Wanita Ni Nampak Kuat Tapi Sebenarnya ‘Fragile’’. Fitrah kejadian Tuhan. Lelaki, jiwanya lebih keras manakala perempuan pula jiwanya lebih lembut dan mudah rapuh.

Dalam pada mahu kelihatan kuat, ada ketika jiwa wanita rapuh. Namun golongan ini tidak boleh lemah ini kerana pasti ada yang akan mengambil kesempatan ke atas diri mereka.

Oleh itu sebagai seorang wanita sememangnya perlu kuat! Wanita sememangnya sangat hebat. Wanita nampak hebat di luar namun siapa sangka di dalam hati mereka, hanya mereka saja yang tahu. Malah mereka juga tidak boleh lembik untuk teruskan kehidupan mereka seharian.

Wanita Ni Nampak Kuat Tapi Sebenarnya ‘Fragile’

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Firdaus Shakirin, memuji sikap wanita yang begitu kuat. Malah ada ketikanya walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah golongan wanita tidak pernah berputus asa.

Jika mereka lemah pasti ada yang akan pergunakan mereka. Sememangnya apa yang dibicarakan sangat berguna buat wanita. Sememangnya golongan ini sangat hebat!

“Orang perempuan nampak kuat, tapi sebenarnya ‘fragile’…

Dia tahu ada ketikanya dia lemah selemah-lemahnya…dia tahu, ada ketikanya dia putus asa dan tak daya nak buat apa-apa…dia tahu, ada ketikanya airmatanya akan mengalir laju selaju-lajunya…

IKLAN

Masa tu dia ‘fragile’…masa tu diri dia rapuh…

Dia dah usaha utk kuat, dia dah cuba utk sabar, dia dah paksa diri utk tabah, tapi dia sedar tahap dan batas dia…setakat tu ja kemampuan dia…

Dia tak boleh tipu diri dia…

Tapi dalam masa yg sama, dia juga tak boleh tunjuk yg dia tu lemah… Nanti akan ada org yg pijak dia, lanyak dia, perguna dia, hina dia…nak tak nak, dia kena kuat, tunjuk kuat, jadi kuat…

Dia tak boleh “lembik” utk teruskan kehidupan dia,” nasihat Firdaus Shakirin.

Menarik Disini : Virgoun Curang Kerana Penampilan Isteri Macam Mak-Mak, Inara Pernah Diberi RM30,000 Untuk Cantikkan Diri

IKLAN

Nampak Kuat Tapi Wanita Sebenarnya ‘Fragile’

Baca Disini : Ayu Damit Wanita Kuat & Pantang Mengalah

Tiket Konsert Coldplay Jadi Mahar Mas Kahwin Untuk Isteri, Buat Kejutan Untuk Pasangan

IKLAN

Mingguan Wanita:   Mereka yang bergelar wanita dan isteri sememangnya sangat kuat! 

Sumber : Facebook Firdaus Shakirin

Sumber Foto : CANVA

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI