Umum sedia maklum tentang khasiat minyak zaitun yang baik untuk kesihatan. Jurnal ‘American College of Cardiology’ melaporkan, pengambilan satu sudu minyak zaitun setiap hari dikaitkan dengan 12 peratus mengurangkan risiko kematian berbanding mereka yang jarang atau tidak pernah mengambil minyak zaitun.

Amat disyorkan memulakan hari dengan minum satu sudu minyak zaitun setiap pagi. Pengambilan minyak zaitun ketika perut kosong memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang tidak diketahui ramai.

Berdasarkan pelbagai kajian, minum minyak zaitun extra virgin boleh menghalang pembentukan radikal bebas dalam badan dan mengurangkan risiko barah kolon. Ini kerana minyak zaitun tinggi kandungan antioksidan.

Minyak zaitun dara tuaian muda punya banyak khasiat kesihatan secara saintifik

Pasaran minyak zaitun tulen di Malaysia tidak sampai 10 peratus. Olive Jardin, UniSZA buat kajian minyak zaitun dara tuaian muda
Buah zaitun muda

Menyedari kepentingan itu, Olive Jardin Marketing telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk menjalankan kajian  secara klinikal pertama di Malaysia terhadap minyak zaitun dara tuaian muda bertujuan membuktikan manfaat kepada kesihatan secara saintifik.

Pengarah Urusan ­Olive Jardin Marketing (Olive Jardin), Muhd. Shakir As-Salam Ya berkata kajian tersebut diperlukan masa kini ekoran pasaran tempatan dan antarabangsa kini berdepan isu ketulenan apabila terdapat sesetengah pengusaha dipercayai bertindak memalsukan maklumat yang terkandung di dalam produk mereka.

Jelasnya, hal itu terjadi ekoran kurang pendedahan serta maklumat berkenaan ciri-ciri khas minyak zaitun dara yang sebenarnya boleh dikesan melalui aroma dan rasa.

“Pasaran minyak zaitun di Malaysia (yang boleh dipercayai) tidak sampai 10 peratus. Ini ke­rana minyak zaitun yang di­kategorikan sebagai extra virgin perlu ada dua pengesahan daripada makmal yang diiktiraf International Olive Council (IOC)”- Muhd. Shakir As-Salam Ya

“Nilai free acidity yang rendah dan ukuran median kesegaran buah yang tinggi merupakan ukuran utama dari segi kualiti yang telah ditetapkan oleh IOC,” katanya usai  majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara dua pihak tersebut di sini baru-baru ini.

IKLAN

Pasaran minyak zaitun tulen di Malaysia tidak sampai 10 peratus. Olive Jardin, UniSZA buat kajian minyak zaitun dara tuaian muda

Menurutnya lagi, antara kelebihan produk Olive Jardin berbanding jenama lain ialah ia merupakan produk premium dikenali sebagai Zoutina Prestige,yang dihasilkan dari perahan buah zaitun muda yang belum matang.

Pasaran minyak zaitun tulen di Malaysia tidak sampai 10 peratus. Olive Jardin, UniSZA buat kajian minyak zaitun dara tuaian muda

Ciri-Ciri Minyak Zaitun Extra Virgin Tuaian Muda:

IKLAN
  • Bau buah zaitun yang segar
  • Rasa pahit di pangkal lidah
  • Sensasi pedas sewaktu ditelan

Ujarnya lagi, pembungkusan serta botol produk tersebut turut memaparkan sijil analisis makmal bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan kepastian mengenai status extra virgin tersebut.

“Tidak  dinafikan, kebanyakan individu tidak tahu bau zaitun sebenar  kerana kita tidak mempunyai ladang dan kilang memproses minyak zaitun di sini. Paling hampir saya boleh katakan, baunya seperti bau jambu batu atau daun inai yang ditumbuk, maka itulah minyak zaitun dara yang asli.

“Minyak yang tulen mempunyai aroma dan rasa segar semula jadi, sedikit pahit dan sedikit pedas ketika cuba menelannya,” katanya yang berkongsi dengan pihak media bau dan rasa minyak zaitun asli.

IKLAN

Status extra virgin 

Pasaran minyak zaitun tulen di Malaysia tidak sampai 10 peratus. Olive Jardin, UniSZA buat kajian minyak zaitun dara tuaian muda
Pengamal media diberi peluang merasai sendiri keaslian minyak zaitun yang dihasilkan dari perahan buah zaitun muda yang belum matang.

Olive Jardin kini memiliki ladang buah zaitun sendiri di ­Meknes, Maghribi yang menjadi lokasi kilang pemprosesan. Produk yang siap dibotolkan ini kemudiannya dibawa terus ke Malaysia.

“Tahun lepas kami bawa sebanyak empat kontena membabitkan kira-kira 100,000 botol dan tahun ini kilang tersebut hanya berjaya menghasilkan 200,000 botol,” katanya.

Kaji Keberkesanan Minyak Zaitun Tuaian Muda

Pasaran minyak zaitun tulen di Malaysia tidak sampai 10 peratus. Olive Jardin, UniSZA buat kajian minyak zaitun dara tuaian muda

Mengulas mengenai kajian  secara klinikal pertama di Malaysia terhadap minyak zaitun dara tuaian muda,  Naib Canselor, UniSZA, Prof Datuk Dr. Fadzli Adam berkata, kajian klinikal  telah dimulakan sejak 1 Januari lalu dan bakal mengambil masa  selama sembilan bulan untuk membuktikan keberkesanan minyak zaitun tuaian muda terhadap penyakit berkaitan metabolik seperti hipertensi, diabetes, kolestrol tinggi dan gout.

“Hanya melalui kajian penyelidikan saintifik dapat membuktikan khasiatnya secara lebih spesifik. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan jelas dan berasas selain memberi peluang mengeksplorasi potensi terapi baharu, pemakanan lebih baik dan strategi pencegahan penyakit,” katanya mengakhiri sidang media.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI