifah Sakinah, masing-masing memberi komitmen dan menghormati karakter masing-masing.

Tau ramai lagi tengah layan Fatonah, ada yang dah record ada yang tengok kat Tonton, ada jugak di saluran saluran “gelap”.

Dah la tu.. hapuskan airmata mu.. boleh move on dah.. lusa tengok Jurnal Suraya tapi ini pun kena standby tisu. Bye dari Fatonah and Fatonah Azali Team.” Perkongsian terbaru Nad yang sudah pun move on dengan watak Fatonah.

Sumber/Foto/Video : Instagram Nad Zainal, Sharifah Sakinah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI