Pernah berhadapan situasi apabila kualiti baju Melayu dipertikaikan, tahun ini, pengasas jenama Baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi melakukan cabaran ‘berani mati’ apabila menjemput sembilan tetamu istimewa yang dipilih daripada mereka yang meluahkan ketidakpuasan hati di laman sosial miliknya terhadap kualiti baju Melayu jenama Bulan Bintang pada tahun lalu.
Menurut Azzim, sembilan tetamu istimewa ini telah diberi peluang memilih kotak secara rawak dan memeriksa sendiri kualiti baju Melayu edisi terbaharu bertempat di gudang miliknya.
“Fuh, pertama kali dalam sejarah aku buat benda ni. Tak pernah lagi aku buat perjumpaan face to face dengan customer, bekas customer, bekas customer to be dan even haters aku (kot)
“Semalam, aku jemput 9 orang tetamu istimewa datang ke Private Viewing Session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024. Aku biarkan mereka pergi ambik kotak baju di rak, dan inspect sendiri.
“Kalau tak buat camni, risau netizen kata aku hanya promote barang-barang yang elok, yg pre selected, yang dah rancang sahaja”-Azzim Zahid.
“Alhamdulillah, aku dan team sangat-sangat gembira bila dengar sendiri feedback tentang baju melayu tahun 2024. Kami terima 99% positive feedbacks daripada yang datang semalam.
Ads
“Tetamu yang datang semalam sangat suka dengan kualiti kain baru yang kami guna, kualiti jahitan yang semakin halus dan kemas dan ada beberapa features baru yang kami introduce untuk tahun 2024 ni. Ada yang terus beli 2-3 pasang terus.
Pernah berhadapan masalah kualiti
“Tak sabar rasanya nak bagi korang pegang, belek dan tengok sendiri produk Bulan Bintang yang diberi nafas baru ni. Korang semua boleh datang ke butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia mulai Sabtu ni.
Ads
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan pengasas Bulan Bintang ini cukup matang dan positif dalam menerima kritikan dan berusaha memperbaiki kualiti baju.
Jenama Bulan Bintang pernah mencipta fenomena tahun lalu selepas mereka berjaya mencatat sejarah dengan tersenarai dalam Malaysia Book of Records menerusi persembahan dron paling banyak digunakan di atas langit di negara ini.
Pertunjukan fesyen yang dipersembahkan buat pertama kali oleh jenama Bulan Bintang di Menara Kuala Lumpur itu cukup memukau penonton di lokasi dan juga menerusi siaran langsung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari yang sepatutnya menjadi detik paling bahagia dalam hidupnya bertukar menjadi perpisahan yang paling menyayat hati.
Siti Nur Syamira Samsol, gadis manis yang sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan dengan lelaki pujaannya, tidak sempat mengecap manisnya hidup berumah tangga. Cinta yang diimpikan, kasih yang disulam bertahun-tahun, semuanya terhenti sekelip mata apabila dia pergi buat selama-lamanya—hanya dua hari sebelum hari persandingannya.
Sabtu ini sepatutnya menjadi hari paling membahagiakan buat Siti Nur Syamira Samsol. Hari di mana dia bakal bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwa. Namun, siapa sangka, takdir Ilahi mengubah segalanya.
Syamira pergi dijemput Tuhan dua hari lebih awal—dalam satu kemalangan tragis yang meragut nyawanya di Kilometer 93.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, sekitar jam 8.30 pagi Khamis lalu.
Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kampung Benaung, Mersing bersama tunangnya, Muhammad Aiman Abdul Rashid, arwah berhasrat memenuhi janji kepada ibunya untuk membeli persiapan terakhir menjelang hari bahagia mereka, selain menghadiri majlis tahlil arwah bapanya.
“Dua tahun lalu kami kehilangan abah… kini adik pula,” luah Siti Nor Syamila Samsol, kakak kepada arwah, dalam nada sebak yang sukar disembunyikan. “Kesedihan kami belum sembuh sepenuhnya, tiba-tiba diuji lagi dengan kehilangan orang yang kami sayang.”
Syamira, gadis yang penuh kelembutan dan sopan santun, sempat dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), namun takdir lebih awal menjemputnya. Hati mana yang tidak luluh apabila insan yang begitu teruja menanti hari bahagia akhirnya dijemput pulang ke negeri abadi.
Menurut kakaknya lagi, segala persiapan perkahwinan telah pun siap sepenuhnya—dari barang hantaran, pelamin hingga ke kad undangan digital yang dibuat sendiri oleh arwah. Malah, kad jemputan itu sudah pun diedarkan kepada para tetamu.
“Dia uruskan semuanya sendiri. Dia teruja sangat, makin dekat hari majlis makin berseri wajahnya. Tapi bila dapat berita ni… kami semua hilang kata.”
Kini, hanya kenangan dan doa yang mampu mengiringi pemergian Syamira. Seorang anak, adik dan bakal isteri yang tidak sempat bergelar ratu sehari.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan insiden tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kenduri Tahlil
Menurut laman Facebook Alwiyah Talib yang menziarahi keluarga mangsa di Kampung Benaung, Mersing, Majlis esok (3hb Mei) tetap diteruskan kerana ibu arwah memberitahu memang hajat arwah hendak menjamu orang makan.
Sempena kedatangan bulan Ramadan, Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv
Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 dengan memasak 1,500 mangkuk bubur lambuk. Program ini berlangsung di AEON Mall Shah Alam pada 16 Mac 2024, bermula pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang semalam.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini telah berlangsung selama enam tahun berturut-turut. Kali ini, Majalah RASA bersama BABA’S, berganding bahu untuk memasak dan mengedarkan secara percuma 1,500 mangkuk bubur lambuk kepada warga Shah Alam dan kawasan berhampiran selain diedarkan eksklusif kepada para petugas hospital, pegawai agensi badan beruniform dan warga Shah Alam.
Program ini tidak hanya bertujuan untuk memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga untuk memupuk rasa perpaduan dan rasa syukur dalam masyarakat. Program ini juga adalah bukti komitmen RASA dan rakan penaja serta kolaborasi menunaikan tanggungjawab sosial. Ramadan adalah masa terbaik bagi mencapai matlamat ukhuwah ini.
Program yang pertama berlangsung pada 16 Mac Di AEON Shah Alam telah direncahkan oleh BABA’S dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Sissy Iman dan Chef Qayyum yang merupakan seorang chef selebriti yang tidak asing lagi di kalangan peminat rancangan memasak.
Sebagai sebahagian daripada usaha yang mulia ini, Chef Qayyum telah menyumbangkan kepakaran memasaknya dalam penyediaan bubur lambuk warisan bagi memastikan rasa bubur lambuk dimasak menepati cita rasa masakan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyuarakan rasa kegembiraan dan komitmen penuh para penaja dan rakan kolaborasi terhadap program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Kami sangat berbangga dan bersyukur dapat bersama-sama dengan BABA’S untuk menyumbang kepada masyarakat, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam, melalui inisiatif penyediaan 1,500 mangkuk bubur lambuk.
Semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam berbakti kepada masyarakat. Ini semua selaras dengan nilai-nilai yang kami galakkan, dan kami berharap program ini dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka yang menerima sumbangan ini”.
Syamil juga mengajak pihak lain dari sektor korporat dan masyarakat untuk turut serta dalam usaha ini, mendukung program kebajikan dan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.
“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk menjayakan inisiatif kebajikan yang sejajar dengan nilai-nilai kemasyarakatan dan keinsanan.”
Emma Masri, selaku Ketua Unit Bisnes Masakan dan Dekor juga menyatakan pentingnya menjalani inisiatif seperti ini dalam bulan Ramadan, di mana nilai-nilai kasih sayang, kepedulian dan solidariti amat ditekankan.
“Bulan Ramadan adalah masa yang istimewa dan kami melihat Program RASA Bubur Lambuk Warisan sebagai peluang untuk berkongsi kebahagiaan dengan komuniti. Kami berharap hidangan bubur lambuk yang disediakan dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada penerima, sambil merapatkan ukhuwah di antara kita semua.”
Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA‘S menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Ini merupakan kali kedua penglibatan BABA’S dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama. Kami menggunakan beberapa produk keluaran sebagai bahan utama masakan bubur lambuk warisan pada kali ini, antaranya Serbuk Kurma Baba’s, Serbuk Sup Baba’s dan Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Lada Hitam Baba’s. Gabungan ini menghasilkan rasa enak dan menaikkan selera.
Tuan Haji Azrain Mohamad turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang dipegang teguh oleh BABA’S. Beliau berkata, “Penglibatan kami dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan.
“Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
Pengedaran Bubur Lambuk akan diadakan di pelbagai lokasi dengan tumpuan kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Majalah RASA dan BABA’S, menjemput orang ramai untuk menyertai usaha bermakna ini . Maklumat lanjut dan kemas kini mengenai program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024, sila layari www.rasa.my atau hubungi majalah RASA 0196328758.
Selain itu, jangan lupa saksikan rancangan masakan rancangan Rasa Mak Ajar Masak yang dibawakan oleh BABA’S.
Teringat masakan mak? Rasa Mak Ajar Masak, program masakan istimewa akan membawa anda mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak.
Antara selebriti yang terlibat ialah Menampilkan selebriti seperti Diana Danielle, Fizo Omar, Uyaina Arshad, Nubhan Ahmad, Didie Alias, Aiman Tino, Ruhainies, Sharifah Shahira, Wafiy Aan, Abby Abadi, Dato Nora Ariffin, Tyzo Xander.
Rasa Mak Ajar Masak tampil dengan pelbagai resipi menarik untuk anda cuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 11 Mac 2023, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Bagi peminat haruman eksklusif di utara tanah air, nama Perfume Paradise bukan lagi asing. Produk yang sudah tiga tahun menawan hati pelanggan di Euphora Pulau Pinang menjadi tumpuan utama dalam acara Pesta Wangi-Wangian Perfume Paradise yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut Mohd Syamil Khusairi, Pengurus Euphora Pulau Pinang, produk ini bukan sahaja antara ‘top seller’ di kedainya, malah kekal menjadi pilihan pelanggan kerana kepelbagaian pilihan yang ditawarkan.
“Kami ada lebih 70 wangian berbeza yang memenuhi cita rasa pelanggan – daripada aroma lembut dan feminin sehinggalah haruman maskulin dan eksklusif,” jelas beliau.
Wangi, Berkualiti & Mampu Milik
Euphora Pulau Pinang yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu, kini dikenali sebagai antara destinasi wajib bagi pencinta haruman. Kejayaan Perfume Paradise menambat hati pelanggan bukan hanya terletak pada variasinya, tetapi juga kualiti dan harga yang berpatutan.
“Sokongan dari pihak HQ Perfume Paradise juga sangat kuat. Mereka sentiasa memastikan produk mudah didapati dan sampai ke tangan pelanggan kami dengan pantas,” kata Syamil.
Tarikan di Pesta Pulau Pinang
Dalam penyertaan mereka di Pesta Pulau Pinang lalu, Euphora bersama Perfume Paradise mencuri tumpuan ramai. Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan, membuktikan permintaan terhadap produk ini semakin meningkat.
“Pelanggan bukan sahaja tertarik dengan pilihan wangian, tetapi juga konsep booth kami yang mesra pelanggan. Kami beri peluang untuk mereka cuba dan alami sendiri keunikan setiap haruman,” tambah Syamil.
Haruman Yang Menyatu Dengan Jiwa
Dengan tagline “Haruman Yang Menyatu Dengan Jiwa”, Perfume Paradise bukan sekadar minyak wangi, tetapi identiti dan emosi dalam setiap semburan. Tidak hairanlah jenama ini terus menjadi pilihan wanita dan lelaki dari pelbagai peringkat usia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...