Gambar sekadar hiasan.

Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, fikir sedalam-dalamnya dahulu. Kalau rasa belum puas enjoy, enjoy sepuas-puasnya dulu. Kalau ramai kekasih pilihlah yang terbaik dan jangan nanti menyesal memilih lalu menjadikan anda seorang suami yang curang.

Hidup di alam rumah tangga ini bukannya mudah, banyak cabaran dan liku-liku hidup yang perlu kita lalui. Namun ia terpulang pada kita, sama ada kuat atau tidak. Kita lihat sekarang bila ada pasangan yang sudah berkahwin tetapi dalam diam-diam masih berlaku curang.

Banyak kes sudah berlaku. Yang paling sedih ramai suami yang curang ketika isteri sedang hamil dan pantang bersalin. Tapi yang sedihnya wanita yang menjadi orang ketiga itu, sanggup pula menjadi perampas.

Alasan sudah terlalu sayang dan tak boleh nak lepaskan kekasihnya si suami orang tu. Walaupun kadang- kadang suami orang itu hanya main-main sahaja untuk keseronokan sahaja. Wahai para suami janganlah anda memulakan dulu, kelak teruk padahnya.

Setiap Kali Dapat Anak Baru, Suami Cari Wanita Lain

Menerusi perkongsian salah seorang pengikut setia MW menceritakan pengalaman seorang sahabatnya. Setiap kali dia mengandung dan berpantang melahirkan anak, si suami akan mencari wanita lain untuk suka-suka sahaja tetapi bukan seorang malah ramai kerana sekadar untuk seronok.

Padahal isteri sendiri bertarung kesakitan untuk melahirkan zuriat mereka ke dunia. Di manakah tanggungjawab sang suami? Hanya mahu berpoya-poya sahaja. Berbalik kepada kisah sahabat saya itu, suami beliau telah menjalinkan hubungan dengan wanita yang lebih tua dari mereka suami isteri.

Malah jarak umur mereka sangat jauh. Suami sahabat saya itu, cuma main-main sahaja dan tidak serius pun dengan hubungan tersebut tetapi wanita berkenaan dah suka sayang sangat-sangat dengan suami sahabat saya itu.

IKLAN

Malah dia sanggup bermadu kerana umur dia pun sudah lanjut tapi belum jumpa jodoh lagi. Tetapi suami sahabat saya sangat sayangkan isteri dan anak-anaknya. Oleh itu, wanita tersebut menjadi marah dan mula mengganggu sahabat saya tersebut dengan membuat ‘misscall’ dan pernah juga cuba melanggar sahabat saya itu kerana marah dan cemburu.

Padahal, dia perampas tapi apabila suami sahabat saya itu sudah mula menjauhkan diri dan ingin memutuskan hubungan terlarang tersebut kerana ingin menumpukan perhatian kepada keluarga beliau maka wanita itu menjadi meroyan pula.

Baca Di Sini:

Suami Izinkan Isteri Pasang Badan, Tapi Akhirnya Curang Dengan Lelaki Lain!

Tak Perlu Meratap TAPI Terus Move On Selepas Dicurangi

IKLAN

Memilih Curang Disebabkan Cinta atau Suka-suka, Lelaki atau Perempuan Siapa Bersalah

Salah Suami Yang Mulakan Dulu

Di sini, saya salahkan si suami tersebut kerana jika beliau tidak mulakan dulu, semua ini tidak akan berlaku. Jadi sebelum melakukan sesuatu hal, fikir dahulu.

Tenung muka isteri anda yang bersusah-payah mengandungkan zuriat anda mengusung ke sana ke sini tanpa mengeluh pun. Tengok juga mata anak-anak anda, kasihanilah mereka kerana mereka tidak tahu apa-apapun yang sedang berlaku kepada keluarga mereka.

Ingat ya para suami atau isteri, jangan sesekali anda mencuba untuk curang kepada pasangan anda walaupun sekadar suka-suka kerana jika sekali anda terjebak, kesannya sangat teruk malah ada juga berlaku kematian akibat rasa cemburu dan sakit hati.

Jika sudah pilih pasangan anda untuk berkahwin, belajarlah menjadi setia. Susah dan senang harungi sama-sama. Saling bantu-membantu, jika ada masalah selesaikanlah secara baik bersama janganlah berlaku curang kerana ianya tidak memberi manfaat pun malah merumitkan.

IKLAN

Pesanan Buat Suami

Pesanan untuk para suami, jika isteri anda hamil, pantang bersalin atau sakit kronik atau tidak, dampinglah mereka jangan dibiarkan dengan mencari yang lain. Kerana ketika itu emosi isteri anda tidak stabil dan mereka sangat memerlukan anda.

Jadilah peneman yang setia dan sentiasa bersama isteri anda untuk hal-hal yang kita tidak jangka. Kerana bila anda sudah pilih isteri anda sebagai pasangan anda maka mereka itu adalah amanah anda selamanya.

Tanggungjawab anda untuk menjaga isteri anda sebaik-baiknya. Janganlah dilayan isteri anda dengan kasar dan kata-kata kesat kerana nanti boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga dan hilang rasa hormat-menghormati.

Jangan Membuka Ruang Untuk Orang Ketiga

Akhir kata, bila dah berkahwin, sentiasalah berkasih sayang sesama suami isteri. Jangan sesekali membuka ruang untuk orang ketiga masuk. Kerana jika di beri ruang tersebut, rumah tangga yang harmoni bisa menjadi berantakan.

Hidup berumah tangga hendaklah sentiasa berkasih sayang, setia dan jujur baru rumahtangga kita aman dan kekal hingga hujung nyawa. Terima kasih sudi membaca. Berkongsi atas pengalaman dan kalau baik jadikan pengajaran jika sebaliknya jadikan iktibar.

MW: Bukan mudah melahirkan anak ke duani, melalui proses mengandung yang melelahkan sepanjang sembilan bulan. Kemudian bertarung nyawa melahirkan anak, tergamak anda seorang suami mengkhianati seorang isteri. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI