Selalu orang cakap, bila anak perempuan dah kahwin, segala tanggungjawab yang dijaga oleh mak ayah diberikan pada suami pula. Apa-apa yang nak dilakukan oleh isteri, kenalah dahulukan suami.
Malah, ada yang cakap, anak perempuan tak lagi bertanggungjawab untuk berbakti pada mak ayah. Sedihnya. Maklum sahaja, apa-apa yang nak dilakukan mesti tanya pada suami.
Siapa yang kata begitu. Rasanya anak perempuan lebih rapat dengan mak ayah berbanding anak lelaki. Malah, kalau nak diceritakan tanggungjawab menjaga dan berbakti tetap masih dilakukan oleh anak perempuan.
Tapi tak tahulah, mungkin ada sesetengahnya beranggapan anak perempuan biala dah kahwin tak wajib dalam berbakti pada mak ayah. Nak tahu lebih lanjut pada kewajipan anak perempuan selepas berkahwin, ustaz Mohammad Yaakub Yusra ada jawapannya.
Ramai orang tanya kalau dah menikah, perlu tunai kewajipan untuk mak ayah lagi ke? Ada yang salah anggap kalau dah menikah tak perlu lagi berbakti kepada kedua orang tua. Tak pernah gugur pun tanggungjawab untuk mak ayah sampai bila-bila nah.
Mak ayah ni sampai bila-bila tetap perlu kita jaga dan hormat. Ya benar suami perlu diutamakan, tapi mak ayah bukan nombor dua. Ini dia 5 kewajipan anak perempuan untuk mak ayah walaupun dah menikah.
Ads
Ads
Ads
MW: Tak kira anak perempuan atau anak lelaki, tanggungjawab pada mak ayah tak akan berhenti sampai bila-bila. Kena ingat tu.
Bila bercakap tentang rezeki ini, memang tak pernah habis. Macam-macam cara untuk kita mengundang banyak rezeki yang datang. Kadang-kadang, apa yang kita dapat hari ini mungkin juga daripada doa orang yang kita sayangi.
Begitu juga, kalau nak rezeki datang, bukan hanya dengan usaha tapi dengan bersedekah atau memberi kepada keluarga juga akan membuatkan rezeki kita bertambah-tambah. Jangan sesekali merasa terbeban kerana terpaksa berkongsi rezeki dengan orang lain.
Percayalah rezeki yang kita kongsi itu, tidak akan habis, malah akan bertambah lagi, terutamanya bila berkongsi dengan orang yang kita sayangi. Itulah antara perkognsian daripada Imam Muda Hassa adli tentang rezeki yang tak disangka-sangka ini.
Mak, isteri, dan anak-anak adalah rezeki Allah pada kita. Mereka inilah orang yang dekat dengan kita. Ramai tak sedar, selama ni Allah bagi rezeki kerana doa mereka tiap hari pada kita.
Allah tengok apa yang kita buat. Kalau dengan anak isteri yang dekat dengan kita pun berkira, macam mana Dia nak buka pintu rezeki untuk kita?
Banyak orang takut untuk melabur kegembiraan untuk mak, isteri, dan anak-anak, sebab takut miskin. Katanya kena berkira-kira nanti tak cukup makan. Belum apa-apa lagi dah sangka buruk dengan Allah. Sedangkan Allah yang bagi rezeki, bukan kita. Cubalah buat dulu, tunggu masa je rezeki yang tak disangka-sangka datang bergolek.
Hassan Adli
Menggapai Redha Ilahi
MW: Dengan adanya mereka inilah, hidup kita sentiasa dalam keberkatan dan doa yang tidak pernah putus untuk kita. Jadi, nak jadi jutawan, jangan kededut atau berkira dengan keluarga ye.
Selepas berkahwin, baik isteri atau suami mesti berat badan naik. Katanya sebab suami isteri senang hati dan bahagia dengan pasangan. Bagi suami, sudah tentulah sebab dah ada isteri yang jaga makan minum kan.
Walai bagaimanapun tidak semua isteri akan mengalami berat badan, untungnya bila saiz sama seperti zaman anak dara. Atau ada juga yang semakin kurus. Sebabnya, kita sendiri pun tak tahu. Adakah kerana tidak bahagia. Jangan ‘jugde’ orang begitu.
Sebenarnya berat badan naik atau turun bergantung kepada metabolisme seseorang. Mungkin juga isteri terlalu sibuk menguruskan rumah tangga sehingga tidak sempat menjaga badan. Asalkan suami dan keluarga bahagia.
Namun, apa yang menarik dikongsi oleh Dr Redza Zainol ini, bila isteri penat melampau boleh menyebabkan berat naik dengan cepat. Ada tanda lain yang perlu suami kena ambil tahu ye.
Saya tarik nafas lega. Akhirnya selesai juga saya semak ebook kecemasan ni buat kali terakhir.
Sambil saya letak tangan di belakang kepala, isteri saya datang.
“Abang, betul ke suami yang baik akan tolong isteri tak kira apa yang berlaku.”
Saya tergelak. Halus je cara dia nak minta saya tolong.
Sebenarnya dah banyak hari isteri saya terpaksa berkorban. Saya banyak menulis bila berada di rumah. Di hospital pula saya sibuk dengan kerja.
Saya lihat wajah dia, saya tahu dia mengharap sesuatu yang besar. Dulu saya selalu anggap permintaan isteri ni tak penting. Saya fikir dia cuma mengada-ngada.
Sampai satu ketika, dia selalu nampak keletihan. Dia senang meninggi suara dengan anak-anak. Kadang-kadang, atas sebab yang kecil pun dah boleh buat dia jadi marah.
Rupa-rupanya, dia dah terlalu penat di rumah. Menyesal sungguh saya sebab langsung tak peka. Sejak dari hari tu, saya ubah cara saya.
Ada masa saja, saya yang akan uruskan anak-anak dan uruskan rumah. Lama-lama, dia dah jarang nampak letih dan selalu tersenyum.
Dia boleh buat aktiviti yang dia suka iaitu berkebun dan membaca. Dia ada lebih banyak masa untuk diri dia sendiri.
Tapi hari ni sedikit berbeza, dia minta saya tolong kemaskan kebun dia. Walaupun tak pandai mana, saya cuba jugalah.
Yang saya nak ialah supaya dia tak ada tanda-tanda isteri yang penat melampau seperti:
1. Berat badan meningkat dengan cepat.
2. Asyik jatuh sakit.
3. Senang jadi marah tanpa sebab yang jelas.
4. Mudah tinggi suara dengan anak dan orang lain.
5. Tertidur ketika memandu.
6. Rasa sangat lega jika boleh memandu seorang diri
7. Rasa bersyukur sangat jika dapat mandi tanpa diganggu.
Lepas saya selesai kemaskan kebun isteri tadi, dia terus angkat tangan dan doakan
Kawan-kawan boleh #kongsikan tanda-tanda isteri yang penat melampau ni pada pasangan yang
lain. Sangat berbeza bila isteri kita tak penat dan tahu suami sentiasa membantu di rumah.
MW: Suami jangan nak komen isteri berisi ye. Kena tengok sebab apa berat badan isteri naik tiba-tiba.
Ada perkara memang tak boleh buat main-main dalam rumah tangga. Memang niat nak bergurau je. Tapi akhirnya timbul masalah lain pulak. Semua pasangan suami isteri mahukan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Namun dalam melalui kehidupan bersama, ada perbuatan yang sebenarnya sangat menyakitkan hati pasangan.
Perkara-perkara ini mungkin kita tidak sedar semasa bercinta atau tidak dipedulikan semasa dalam tempoh berbulan madu.
Perkongsian kali ini khas untuk para isteri. Memang suami banyak kurangnya namun isteri juga banyak lemahnya. Bahkan, ada beberapa hal yang isteri kena ambil perhatian kalau tak mahu rumah tangga porak peranda.
Sudah tentu perkara ini kita lakukan secara tidak sengaja. Kecuali diberitahu, kadangkala kita tidak sedar perkara itu kita ulang berkali-kali. Pada mulanya perkara itu mungkin kelihatan comel tetapi kecomelan itu bukan untuk selama-lamanya.
Ia berpotensi bertukar daripada sesuatu yang comel kepada sesuatu yang mengancam ketahanan hubungan dengan pasangan kita. Dalam ruangan ini minggu ini kita akan lihat sebahagian daripada perkara-perkara ini.
Saya pernah dengar orang cakap, kita tidak akan tahu setahan mana pasangan kita sehingga diuji. Memang betul lah, tetapi jangan cari penyakit dengan mengujinya sendiri. Biarlah ujian itu datang secara semula jadi. Sebagai contoh suami kata;
“Abang akan tetap setia hingga ke akhir hayat.”
Anda senyum dan kembang hati mendengarnya. Tapi dengan niat untuk bergurau dan menguji kata-kata itu, anda pun ber’skandal’ palsu dengan orang lain.
Perkara Pantang Anda terlupa satu perkara. Ada perkara boleh bergurau atau perkara boleh jadi pantang besar. Pada maruah seorang lelaki mengetahui isterinya berskandal dengan orang lain itu bukan satu ujian kesetiaan. Itu ujian ketegasan keputusan.
Rumah tangga adalah tanggungjawab bersama. Jangan biasakan menyebut “Ini semua sebab abanglah…” sekiranya berlaku sesuatu masalah. Setelah melihat air mukanya berubah lalu cepat-cepat anda kata itu gurauan.
Mungkin maksud anda bergurau tetapi pada pandangannya air muka dan bahasa badan anda tidak menunjukkan begitu. Kata-kata yang membawa maksud menyalahkan suami akan menyebabkan dia merasa gagal, terhina dan merobek egonya.
Lelaki selalu bertindak tidak siuman pada ketika egonya tercalar. Adalah lebih elok anda memilih ayat yang membawa maksud memikul tanggungjawab bersama. Ini akan memberikan sokongan psikologi yang sangat suami perlukan untuk menghadapi masalah itu.
Satu lagi ialah perangai suka merajuk. Memang kadangkala perangai merajuk ini nampak comel. Anda duduk diam di satu sudut, bila suami datang memujuk, anda juih muncung keluar lagi panjang. Konon tidak mahu bercakap tetapi mengharap suami akan terus memujuk lagi.
Sesekali bolehlah buat begitu tetapi tidak ada orang boleh sabar kalau anda buat begitu tiga atau empat kali setiap hari. Jika tidak percaya, cubalah!
Setiap orang menerima orang lain dalam ikatan rumah tangga dengan harapan tertentu. Harapan untuk hidup lebih selesa, harapan untuk disayangi, harapan untuk itu dan ini. Namun begitu jangan kira harapan kita sahaja.
Pasangan kita juga mempunyai harapan tertentu kepada kita. Jangan kita meletakkan bebanan harapan itu kepadanya tetapi memberi alasan tidak dapat memberi balasan yang setimpal kerana sibuk dengan perkara lain.
Apabila suami cuba bercakap-cakap dengan anda, cubalah untuk menjawab semula dengan jawapan berserta huraiannya. Jangan hanya jawab ‘tak nak’, ‘tak mahu’, ‘tak tahu’, ‘entah’ atau yang seumpamanya.
Anda mungkin pendiam atau pada ketika itu sakit gigi tetapi pada telinga suami jawapan-jawapan begini adalah jawapan malas dan tidak bersungguh. Yang lebih bahaya jika dia dengar jawapan anda itu seperti mencabar dirinya.
Bagus sekiranya di pejabat pangkat anda besar dan orang lain terpaksa ikut semua kehendak anda. Namun jangan terbawa-bawa perangai itu di rumah. Tidak kira apa jawatan anda di pejabat, jawatan tetap dan tidak boleh pencen yang anda sandang di rumah ialah sebagai isteri dan ibu.
Jika di rumah anda mahu segalanya ikut kehendak anda, tunggulah harinya suami atau anak-anak menunjukkan kebencian mereka.
Kebahagiaan atau masalah rumah tangga adalah milik peribadi antara suami dan isteri itu. Sekarang seperti jadi budaya baru, saling bertukar ucapan cinta atau makian berapi di laman sosial.
Walau bagaimana bahagia atau bagaimana benci pun anda kepada pasangan, tidak ada orang yang perlu atau sibuk mahu tahu. Jagalah harga dirinya sebagai suami. Bayangkan jika dia membalas dengan memalukan anda pula di laman yang sama. Malu pada anak-anak, keluarga sendiri dan keluarga mertua. Mana mahu letak muka, bukan?
Sumber: Dr. Syed Yusainee, Promind & Consultation
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pemandu lori kontena wanita ini pernah dikecam kerana bekerja dalam bidang lasak. Kini kisah Zuraida jadi inspirasi wanita cari rezeki halal tanpa peduli pandangan orang.