Wanita kongsi pengalaman di scam beli ikan semasa live, scammer sailing akaun bank penjual sekelip mata. Ramai di antara kita pasti pernah membeli pelbagai produk semasa jualan secara langsung sedang berlaku.
Biasa harga dijual agak murah kerana seller mahu melariskan jualan. Minat tinggi bagi pembelian online kerana dianggap mudah oleh ramai orang sebenarnya meletakkan diri dalam jerat kerana scammer licik memerhati untuk memerangkap pengguna.
Wanita Kongsi Pengalaman Di SCAM Beli Ikan Semasa Live
Perkongsian seorang pengguna fb, Aisyah Ali Redza yang mengakui discam ketika membeli ikan ketika jualan secara langsung dilakukan. Ini kerana scammer telah mensailang akaun penjual hingga pembeli kerugian begitu sahaja. Walau total hanya RM160 sahaja tetapi itu baru seorang pelanggan, ianya akan terus berlaku seolah-olah makan duit haram adalah biasa di akhir zaman ini.
Baca perkongsian Aisyah di mana pengguna perlu berhati-hati ketika membuat pembelian ketika siaran langsung.
Bulan puasa ni scammer lagi cerdik ya. Laju buat kerja. Hari ini saya buat posting ini supaya orang lain tak terkena seperti saya.
Kebelakangan ini, saya sangat sibuk. Belum sempat lagi ke pasar untuk beli lauk pauk bulan puasa. Harini saya tertengok live orang jual ikan. Bagi saya wah ini sangat mudah dan jimatkan masa dan kerja saya.
Ads
Scammer Sailing Akaun Bank Penjual Sekelip Mata
Jadi, sewaktu live itu saya inform saya nak beli set ikan seperti yang tertera. Saya lock. Selepas itu seller inform terus whatsApp ke dia.
Belum sempat saya whatsapp, terus ada whatsaapp masuk. Inform boleh buat bayaran ke no sini (rujuk di bawah).
Saya terus buat bayaran tanpa selidik lagi. Selepas saya share bukti bayaran, scammer reply seperti tidak puas hati! Dia kata jangan tulis reference ikan. Selepas itu dia suruh saya buat transfer semula.
Ads
Saya trigger dah di situ. Kenapa perlu buat bayaran semula. Saya minta refund dulu tapi dia bertegas untuk saya buat transfer semula. Jadi saya kata saya takkan buat transfer selagi dia tak refund.
Tidak lama selepas itu seller yang betul whatsaapp saya. Saya inform kepada seller bahawa saya dah kena scam. Dipendekkan cerita, saya tak dapat meneruskan belian dengan beliau. Sedihnya.
Pengajaran di sini :-
Semasa live, kita perlu hati-hati kerana kita tak tahu viewer kita kemungkinan ada scammer sedang memerhati.
Tunggu seller whatsaapp kita. Jangan buat apa-apa transaksi sehingga seller whatsaap kita untuk elak penyamaran.
Jangan share any data sewaktu live. Saya tiada kongsi data tetapi sebab kita communicate dalam live tu. Dia tekan link di fb saya.
Buat laporan polis baik di pihak mangsa atau seller supaya kita dapat bantu orang lain daripada terjebak.
Mungkin ini bukan rezeki saya. Dugaan nak berpuasa. Moga posting ini bermanfaat buat semua.
Silakan share supaya lebih ramai tahu modus operandi SCAMMER.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar. Walau baru menganjak usia 15 tahun,namun Ratu dipilih menjadi wajah eksklusif koleksi abaya jenama Qierahman.
Ratu dan ibunya @official_lindajasmine ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024. Sebagai seorang ibu Linda akui Ratu masih belum ada akaun media sosial sendiri. Bimbang namun Linda dan Que akan membenarkan anaknya aktif di media sosial bila tiba masa yang sesuai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya kita buat begedil kentang, kena rebus atau goreng dulu kemudian lenyek. Tetapi kali ini Puan Fazariana Mohd Ali kongsikan resepi buat begedil guna tempe, lebih cepat dan rasanya juga sedap.
Sesekali elok juga tukar selera, jom buat!
Begedil Tempe
Bahan-bahan:
5 keping tempe*
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji telur
Daun bawang
Maggi cukup rasa
Cara-cara:
1. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda ( * ). Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama telur, daun bawang dan maggi cukup rasa. Gaul sebati.
2. Kepal-kepal dan bulat-bulatkan adunan tadi.
3. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui meninggal dunia di sebuah sungai, berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Laungan ‘Allahuakbar’ dan tangisan hiba memecah kesunyian malam di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, susulan penemuan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Zayn Rayyan hilang sejak semalam
Tubuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui penduduk danggarkan lebih 200 meter daripada lokasi yang dilaporkan hilang sekitar pukul 10 malam tadi. Suasana hiba menyelubungi penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini sebaik sahaja jasad kanak-kanak autistik yang dilaporkan hilang sejak semalam, ditemui.
Lebih memilukan apabila bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali.
Ditemui sudah tidak bernyawa lagi.
Penduduk di kawasan kejiranan tersebut masih lagi menunggu proses membawa keluar mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui di sebatang sungai berhampiran lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Memetik Kosmo Online, penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman yang melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut.
Terdahulu ibu mangsa, Ismanira Abdul Manaf dilaporkan berkata, sebelum kejadian dia mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah.
Katanya, sebaik tiba di kawasan perumahan anaknya itu secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan.
“Saya turuti permintaannya dan menunggu dia bermain buaian selama beberapa minit sebelum memujuknya naik ke rumah kerana saya perlu memasak serta menyiapkannya untuk dihantar ke rumah pengasuh.
“Ketika menaiki tangga, saya memegang barang basah yang baru dibeli dan beg sekolah sementara Zayn menuruti saya dari belakang.
“Namun selepas beberapa langkah saya memanggil namanya, dia tidak menjawab dan apabila saya toleh lihat dia sudah tiada,” katanya.
Faizol Najib merupakan individu yang menemui kanak-kanak autisme, yang hilang sejak semalam.
Menurutnya, dia tidak menyangka akan menemui kanak-kanak istimewa itu dalam keadaan tidak lagi bernyawa dan hanya mengikut gerak hati untuk mencari di kawasan anak sungai dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, walaupun kawasan itu sudah digeledah Unit Anjing Pengesan (K9), semalam.
Katanya, dia sebelum itu sepatutnya bersama empat lagi penduduk setempat untuk melakukan pencarian rumah ke rumah bersama pasukan polis.
“Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, saya lihat dia lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid yang berada di lokasi kejadian mengesahkan penemuan tersebut dan akan memaklumkan fakta kejadian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Akui cuai, abaikan carseat, tali pinggang.’ Ibu ini syukur suami, anak selamat. Tiada kata selain syukur alhamdulilllah apabila keluarga kecil ini terselamat daripada kemalangan yang berlaku.
Namun dari rakaman video dashcam ramai netizen berkongsi rasa berdebar dengan kemalangan yang berlaku. Mujurlah keluarga Nur Diyana ini selamat semuanya dan hanya mengalami keceraan ringan.
Tetapi trauma yang dialami tentu saja akan dikenang sampai bila-bila. Ikuti perkongsian Nur Diyana ini dan hadam baik-baik peringatan yang disampaikan:
Saya mungkin akan kehilangan anak dan suami malah nyawa saya sendiri semalam. Syukur, Maha Baiknya Allah, kami bertiga terselamat.
Semalaman saya muhasabah diri. Terkebil-kebil sehingga lewat malam. Badan sakit sana, sini cuma mungkin masih terkejut, saya tidak mampu tidur.
Satu-satu ingatan datang.
Saya bukan isteri dan ibu yang baik. Bahkan masih belum mampu berbakti sebaiknya pada ibu ayah dan adik beradik saya. Saya juga bukan kawan yang baik.
Suami, Anak Selamat
Paling teruk, saya sedar saya bukan hamba yang taat, yang menjadi wajib bagi saya seperti solat dan aurat juga masih lompang, apatah lagi menghidupkan amalan-amalan lainnya.
Saya kira, “aku masih muda. Belum 30 pun…” jadi mestilah umur saya masih panjang sehinggalah saya sendiri berdepan dengan detik detik yang mengingatkan saya kematian itu begitu hampir.
Misal kata ada bas mahupun lori treler meluncur laju di laluan tersebut semalam, ataupun suami merempuh penghadang jalan, pasti kami bertiga sudah menjadi sekujur tubuh yang sudah sejuk, dibalut kain kafan saat ini, menanti detik detik untuk ditalkin dan disemadikan. Saya tidak mungkin lagi mampu mengarang panjang tulisan ini.
Pemandangan di wad kecemasan hospital semalam benar-benar menginsafkan saya. Beberapa minit sebelum ambulans yang membawa saya dan anak tiba, ada kes kemalangan juga.
Ketika kami sampai, darah mangsa membasahi lantai hospital dan akhirnya saya sendiri menjadi saksi sekujur tubuh yang parah tadi dibawa keluar ke rumah mayat menjelang waktu senja.
Akui Cuai
Kalau tidak kerana Allah SWT mengizinkan peluang bernafas buat kami, tentu saja yang terbaring di troli itu adalah salah seorang dari kami atau boleh jadi kami bertiga.
Saya dan anak terpelanting dalam kereta dan menghempap suami, dalam keadaan terkejut, suami terus tanya “ayang okay?” dan saya hanya mampu mengangguk laju. Sepertinya bingung.
Ditolaknya saya dan anak keluar dari tingkap sedangkan dia sendiri masih berusaha keluar dari tempat duduk pemandu. Beberapa minit selepas kejadian, saya mula rasa nafas menjadi pendek, seperti sesak nafas.
Kawasan perut dan dada mula sakit, suami minta supaya kami dibawa pergi dengan ambulans. Syukurlah, semuanya baik-baik saja. Saya dan suami masing-masing cuma mengalami luka dan cedera ringan di beberapa bahagian otot, sepertinya terkehel.
Apa yang saya ingat, saya dengar ada suara dari orang ramai yang turut membantu kami “tolong ada baby, ada baby”. Mereka segera bantu kami keluar dari kereta tanpa bimbang kereta kami mungkin akan meletup. Ada insan berhati mulia yang menarik saya dan anak untuk duduk di kereta mereka sedang langit masih renyai.
Bimbang katanya anak saya terkena hujan. Disuruhnya saya bertenang. Tapi sayang, “Kereta apa ? Bagaimana rupa orangnya?”..Saya gagal ingat dengan jelas.
Tali Pinggang
Cuma kalau sampai tulisan ini kepada tuan, puan yang membantu kami sekeluarga semalam, cuma Allah SWT sahajalah yang mampu membalas budi baik kalian kepada kami.
Diharapkan dengan ujian yang sedikit ini, moga moga ia menjadi satu permulaan baru untuk kami meniti usia yang tersisa. Menjadi suami dan isteri yang sentiasa menghargai kehadiran satu sama lain, menjadi ibu bapa yang penyabar, menjadi anak yang berbakti, menjadi kawan kawan yang menyenangkan dan yang paling utama menjadi hamba yang patuh pada Illahi.
Entah esok atau lusa, tidak ada lagi peluang untuk saya bernafas lagi, mungkin sudah sampai masa untuk saya benar-benar pergi tak kembali.
Izinkan saya simpan tulisan ini di sini untuk memori.
Lebuhraya KL-Karak,
KM 71.5 Arah Barat.
16 Mei, 2:07 petang.
Anak Baik-Baik Saja
Manakala di ruangan komen, Nur Diyana turut berkongsi keadaan terkini anaknya.
Alhamdulillah terima kasih semua atas kasih sayang dan doanya. Moga-moga doa kalian Allah terima.
Bagi yang bertanya tentang anak saya Maryam, alhamdulillah Maryam baik-baik saja. Waktu kejadian, Maryam baru selesai menyusu.
Khilaf saya, saya tak letakkan Maryam di car seat dan saya juga tak pakai tali pinggang. Pada percaturan saya, “kan lagi senang nak menyusu”. Selang beberapa minit selesai menyusu, kejadian ini berlaku…
Ambil Iktibar
Saya cuma sempat peluk erat kepala dan badan anak dan membongkokkan badan saya menutupi anak, pegang anak sekuatnya kerana bimbang dia terpelanting ke jalan, sebelum saya bersama anak terpelanting dan terguling dari tempat duduk kami.
Saya akui ini salah saya, saya cuai, mengabaikan car seat dan tali pinggang…
Moga ibu bapa lain sama sama ambil iktibar dari apa yang terjadi pada saya..biarlah anak saya menangis di car seat lepas ni dari saya menangis kalau apa apa terjadi pada dia.
Saya sangat yakin kalau saya tak peluk erat anak semalam, sudah tentu dia yang paling teruk terpelanting, terhantuk malah mungkin terhempap dengan badan saya sendiri atau barang barang lain dalam kereta
Pentingnya Dashcam
Dari sini selain tali pinggang dan carseat, kita dapat faham betapa pentingnya :
Saya sangat sangat sarankan semua kawan kawan untuk pasanglah dashcam. Harganya siap pasang sekitar RM 700 juga tapi percayalah memang berbaloi.
Masa kejadian, ramai juga yang datang marah-marah kepada suami dan cakap “Macam mana ko boleh langgar kereta depan???”
Eh, bila diingatkan balik, jadi sakit hati sendiri sebab dah lain pula ceritanya. Sudahlah kami sendiri pun masih terpinga-pinga dengan apa yang jadi, badan pun sakit, tiba-tiba disalahkan pulak.
Malah, ada yang cakap suami saya bawak kereta laju sedangkan saya sangat yakin kelajuan kereta kami di tahap yang selamat, beberapa km saja lagi kami sudah sampai pun ke susur keluar Bentong.
Kami bawa juga rakaman dashcam ini ke balai, biarlah ia diadili dengan sebaiknya.
Mingguan Wanita : Pantang maut sebelum ajal, alhamdulillah ketiga-tiganya selamat. Semoga keluarga kecil ini dipermudahkan urusan dan kembali pulih seperti sediakala.
Sambut birthday cara luar biasa, gadis belanja minyak motor untuk orang utara. Mudahnya meraih pahala dan didoakan orang lain. Perbuatan baik seorang gadis dikenali...